kalau ingat zaman tadika atau sekolah rendah, memang bila cikgu suruh cerita dekat depan kelas, tak ada cerita lain, cerita keluarga masing-masing. sekarang gua sudah 21 tahun. tahun baru datang gua sudah 22 tahun. apa gua nak cerita lagi. imbas zaman sekolah-sekolah dulu. ini cerita gua.
mylovelydad
gua tak tipu, itu yang gua letak dalam phonebook gua, mylovelydad. ini abah gua. guru, sifu, sensei, monsieur. gua punya first guru. gua punya perangai lebih kurang abah. sabar, tak mudah marah, hati lembut, cool. kira satu genglah. gua respect sama abah sebab dia mula dari bawah, slow and steady then at the end like a king. tak boleh panjang sangat, nanti gua boleh menangis.
mylovelymom
macam mana gua letak nama abah dalam phonebook, macam itulah yang lain-lain. ini mak. guru juga. mak gua agak garang tapi gua tetap respect garang mana mak gua. dulu, gua kadang-kadang kalau mak marah ada juga gua lawan balik, tapi sekarang, bila gua sudah bermuhasabah diri, perbaiki diri, setiap kali teguran gua hanya simpan, diam. gua tak pernah balas apa yang mak gua marah. sebab gua guna akal, fikir apa betul atau tidak, mana rasionalnya, apa pengajarannya. gua sayang mak.
hero malaya
ini yang kau orang tunggu-tunggu bukan. sudah agak, tepat sekali. hero malaya yang luarannya kau orang boleh kata gua lebih kepada klasik, retro, unik dan yang sewaktu dengannya, itu lah gua. bagi gua, klasik ada makna, kalau tiada klasik, tiada modern. selam dalam diri gua, kau orang senang hati kenal gua. tak kisah di mana gua pijak bumi, dekat situ juga gua junjung. tak ingin membenci tapi menyayangi. yang sentiasa membawa hatinya. tanya sama hati. kau orang nak kutuk, benci, maki? gua tetap macam biasa tegur kau orang macam sahabat sejati. sebab gua rasa benci itu sifat makhluk tuhan yang paling DIA benci.
mylovelybro angah
ini budak kelas ekonomi tahun ini dia SPM. jangan ikut macam abang dia sudah. tapi dia lagi power, super power. ketua pelajar dekat Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh. betul depan STAR, sekolah gua. ini budak gua respect sama dia. gua tak ego kalau kau orang nak tahu, adik gua pun gua respect lagi tinggi dari gua. harap-harap ini budak mahu jadi economics termakbul. kacak, tengok abangmacam mana sudah.
mylovelysis kakak
this is the only one princess. ini budak perangai macam gua. riang ria gembira. tahun depan ini budak PMR. habislah kakak kena brainwash! excellent pun macam abang dia. angkat bakul gila gua. ini budak belajar dekat Seklah Menengah Sains Bagan Datoh (SABDA). SBP baru, shortname pun agak pelik. ini pun gila Yunalis. tapi dia tak klasik macam abang dia. dia normal. kau orang nak kenal? langkah mayat aku dulu. budak-budak dah tahu nak bercinta. dalam islam mana ada istilah berpacaran. tunggu habis belajar dulu.
mylovelybro adik
yang rambut jarang nak ada ini adik gua yang last sekali. ini lagi hero dari gua. tahun depan UPSR. baru dia tahu kena kelas tambahan time cuti sekolah. gambar asyik nak kacak bergaya. ini budak kuat main game. mentang-mentang masing dah ada komputer riba atau laptop sendiri, tak ada kerja lain asyik game. padan muka Astro pun tak pasang. katun jangan cakaplah. abang dia pun layan.
one happy family
inilah keluarga gua. latest picture masa raya. purple punya warna tema gua pun tak tahu macam mana mak boleh pilih. ada makna? itu yang gua suka.
kalau dulu susah nak cerita sebab dulu gua sekolah ikut abah. semua orang kenal. macam mana gua nak cerita. sekarang sudah besar. komuniti masyarakat makin ramai. politik makin menjadi-jadi. banyaklah yang boleh gua cerita.
nanti suatu hari bila gua dah jadi orang ternama, buat bangsa bangga. gua ada satu cerita yang gua boleh kongsi. setiap perkara yang gua nak buat gua pejam mata, gua fikir mak dengan abah, adik-adik gua, hati gua, kemudian gua cakap dalam hati, gua boleh. sebabkeluarga gua, mereka yang gua dukung, hati, hati yang gua sentiasa bawa, sebab itu gua selalu ckp tanya sama hati bila kau orang nak tanya pasal itu perkara.