Jul 30, 2010

Jul 29, 2010

Kembali, Kembali Kepada Petak Pertama.

Kembali.
bersamanya. Ada di situ.
Kembali.

Hidup, Mahu tak Mahu.

Gua rasa macam baru sehari gua balik kampus. Tapi gua ada rasa macam dah 5 tahun gua study. Hidup, mahu tak mahu gua kena teruskan. Kau orang juga sama. Rasa, fikir, bincang, bising. Semua ada bila kau orang balik kampus. Tidur cukup tak cukup apa gua kisah sebab gua kena kejatr apa yang gua kena kejar.

Gua hadap hari-hari yang tabah. Penuh dengan rasa malu dan hina. Gua rasa hidup macam kau orang lompat dari gunung masuk dalam laut. Otak rasa macam sakit bila permukaan laut libat kau orang punya badan. Pedih macam nak gila.

Kenapa hidup pedih?

Itu bukan soalan yang patut kau orang tanya-tanya. Gua rasa hairan bila orang cari orang untuk tunjuk kau orang adalah orang. Kau orang fikir orang lain nak tengok kau orang sorang. Orang lain kau orang tak peduli.

Nasib baik gua boleh lone ranger. Tak perlu kau orang nak susahkan diri. Gua rasa kau orang nak jadi hero, siap buat benda pelik, pergi kelas siap pakai kaca mata hitam. Itu memnag pelik. Gila punya orang. Gua tak dengki tapi gua malu. Kau orang melayu tapi perangai sikit tak ubah macam orang asli.

Mahu tak mahu gua kena teruskan hidup juga. Gua rela tutup mulut dari gelak sebab gua malu sama itu manusia. Kalau benci dah lama gua maki tapi nasib baik gua bukan macam itu punya gila. Gua duduk, gua lihat, gua hayat. Kau orang mahu perhatian. Silakan gua tak halang tapi kau orang baru, jangan buat gila. Ini dunia baru kau orang belum tahu. Sabar sampai bila kau boleh tahan.


Jul 21, 2010

Suatu Ketika.

Dan bila suatu ketika, gua lihat bulan dalam suasana seorang dekat negeri orang, gua nampak bayang indah dalam diri gua. Ketika itu, gua rasa itu adalah kesenangan yang paling gua cari. Tiap-tiap hari gua doa, gua ingin gembira yang tak terhingga sampai bila-bila. Dan waktu itu gua rasa bagai dunia itu macam gua yang punya.

Saat indah, malam sunyi, bulan terang, hati bahagia. Siapa yang tak mahu bahagia?

Gembira yang gua rasa mungkin untuk selama-lamanya. Ini adalah yang gua impikan. Bila senang gua rasa senang, bila susah rasa senang juga. Gembira teramat, tapi gua tak boleh terlalu gembira. Kadang-kadang ada jatuhnya. Hidup bukan umpama memancing ikan dekat tepi sungai.

Bunga, indah berseri-seri.

Bersamanya. Perkataan yang selalu dalam entri-entri yang gua rasa indah bila bersama. Akhirnya muncul si bunga di depan mata. Kosa kata indah bukan senang untuk diungkap, tapi sukar untuk dicakap. Minda selalu berfikir dan hati selalu berkata.

Seratus atau seribu kali berfikir tapi satu pun tak terjawab lalu sekali tak terungkap. Dan dari situ gua lihat bunga yang indah berseri-seri, hati rasa senang sekali. Mungkin hati telah dibuka, mungkin ini yang gua cari. Tapi masih susah gua nak cari isi hati.

Inilah kata-kata seni yang dapat gua ungkap, tetapi tak dapat gua urai sendiri. Hidup tenang walau ada susah. Gua senang jika selalu macam ini. Kalau bunga dekat dihati, daun tak layu fikiran memang seronok sekali.

Bunga, bunga tahu siapa dirinya. Bunga tahu siapa gerangannya. Bunga tahu apa yang dimahunya. Gua cuba untuk mencari dan terus mencari diri untuk menjadi yang terbaik untuk bunga yang buat gua selalu senang hati. Terima kasih bunga Chymara.

Jul 15, 2010

Bunga Merah Chymara

Bunga Chymara.

Sekuntum bunga ros merah chymara. Bunga yang menjadi penyeri bila mula bertemu. Senyuman yang tak dapat gua hilangkan dari mula. Seratus kali berfikir cara untuk berhadapan, tapi satu pun tak berguna sebab tak terlintas langsung walaupun satu. Terima kasih untuk bunga chymara. tiada frasa kata indah lain, hanya senyuman.

semua tentang bunga menjadi ingatan untuk selamanya.

Jul 11, 2010

Damn!

It made sick! What do I think? I don't know. Go away please. I miss my smile. Help me out. T.T

Jul 10, 2010

Kata Syurga, Tenang Dunia.

Tenang
bosan dengan penat
riang dengan gelak tawa
perempuan datang atas nama cinta
lalu sekali ini aku melihat karya syurga
dari mata seorang hawa
puisi telah melalui perjalanan tersembunyi
bukan sebarang bahasa tetapi sebuah frasa malaya
sengaja dinafikan kewujudan
apa lagi diangkat menjadi tuan

Tenang, itu yang gua cari. Bingit tengok sekeliling, buat gua rasa pening, buat gua rasa macam ada yang berpusing. Hati rasa macam ada yang tak kena, jiwa rasa macam ada yang menangis, akal bertanya, apa yang sedang berlaku?

Terus sambil gua fikir, gua tulis satu puisi kecil. Untuk cari balik tenang yang gua cari. Mata rasa mengantuk, anjing gonggong, manusia terpekik terlolong, malam-malam gua terasa kosong. Kebahagiaan dan ketenangan.

"...jangan kau salahkan orang yang merindu dengan segala kerinduannya, sehingga kau mampu menyelami jiwanya.."

Gua rindu sama rasa tenang yang gua cari. Lalu gua baca puisi-puisi yang gua rasa sangat dingin. Puisi-puisi yang tidak hidup, tidak punyai roh kerana mereka membantu gua untuk menghidupkan rasa tenang yang gua cari. Gua lihat karya agung Tuhan. Indah berseri-seri. Bantu dalam teruskan cari ketenangan yg gua rasa dalam hidup gua, ia masih belum pergi.


Jul 9, 2010

Sekolah Pusaka - Homecoming 2010!


STAR Old Boys weekend 2010.

" Mom, we've been waiting this annual event for a year and every year we'll together again. These ancestral land made us to be someone...and proudly we sing back the song, Rouse Up with happy tears on our heart... Rouse Up!"

Rouse up rouse up young Starians all,
Through out the land our voice resound,
It's Tuanku Abdul Rahman's call,
To win for him our youth our town,

Stand stead fast Starians for your right,
Your word your dignity your pride,
Come march along we'll conquer all the world,
Young Starians side by side,

To this glorious school we give,
Our pledge of loyalty and love,
Oh teachers always in our heart,
Behold the golden age of Star,

Stand stead fast Starians for your right,
Your word your dignity your pride,
Come march along we'll conquer all the world,
Young Starians side by side....



Jul 7, 2010

Diam Tapi Bising. Tenang Tapi Bingit.

Beautiful Garden.

Agak-agak dah berapa lama gua senyap? Gua tak tau yang serabut jadi apa? Yang hingar-bingar jadi apa?

Apa yang gua fikir semua bukan dalam kepala. Tenang tak tenang gua rasa macam pasar malam, pekik bagai nak gila, tapi bukan itu yang gua cari tapi tenang yang macam duduk tepi pantai minum air kelapa muda, baca buku sambil angin tiup sepoi-sepoi bahasa.

Gua cari tenang yang tak ada sudah, tenang yang sampai bila-bila ada dalam diri gua. Gua senyap bukan gua lari, gua cari fikir apa yang gua tak boleh tafsir. Cerita hebat tapi gua tak tahu apa boleh buat. Kau orang cakap macam-macam tapi gua hanya boleh diam sebab macam mana gua nak cerita? Tak tahu mana nak mula dan gua pun tak tahu apa yang gua fikir.

Ini gila punya orang.

Tapi rasa memang otak tak kosong, fikirang tak tenang, hidup tak seronok. Sudahnya, satu benda yang hilangkan semua kusut musut gua. Terima kasih kain sutera, serabut gua hilang begitu sahaja. Gua tak mahu serabut lagi, gua nak gembira samapai mati, senyum sampai akhirnya. Tapi yang penting bunga, senyum

:)

Jul 2, 2010

Bersamanya.


Ketika tunas ini tumbuh
Serupa tubuh yang mengakar
Setiap nafas yang terhembus
Adalah kata
Harapan, semangat dan emosi
Bersatu dan juga berpautan
Tangan kita terikat
Kata-kata menyatu
Maka setiap apa yang terucap
Adalah sabda pendeta ratu
Di luar itu pasir
Di luar itu debu
Hanya angin yang meniup
Lalu terbang hilang tiada
Tetapi kita tetap menari
Menari cuma kita yang tahu
Jiwa ini tandus
Maka duduk sahaja
Maka akan kita bawa
Semua
Kerana Kita adalah SATU...

*Tak ada maksud gua tulis ini semua untuk apa, tapi mungkin untuk apa yang terinspirasi dalam minda, Mungkin ubat segala duka, yang berpenat lelah mencari senyum itu semula tapi hebat hasilnya.

Inspirasi awal pagi yang gua lambungkan, menjadi satu karya yang gua rasa tenang bila dibaca dan bila dihayati. Jangan salah tafsir apa yang gua fikir. Ini dunia satera gua. Bukan apa yang kau orang fikir. Tapi mungkin apa yang gua fikir, ia adalah yang terindah.

Mungkin suatu hari, suatu hari nanti.

Tak Lengkap.


DIAM. FIKIR. TIDAK LENGKAP. KENAPA.