Dec 23, 2010

Itulah Senyum dan Senyum. Apa Bezanya?

dalam diam malam itu datang. dalam sunyi malam itu juga sambil gua dengar lagu dari deep purple, soldier of fortune, hampir jatuh ke bumi air mata takungan yang gua 'feeling'kan.

senyuman yang gua bagi...

gua makin besar, makin kabur hala tuju yang gua karang sejak berapa tahun yang lepas. dalam senyum itu juga ada banyak sedih yang gua sembunyikan. tapi bila senyum itu gua bagi setiap kali gua rasa sedih, hilang sedih itu. itulah gua. ceria orangnya. tapi apa gua mampu mengahdap hari-hari yang akan datang dengan hanya senyum bila lihat semuanya kabur di depan mata?

itu bukan gua. gua bukan seorang yang mahu biarkan kau orang ranap-ranapkan hari-hari akan datang yang akan buat gua sentiasa senyum dan syukur. apa lagi yang kau orang mahu?

lihat gua sentiasa sedih fikir pasal kau orang. untung kau orang tahu ada orang yang sentiasa bersama kau orang, tapi kau orang tahu mana akarnya? diri sendiri jawab mereka. hati masih sentiasa bilang hari-hari yang mendatang, akal masih sentiasa fikir apa yang akan dirancang.

gembira bersama sahabat...

hari-hari yang gua lalui dengan senyuman dan hanya hati yang gua bawa. tanya sama hati. mesti kau orang garu kepala. tak perlu tahu apa yang gua katakan. cuma tanya sama hati kau orang.

betul kata seorang yang aku kenal itu, seperti lego. sudah stuck! apa kata tinggalkan semuanya dan pasang semula. tapi mesti ada sedikit yang perlu. hati gua. akal gua perlu rancang semula biar hati gua yang gua bawa sama-sama. kalau pun terbentuk satu bunga dari timbunan lego, ia bermakna ia bunga yang gua lama tahu. bagaimana mimpi itu yang pernah takutkan gua satu hari. semua wajah mereka gua dapat lihat dengan jelas. mereka, mereka dan mereka. mereka jelas.

bukan tipu semata tapi ini yang gua mimpi. sejak itu gua jadi takut pada ungu. hijau makin menhijau segar. bila pelangi di atas bumi yang hijau, hiduplah semua masa depan yang gua rasa makin kabur. gua sujud minta pada-Nya, tenangkanlah hati, bukalah minda, supaya gua dapat apa yang gua impikan.

2 comments:

  1. jigsaw puzzles.susun,padankan dan cantum.tiada petujuk yang menujuk untuk satu bingkai gambar.hingga satu tahap rasa mual untuk membingkaikannya.jadi separuh gambar gembira tapi sentiasa perlu hati-hati takut setiap cantuman itu terpisah semula.

    dalam berani pada masanya takut.
    dalam gembira pada masanya sunyi.
    dalam suka pada masanya duka.
    dalam terang pada masanya mimpi.

    carilah apa yang hilang gantilah untuk memancu masa hadapan.

    ReplyDelete
  2. terima kasih org bunian, walau tidak ada kenalan, tapi hati rasa senang bila anda berkata.

    terima kasih dari hati ;)

    ReplyDelete