kosong...
jangan rasa bersalah, bukan hina maknanya kalau kau orang sedemikian rupa. mereka tiada dosa, kenapa kau orang masih mahu berkata. cuba lihat di mana akarnya, baru kau orang tahu seelok mana tumbuhnya. jangan disalah perbuatan sahaja kerana kau orang juga yang dapat rasa.
seperti tahun-tahun yang lepas. seprti hari-hari yang telah gua lalu. gua lihat diri sendiri seperti tiada siapa yang lihat. gua bukan kagum bagaimana rupa mereka, gua hanya kagum kenapa mereka cepat alpa. di mana yang dipijak? melayu apa memang mudah lupa. hampir setiap langkah gua ingat, hampir setiap tulisan gua simpan, walau perkara yang boleh dibuang gua jadikan perkara manis. kenapa kau orang mahu begitu?
lihat mereka, mereka bahagia dengan rumah tangga yang baru. gua ucap tahniah pada yang baru. semoga kalian ke anak cucu, diredhai kehidupan kalian dengan rezeki dari Yang Satu. ada yang berkata, jangan dikosong semula. fikiran tenang bila memikirkannya, bila dapat dirasa ia muncul dalam mimpi yang tiba-tiba pergi dengan sekelip mata. tenang aku lihat bunga, ia cantik seindah rupa, harum semkar kasturi. apa beza jika dibandingkan dengan dunia yang tiada rasa cinta?
apa lagi? kosongkannya semula.
No comments:
Post a Comment