Sep 9, 2010

Belanjawan Untuk Hari Lebaran

Gua tengok blog semua orang tunjuk apa diorang shopping untuk Hari Raya. Jadi di kesempatan ini gua pun nak kasi tengok selama setahun gua tak shopping, gua shopping habis dekat kedai-kedai bundle Ringgit Malaysia 10 dekat KL sana. Kedai bundle banyak dekat simpang empat Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Kasi lihat barang bundle gua beli.




ZARA Camouflage Plimsoll (Gua punya warna putih)

TOPMAN Short Sleeve Utility Shirt (Gua punya warna Ungu)

TOPMAN Long Sleeve Black Open Notch T-shirt

Gambar dgn barang sebenar adalah design yang sama tapi warna yang berlainan. Gua punya kasut warna putih stripe coklat dan kemeja gua warna purple sebab bunga punya warna favourite. Dan ada yang gua tak dapat tunjuk gambar sebab tak dah tak ada dalam internet. Itu pun gua tak puas hati lagi sebab gua tak dapat cari jeans vintage slim dekat kedai bundle TOPMAN. Gua cari dua kedai bundle dalam Pavillion sama 1 Utama. Gua dengan inisiatif terbaru, gua angkut jeans "dark brown" dekat kedai bundle Bandar Baru.

Bukan untuk raya, gua beli untuk pergi kelas apa semua. Gua tak kisah apa orang kata yang penting diri gua nampak kemas sudah. Kau orang kutuk gua bukan gua hairan. Gua bukan menunjuk-nunjuk, cuma ingin yang terbaik untuk diri. Kalau bundle pun gua beli juga asalkan cantik nampak kemas. Dalam loker, berapa hanger baju dengan seluar bundle tapi sekali-sekala mesti mahu yang baru.

Dayang-dayang Istana Pavillion. Ogos 31, 2010.

Paparazi dekat LOT10 Yang Ingat Gua Zizan. Ogos 31,2010.

Hari yang menarik sebab gua rasa KL tak macam KL dah. Gua rasa KL itu hari stands for Kuala Lipis dia punya lengang. Sumpah gua tak tipu tapi bila dekat kawasan abang long straw BB dah macam bazar ramadhan Alor Gajah dia punya sesak. Yang penting gua puas tambah gembira.

No comments:

Post a Comment