ke kiri ku buntu
ke hutan ku hilang
ke timur ku kosong
aku terus bosan dan tertekan
seperti waktu yang terus sahaja meninggalkan
aku, jauh ke dasar kerak bumi yang belum pernah diterokai
warna aku rindu
jiwa ku ungu
menunggu cintaku umpama si buta yang melihat syurga
umpama lampu, yang berpunya hitam
lalu menunggu aku terus
kini malam tiba lagi kerana tinggalkan cahaya matahari
dibebankan, dengan bunyi rintisan hujan
seperti mahu sahaja aku mengejar gunung yang besarnya tidak terdakap
seperti itu jugalah rindu aku pada...
kini harus aku terus menunggu
atau hilang sahaja aku di rantau yang luas...
No comments:
Post a Comment