Sep 9, 2010

Pelangi Lebaran


tiada susok mentari lebaran ini
yang dhatang bertandang hanya si cantik pelangi
dalam pelangi ada tujoh warna
dalam warna ada ungu
dan di dalam ungu ada kamu..

aku memandang ke dalam matamu
harap lebaran seterusnya indah
aku kamu dan mereka
bersama bermain bunga api diterangi pelita-pelita buloh

Gua sudah rasa sedih, sebab bulan puasa dah nak habis. Belum cukup sempurna lagi gua rasa. Tapi hidup perlu diteruskan. Takkan kau orang nak sedih samapai pagi raya. Nak buat apa kalau sedih lama-lama sebab bumi berputar ke hadapan bukan ke belakang. Kalau pun kebelankang apa yang kau orang nak buat?

Esok sudah hari raya. September 10, 2010.

Tiada sedih, tiada air mata tapi dengan hati yang tenang dan cukup gembira, gua ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca blog gua yang setia, rakan- rakan dan guru-guru SK Kota Setia, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, A-level Universiti Industri Selangor, Universiti Kuala Lumpur, STAROBA dan yang mengenali diri ini. Kalau kau orang belah lemang, kau orang cuba ingat dekat ini kacak seorang. Salam Aidilfitri. Jumpa lepas raya.

1 comment: