Sep 16, 2009

take it slow

it's gonna be hard...i'll take it slow. was it something i din't say? :')

Sep 13, 2009

Mubarak



baru sebentar td kanak-kanak riang yang telah dewasa dapat bermain bunga api setelah sekian lama meninggalkan zaman-zaman indah itu. berbuka puasa bersama org kampung yg cukup mesra. ringan tulang memasak, mengankat barang, menyediakan juadah. memang sesuai untuk mereka yang suka menolong orang. berbuka puasa bersama kelab kebudayaan unikl micet dan org kampung dekat negeri sembilan memang mantap habis. kalau tak tambah dua tiga kali tak menjadi. tapi kalau dah penuh sangat tangki boleh bocor. selesai sudah acara berbuka, kanak-kanak ria tabika rama melihat satu cahaya yang telah mereka lalui, namun lahir dari diri masing-masing saat yang mereka lihat itu amat dirindui. mana tidaknya kalau tengok budak-budak main mercun, kami pun nak masuk campur. dapat dua tiga empat lima batang bunga api macam raya dah rasanya. imbas kembali 10 tahun yang lalu. dapat duit belanja sekolah time puasa simpan dekat laci. bila dapat kumpul sepuluh hari pergi kedai minachi,

"aunty! bunga api satu kotak!."

kawan-kawan dengar, dengki habis. balik mintak duit dekat mak, kena marah sampai nangis nampak gigi.

sekarang tinggal kenangan lalu yg akan dikenang-kenang bila masa mercun keluar dari sangkar, bunga api terlerai dari ikatan. lepas buka puasa, bawak adik-adik, sepupu sepapat, budak-budak kecik keluar rumah tengok dia orang lari sana sini sambil bawak bunga api sama mercun. yang dah besar sikit bakar mercun roket. itu dah kira taiko habislah kononnya.

yang kakak-kakak, ke dapurlah jawabnya. takkan kau orang yang dah besar panjang pun nak juga.

tapi kalau dah main jangan sampai tak ingat dunia. nanti populariti kau org meningkat sebab keluar muka depan surat khabar.

"pelajar 10 tahun hilang telinga akibat mercun".

yang penting kau orang pandai jaga diri. jangan lupa diri.

Sep 11, 2009

the unseen melancholy



walau sebentar, tapi ia cukup bermakna.

walau sesaat, tapi ia cukup berharga.

"if you come, i'll be waiting with a snowball in hand"

i will always remember that. always...
just wait till the day i "bang" you with a snowball first.
all the best hafizah. may god bless you... :)








*this is only memory i ever had with you*
:')

Sep 10, 2009

suka.sebentar.

sakit kepala, penat segala hilang dalam sekelip mata. memang penat kalau tiap-tiap hari menghadap buku, cari kesudahan cerita matematik, buat kiraan sejarah, selagi mampu hidup pindah-randah tanya sana tanya sini. memang pelik. terkejut macam ada harimau dekat sebelah. buka puasa entah kemana, sahur makan apa yang ada. senyap tiada bunyi-bunyian telefon tangan agak membosankan. tapi, satu hari dalam bulan puasa lepaskan geram, penat, lelah, mengah segala alam memang rasa seronok. menghayati sejarah melaka bersejarah memberi seribu satu makna. dari bandar ke pantai, dari kampung ke pekan, dari hutan ke jalan. rasa macam hidup kali kedua. kawan-kawan seronok riang tawa gelak gembira sampai rasa macam tiada esok untuk semalam. bulan puasa sekali sekala keluar tengok selok belok melaka macam org yg tak tahu penat. bejalan sana sini, pusing kanan kiri. nama pun bulan puasa, nak dekat raya. memang sesuai untuk membeli barang secara pukal. dah macam tak ada tempat lain. kalau mak cik-mak cik dah tentulah berpuluh kedai jadi persinggahan. kalau abang-abang muda mesti barangan jenama. adik-adik mesti pilih mana yg sesuai. rakyat jelata turun ke bumi untuk mencari barang aidilfitri. meriah gila bagai. kalau nak beli, jangan lupa sehelai dua barangan org sini.

Sep 3, 2009

Pusing. Sini. Untuk. Ke. Sana.

memang itu yang diimpikan. kalau hidup melepak sahaja tak bermakna buat apa?

susah=susah payah, pening kepala, tidur entah kemana.

kalau ruyung tak pecah, mana nak dapat sagu.

biar pusing-pusing dekat sini, tapi jalan nak ke sana mudah untuk dicari gali.

kalau tak sekarang bila lagi, orang lain dah ramai yang pergi.

penat tak penat kena juga penat, kalau tak buat susah lelah mengah.

jangan esok masih ada, tapi semalam sudah pergi.

lambat buat tak jadi.

mungkin suatu hari nanti? suatu hari nanti...

Mudahkanlah.

*setelah azan subuh berkumandang, setelah solat subuh dikerjakan*

Ya Allah, Kau permudahkanlah bagiku aku menerima pelajaran.

Engkau permudahkanlah jalan untuk aku ke sana.

Engkau permudahkan rakan-rakanku untuk mendapat apa yang dicitakannya.

Engkau permudahkan segala urusan baginya.

sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Memberi...

Amin...