setiap herdik yang timbul,
setiap garangnya kata,
setiap bengisnya suara,
percayalah itu kasih jawapannya.
gua tertarik dengan apa yang ditulis. gua pinjam untu entri yang gua mahu tulis. gua rasa kata itu mungkin untuk bukan semua orang. cara orang berlainan. mungkin ada yang hanya dengan sabar, mungkin ada yang mendiamkan diri tapi bila dalam diam mereka sayang sepenuh hati.
gua duduk lama atas kerusi, depan komputer riba yang gua beli, mencari fikiran setiap orang bumi. kadang-kadang mereka kata gua tak ada harga diri, hidup penuh dengan sifat yang sentiasa bersembunyi. gua bukan mahu bersembunyi tapi ini yang gua miliki. setiap kata ada makna. itu yang gua cari. setiap pergerakan ada dalam ingatan, setiap kata ada disimpan, setiap kemanisan harum baunya sentiasa ada,apa yang disuka, apa yang dihindar, apa yang dimahukan, sentiasa ada dalam akal.
gua bukan seorang yang mampu tulis kata-kata cinta,
kerana hebatnya diri kau bagai angin yang dapat dirasa tapi tiada di mata, sentiasa ada di ruang udara,
gua tenggelam dalam kata-kata gua sendiri,
tiada kata secantik bahasa walaupun di mana ia mula.
apa makna dunia bagi kau orang. yang kau orang sia-siakan. gua mungkin hanya seorang yang lemah dari semuanya, kau orang hebat punya cita rasa besar, impian besar. tapi gua hanya punya hati yang hanya boleh dibuat bahan ketawa. tapi bila gua sudah ada semuanya kau orang sanjung tinggi. rasa gila yang gua tunjukkan bukan rasa gila yang kau orang boleh caci-maki-hamun-kan. sekurang-kurangnya kau orang tahu mana politiknya, mana egonya. tapi kau orang alpa mana akarnya, mana mulanya?
gambar. berjuta kali kalau kau orang tengok mungkin ada kalanya kau orang tutup kerana kau orang bosan. tapi gambar, seindah bunga bukan boleh dibilang bila gua yang melihat. ia ada di mana-mana. apa gua kira kau orang mahu cakap apa. gila! itu mungkin yang akan kau orang katakan. kau orang beri apa yang yang kau orang rasa tapi kau orang dengan sekelip mata ubah apa yang kau orang ada. gua masih tertanya-tanya bagaimana?
apa gua hanya mainan yang biasa. atau gua sudah tertinggal jauh berbatu-batu? dunia. kau orang kata itu yang dunia mahukan? fikir guna akal, jangan hati yang dikunci. gua terjatuh sekali. gua hanya terima caci-maki-hamun kalian. marah kalian gua sabarkan. kata-kata kalian gua simpankan. hanya hati yang gua bawa. tiada tahu apa maknanya, tiada serik gua dihina. jangan bimbang kau orang katakan. jangan jadi seperti ular sawa yang hanya tahu menunggu mangsa. kau orang jadilah semut yang sentiasa mencari akal untuk sarangnya, untuk keluarga.
No comments:
Post a Comment