jangan cari api kalau air tiada di sisi.
kau orang sedih tiada guna sebab masa depan kau orang bukan sedih selamanya. kau orang peduli apa. banyak lagi perkara yang kau orang mahu buat. memang susah mahu lupa, tapi senang mahu berjaya.
matahari yang dilindung awan, apa makna disebalik rahsia Tuhan...
dunia, penuh dengan derita yang memmbawa suka dan duka. tapi atas dunia juga kita boleh berubah. manusia berubah-ubah fikiran. gua dahulu yang nakal gila tapi dewasa gua jadi seperti manusia yang masih ingat di mana gua berpijak. yang dahulu cuba jauh dari bunga-bunga, tetapi hanya satu bunga yang gua bawa ke mana-mana. yang dahulu tidak pernah cakap soal hati, kini tanya sama hati. apa perlu gua jadi seperti dulu lagi?
awal tahun hijrah gua masih tertanya-tanya mana perkara yang perlu gua hijrah. mereka dengan azam masing-masing. gua hanya pada yang lama sebab masih banyak perkara yang belum selesai. apa guna yang baru kalau yang lama hanya ditinggal dan jadi habuk semata?
gua tutup pintu hati, apakah itu yang perlu? keliru gila gua. pusing kanan pusing kiri gua dekat tempat yang sama lagi. masih tiada yang berubah. gua rasa biar macam ini. perkara mudah yang gua rasa hanya mudah di mulut tapi bila rasa, kau orang boleh tanya diri sendiri apa kau orang mampu buat benda yang sama macam gua?
gua bangun berdiri tabik tanda hormat pada kau orang. semoga tahun baru ada makna buat gua. Salam Maal Hijrah buat semua.
No comments:
Post a Comment