Nov 13, 2010

Seratus Empat Puluh Tiga.

study week lah sangat!

gua sudah study ini subjek dua minggu lepas tapi gua rasa macam nak terjun sungai takut punya pasal. gua tinggal paper yang perlukan otak dan logik untuk sapu bersih ini cerita. tapi gua punya satu perasaan yang gua fikir sampai bila pun tak ada akhir.

seratus empat puluh tiga.

kau orang tak perlu fikir apa yang ada disebaliknya. cuma kau orang perlu fikir perkara yang kau orang belum selesaikan. ini gua punya cerita. gua rasa macam duduk dalam satu bilik kosong. hanya yang ada cuma otak yang boleh berfikir, mengenang, mempersoal dan menjawab sendiri dalam hati.

sambil lagu Azlan & The Typewriter berkugiran rancak dalam komputer riba yang gua guna untuk imbas kembali kisah-kisah lama, gambar-gambar manis bersama-sama, nota-nota yang mereka beri untuk gua ulang kaji. gua mahu hiburan gua dapat, tapi gua mahu berada dekat gua tak sampai. cuma perkataan yang gua dapat sampaikan adalah seratus empat puluh tiga.

hari-hari yang gua tempuh pernuh dengan warna ungu. ungu yang gua rasa sudah penuhkan semua hari yang gua lalui. ungu yang berada dalam hijaunya. apa yang perlu gua buat?

tidak perlu semua itu. memadai hanya rasa seratus empat puluh tiga pada ungu yang berseri di dalam hijaunya.

3 comments:

  1. orang da xnk bro...chiill suda..so sad..don shamed urself with ur quot ni..wat malu laki je.ungu bkn seorg..n xyh trlalu taksub ngn someone..sbb dunia luar lagi byk wanita..

    ReplyDelete
  2. hahaha :D ini bukan soal x nak ke nak. adoi.salah faham ni. anda terlalu yakin. kalau org x nak mmg sy x post dah. hahaha ;D kalau rs buat malu lelaki jgn jd diri sendiri. ini nama pun x bg, salam apatah lg? lelaki ke? hehehe jgn ambil hati. sy fhm anda mst belum smp ke tahap pemikiran yg sama dgn umur anda ;)

    ReplyDelete
  3. ungu hanya ada satu dalam hijaunya...dan ungu dan hijau itu punya rasa tersendirinya kenapa ia terjadi. jadi konklusinya, ungu dan hijau bukan seperti yang kamu ckpkan & fikirkan wahai "lelaki" budiman. ;) kami bahagia & saling menyayangi ;)cuma rasa rindu yg menyelubungi ;)

    ReplyDelete