Oct 13, 2010

Melangkah Mencari ; Monoloq Dalaman

apa yang kau cari?

dan bila soalan itu dantang dari hati gua sendiri.

gua mencari apa yang gua cari. impian yang gua cari. bunga yang gua cari. gua makin lama rasa diri gua tiada guna untuk dunia. lebih gembira ketika gua tiada. gua menanti suatu saat dengan sabar apabila kegembiraan yang gua cari hadir.

berbual sama hati.

kenapa dengan kau?

tanya sama diri bila saat kosong dunia tiada lagi. gua disampahkan?

tanya sama diri kau orang sendiri. suka atau tidak bukan gua yang jadi hakim. gua bukan manusia yang suka membenci orang macam khinzir hutan yang tiada hala tuju menyondol pokok pisang di kebun orang.

mata kau bengkak?

ini bukan air mata kesedihan. ini air mata kerinduan pada saat kegembiraan yang gua pernah gua ada. tapi bila kesibukan datang, kau orang lari tinggal gua sorang-sorang. tapi gua masih tetap orang yang sama. tidak menilai langsung apa yang terjadi. apa permulaan kau orang, itulah yang gua kenal.

apa kau nak buat?

sampai suatu saat, gua masih merindui tapi bila sampai suatu masa, gua akan tahan supaya tidak merindui.


1 comment:

  1. kau rindu selalu lah dtg ipoh..haha

    jiwang la kau atoi

    ReplyDelete