Aug 13, 2011

Permainan ; Ini Bukan Permainan.



permainan dengan hati atau perasaan.
itu bukan permainan. bukan untuk benci juga bukan untuk menangis.

" di mana lihatnya..."

hati, tak sama pada diri, jauh sekali dengan mimpi. gua bukan lagi seperti dahulu. tiada lagi mencari, tiada lagi bermimpi, hanya berperasaan untuk menerangi jalan yang gua sedang lalui. tiada apa makna lagi untuk semua yang sudah lalu. tapi tiba saat pada waktu yang sama, terlintas sekali dua rasa gila, gila berfikir tentang bunga yang tiada nama.

apa gua gila.

bukan susah untuk buang semua perkara yang lalu. hanya Tuhan yang tahu. gua senang bila tenang tanpa ada lintang pukang. kau orang jangan risau mana tanah yang gua pijak sekarang. apa mainan dunia yang buat gua separuh gila?

bunga tiada nama.

bunga tiada rupa.

jalan seorang diri bagai ada perkara yang banyak gua perlu cari. mana mungkin perkara itu akan jadi bila gua sendiri tak mahu jadikan sebagai reality.

"bukan semuanya sama..."

ada perkara untuk semua perkara. ada bahagia untuk semua duka, ada gembira untuk semua suka tapi jangan lupa ada sedih untuk semuanya. apa yang perlu untuk selesaikan?

DOA KEPADA-NYA.

tiada putus doa gua untuk cari bahagia. mungkin ada untuk gua tapi bila itu tidak tahu bilanya. lari ke hutan tidak sama dengan menuju ke pantai. gua tidak tahu apa dalam kepala yang masih tidak mahu gua keluarkan?

hanya buku dan pena biru yang bergerak melihat semua perkara yang berlaku. lagu, berirama seperti tiada nada yang gua mahu buat kau orang rebah jadi buntu. manusia, seperti hilang arah mencari nafsu. apa dunia mahu gua sesat di pertengahan jalan?

ini bukan permainan. ini bukan lego yang kau orang susun hingga jadi apa yang kau orang mahu. ini bukan congkak yang kau orang buat seperti tiada masa dalam dunia. ini hati yang bertanya siapa. semuanya kau orang perlu jawab pada diri.

tanya sama hati.

Aug 7, 2011

Korupsi Hati, Redemsi Mimpi. KONKLUSI?

bunga?... jangan lihat pada warna lagi...

Sedar atau tidak kau org?
itu mimpi, realitinya fantasi.

berdiri bawah lampu, kalau bukan lihat bayang-bayang sendiri, bayang siapa kau orang mahu cari. menangis tiada guna kalau kau orang tak mampu mahu cari. hidup bukan senang kalau mahu goyang kaki. duduk letih badan kau orang tahu cari kerusi.

mata buta lihat cinta. hati mati rasa tiada apa lagi.
itu kau org rasa?

susah.

gua redah tiada sudah. catatan alam sungguh indah. kalau diri rasa tiada salah jangan jadi manusia tiada masalah. bukan susah terima realiti. Tuhan yang sedang uji.

catatan Lomo indah...

bukan tiada lagi. masih ada yang perlu kau orang perlu terajui. banyak perkara yang masih tiada arah, banyak jalan yang masih kau orang perlu jumpa. kalau duduk terus menangis sampai bila kau orang mahu cari?

korupsi hati. bukan selamanya, Tuhan takdirkan kau orang untuk siapa, bukan air mata. DIA sayang makhluk-makhlukNya. kau orang siapa mahu tanya? minta tolong bila ada susah lupa semua bila hati mewah, mahu jadi apa?

redemsi untuk konklusi?

esok, ada hari yang buat kau orang senyum, jangan lupa doa syukur. esok, ada hari buat kau orang ketawa, jangan lupa apa yang diberiNya. esok, ada hari buat kau orang bahagia, jangan lupa pada Yang Maha Mencipta. redha pemberian-Nya.

gua? kau orang tanya?
gua masih sama. kalau bunga itu datang dari syurga. harum baunya sampai ke Maha Kaya. sekarang, korupsi hati, tiada arah lagi. duduk diam tiada ke mana, berdiri tegak hancurkan semua angka, tunduk sujud pada Yang Maha Berkuasa.

dan konklusi itu, masih menjadi tanya tanya.



tanya sama hati.

Aug 1, 2011

Apa Kata Ramadhan?

Apa kata ramadhan kali ini.
berpijak pada satu tanah yang sama. di bumi yang nyata.

terserlah indah malam Ramadhan yang datang.
apa katanya kali ini?

menitis air mata mencari bahagia Yang Maha Mencipta.
hari-hari yang berlalu bagai gembira dengan kedatangan Ramadhan.
aku yang masih aku yang mencari apa salahnya aku.
mungkin Dia lebih tahu apa yang aku mahu.
atau waktunya masih lagi dicari atau dinanti?
apa kata Ramadhan kali ini?

apa katanya...

berbisik pada lantai yang sama, berdendang pada lagu yang berirama.
aku mungkin lagi bukan pena yang tiada dakwatnya,
yang berselubung dengan tulisan kosong yang tiada makna.
Ramadhan kali ini yang aku isi dengan seribu erti.

tapi,

apa mungkin katanya pada aku?
lain yang aku rasa Ramadhan kali ini.
tenang, aman.
seperti angin yang bertiup lembut pada muka pantai yang beralun.
aku bertanya pada pantai, apa kata Ramadhan kali ini?

tiada jawapan, mungkin baru awalan Ramadhan kali ini.
aku tunggu dan mungkin suatu hari nanti ada jawapan.
apa katanya dan apa jawapannya...

Dari Meja Itu - Indah.

di mana idea itu dicurah...

Semuanya dengan status puasa.
tiada yang lain atau pun ada, semuanya sama.

terima kasih kerana gua dapat merasa sekali lagi Ramadhan.

Melaka, bandar bersejarah - kota lama.
semua perkara ada di kota lama.

dari senyum gembira atau yang mengalir air mata atau yang memberitahu apa adanya atau yang tidak tahu apa yang akan terjadi. gua hanya boleh kata apa yang gua rasa. kau orang hilang atau pergi entah ke mana. gua semakin belajar apa erti dunia, apa erti hidup yang gua cari, semakin memperbaiki diri untuk senyum seperti biasa.

mendekatkan diri gua kepada-Nya, tersenyum lebar gua bayangkan. seronok dan tenang yang gua rasa. bosan gua dengan penat yang gua lakukan. tiada apa yang gua dapat. berhenti di suatu tempat yang gua tak pernah tahu. meneruskan hidup yang gua perlu teruskan, supaya impian itu gua dapat.

ingat lagi waktu apa yang gua impikan?

Ramadhan itu juga yang memberi idea agung yang gua fikirkan dahulu. semakin mencapai umur gua tidak lama lagi. rezeki dari-Nya gua tidak pernah bongkak malah syukur apa yang diberi.

sekali lagi seniman ini menangis syukur apa yang gua mahu masih lagi boleh dituntuti. kenapa tidak dahulu sahaja gua sedarkan apa yang gua nyanyukkan.

Semoga Ramadhan ini tenang gua lalu dan memberi seribu makna untuk gua dan hati yang sentiasa berkata bersama. dan dari meja itu gua ilhamkan beberapa puisi indah yang rasa ia seindah yang kau orang lihat, ciptaan-Nya.

Kita Liha Sahaja Nanti,

"kerana aku selalu begitu..."

Kalau Ramadhan itu datang dengan indah tanpa sebarang kata,
apa mungkin terdetik sejenak di hati bila ia menjelma lagi,
aku mencari kebahagiaanku bertahun,
dan aku sering tidak tahu apakah kemungkinan itu...

kita lihat sahaja nanti.

menghadapi kemerdekaan tanpa cinta,
kau tak akan mengerti segala luka aku,
kerana cinta telah sembunyikan pisaunya,
apa yang akan datang pada Ramadhan kali ini,

kita lihat sahaja nanti.

sepian adalah ketakutan dahn kelumpuhan,
aku sering bersama malam yang penuh dengan bintang,
yang aku tidak tahu namanya,
yang aku tidak tahu bentuknya,
cuma yang aku pasti ia datang dari-Nya,
seperti Nil dan Mesir yang bertemu jodohnya,
kau telah menjadi racun bagi darahku,
apabila aku dalam gelap dan sepi,
siapa dirimu aku tidak ketahui,

kita lihat sahaja nanti.

yang telah bererti diriku adalah tungku tanpa api,
apa mungkin bertahun lama baru aku ketahui?

siapa dirimu?

apa namamu?

ada bunga yang masih ada warna,
yang aku belum pernah ketahui,
Ramadhan ini menjadi seperti air mata yang aku penuhi di laut pada malam-malam yang sepi,
apakah akhirnya ini?

kita lihat sahaja nanti.

diri yang seperti sampah tiada apa untuk diberi,
aku cuma aku yang masih memperbaiki diri,
apa aku perlu lari sehingga tiada lagi tempat untuk menyepi?

apa aku perlu tiga dunia baru dua hati bertemu satu cinta?
mungkin dunia dan cinta cuma satu,
hatinya sahaja berdua,

kau dimana?
aku ingin bersama,
yang digenangi racun jingga dalam wajahmu,
aku tidak tahu siapa dirimu,
pada malam-malam Ramadhan yang aku pinta ada keajaibannya,
maka terjaga aku dari lena,
dan di situ aku mahu menari dalam rindu yang indah.

kita lihat sahaja nanti.

Jul 14, 2011

Sesak Bumi Sejarah, Tidak Sesesak Sejarah di Kuala Lumpur.

Malacca Jonker Street...

Seronok hati senang bila kertas penuh dengan angka dikira tiada dari pandangan mata.

tapi.


gua masih fikir apa akan jadi pada tanah melayu sekarang.

gua juga sama seperti sahabat seniman jalanan gua, kami adalah orang yang merayakan individualiti. walaupun hubungan sahabat gua dengan Kuala Lumpur sangat spesial, membenci Kota Raya yang riuh adalah sesuatu yang mendefinisikan diri pada hari-hari yang gua benci.



Banda Hilir, Kota Melaka.

gua sayang seperti ada sesuatu yang gua ingin sampaikan pada pantai, seperti hari-hari gua yang lalu. hidup bukan senang tapi gua mati tak mahu.

masih ada yang belum selesai.

Masjid Lama Pantai Puteri...

masih belum ada orang yang sama-sama berjalan riuh di Kota Melaka. tenang campur aman. bila tontn televisyen saluran satu dua tiga semua sama, buat gua rasa benci tonton televisyen semula.

Kuala Lumpur, 9 Julai 2011.


kota raya seperti orang gila paku tiga semua mahu tunjuk apa yang mereka ada. tidur sejenak belum tentu sampai lena.

orang ramai? hilang punca niaga. apa kau orang fikir. dua-dua pihak sama. rosak!

dunia kalau mahu cerita tentang gila bumi malaya memang tidak pernah henti dari dahulu kala. diri sendiri tidak malu untuk kata hina, orang lain kau orang tak ambil peduli apa lagi orang lama.


gua?

gua sama Kota Melaka mungkin tiada spesial. cuma gua sayang bumi sejarah, banyak seniman yang gua jumpa.

tenang dan aman yang gua pernah ada dahulu juga mulanya di kota ini. gua suka.

Jul 1, 2011

Seniman ini. Selamat Kembali.

Idea mencurah. Kalau ada segelintir yang mengalir, gua ambil untuk tidak biarkan benda itu membazir.

lepas.

semuanya gua lepaskan. macam burung lihat atas kalau tidak terbang bukan nama unggas.
semua buku bukannya lagu, semua kertas tidak lagi cemas, semua kelas bukan lagi rimas. mana tahu ada cina masuk hutan jumpa kawan serang kawan-kawan.

gua tahu semua itu. puas tidak puas mana mungkin ada yang rasa semua perkara bebas.

seronok bukan macam hantu, ramai orang semua mahu yang satu. gua lihat dunia 37 nisbah 1. perkara lucu bila semua dah buntu semakin diburu.

lepas...gua sudah sampai...

atas langit kalau tiada bunyi memang pelik tapi kalau atas tanah tiada bunyi memang sngat pelik tapi kalau gua duduk denyap buat bodoh diam seribu mati tak mampu. apa ada nilai seorang yang gua sanjung?

biar bukan pada darah yang sama punca itu datang dari dulu, rasa itu datang dari waktu yang satu ketika waktu.

seniman yang dulu berkarya dari alam nyata kerja, kini kembali pada alam yang mengembalikannya pada masa hadapan yang tenang dang lena. pernah terfikir kenapa gua cakap ini macam sama dunia? sudah rasa dunia di tahap ketiga, orang kita sudah bermusuh pada rakan sedunia yang sama.

gua?

mencari siapa dia?

siapa dia...?


May 3, 2011

Guris.

alangkah bahagianya mereka...

gua ingin benar kenal dengan warna itu. mencari warna sehingga gua lupa akan warna hidupnya. mungkin waktu ini hijau akan tetap hijau dan masih hijau.

...warna itu hilang...

...pantai jadi keruh...

...angin berhenti bertiup...

...guris.

Apr 4, 2011

Lemah Yang Akan Lari ; Cuba Lagi.

terima kasih seteru bersekutu. keranamu aku bertambah mutu.

tapi.

kebelakangan ini gua semakin tepu. hampir beku, ini, semua buku kosong nak berdebu. hilang sengat hilang seri hilang seru hilang merdu.

mata tutup kepala tertelungkup.

tukar niat, gua baca Bismillah mesti jadi.

lepas cakap besar tanam pokok. pasti belum boleh berteduh besok dan kalau tak berbuah doa sehari lagi, tuah akan sampai dengan Taming Sari sekali. hidup kalau tak selalu runsing bukan kepala sahaja yang selalu pusing. tadah tangan gua doa supaya hari yang datang menjadi terang, apa yang gua fikirkan semua tak datang.

apa beza gua bicara dengan hanya sekelip mata tapi dunia bukan lagi dengan warna, warna hidup gua yang ceria. ke sini ke sana hanya satu garis lurus, semua benda gua buat tidak terurus. buta warna buta dunia, kenapa hati masih belum gila.

mana dia, si ungu yang lama, si hijau terus berbunga tapi tiada nama. itu dia, warna pujangga, yang lama hilang tapi gua masih belum jumpa.

kenapa masih di situ...?

kenapa masih di situ. tunggu dan tunggu dan terus tunggu, hati dari Ilahi. apa guna berbicara kalau masih ada nama. gua cuba untuk lari tapi bayang-bayang terus di tepi. gua cuba untuk mencari tapi hanya satu warna yang mengekori.

gua tahu kau orang mahu apa, cuma gua tidak tahu macam mana nak merasa. gua tak tahu apa yang ada dalam kepala kau orang sampai bila gua nak terus bicara tentang jiwa.

pantai juga akhirnya. pantai juga jawapannya. pantai juga tempatnya. pantai yang sudah biasa dengan gua.

terima kasih...ada kasih di dalamnya...

apa perkara yang selepas ini gua mahu bicara.

kosong tak berbunga.

lirik tak berlagu. putih tak berwarna.gua perlu cari semula warna itu. mana mulanya. apa akhirnya.

semoga Allah dengar bicara gua.

Apr 1, 2011

Now, This Is ME.

so I lay my head back down and I lift my hands and pray. not to be only yours, I pray for your happiness, and I know Allah is my only hope. Then, I'll talking to the moon.


:')

Mar 20, 2011

Mana Perginya ; Hilang Dengan Sebabnya

Netherland, Spring 2011...

Gambar itu dihantar oleh seorang rakan yang berada di sana. mana perginya kacau bilau hidup bila gua lihat indah gambar itu.

dalam fikiran gua ; "mana perginya semua warna hidup yang gua pernah ada dulu?"

otak berfikir, mana akal? kenapa tidak berfungsi? gua sudah rumit dengan benda macam ini. apa semua orang semua pernah rasa perasaan yang sama?


(only hope by mandy moore.)

sebelum dari saat ini, gua hanya fikir dua warna hidup gua yang sentiasa buat gua senyum tapi semua warna itu pudarkan hati gua. gua tiada warna lagi.

hari ini terang tapi gua nampak gelap.

kau orang sudah buat mereka gila tentang dunia. kau orang sudah buat mereka gila tentang dunia.

Purple Tulips, Spring 2011...

hilang.

mana perginya, apa sebabnya? gua berdiri dengan bertanya sama hati tapi tiada jawapan lagi. sepi tanpa kata. gua hanya dapat lihat putih.

terima kasih untuk segalanya. malaikat, sentiasa malaikat gua.


biar gua cari apa yang gua cari. biar gua mimpi apa yang pernah gua mimpi. hidup dalam keadaan asing dalam diri sendiri.

gua pernah rasa seperti ini dahulu. dan gua akan lebih sabar.




chill up!


Mar 7, 2011

Mar 3, 2011

Bunyi Suara Asing ; Lukisan Tanpa Kata

Mencari satu makna, apa yang berbisik pada dunia melihat mereka berdarah manusia. air mata si kecil yang melihat mereka terapung jatuh di jalanan asing. dunia menjadi semakin kelam kabut.

apa yang kau lihat itu manusia?

kau orang gantung diri sendiri, mencari apa yang tiada dalam dunia. cerita yang memberi harapan pada hujung pengharapan.

mana erti kasih, mana hilang sayang, bagaimana datang benci, bagaimana nilai hidup kau orang.

suara asing yang kau orang tidak selalu dengar kemudian bertanya apa kau orang tidak lagi mahu dunia? suara asing yang kau orang tidak mahu. usang hidup kau orang hanya untuk tinggalkan semua. hilang semua celus hati. dalam hati biru gua tanya pada diri, jika dapat gua bina dunia sendiri yang tiada suara asing di mana-mana? hanya aman, tenang, seperti waktu pagi yang dingin?

apa warna merah pada dunia menggila. detik ini yang kau orang hitung. adakah saat itu saat kau pergi. gua bukan pernah melihat pada mata sendiri. tapi gua tak mudah untuk terima apa benar kau orang yang buat semua kerja gila sehingga mereka seperti tiada tempat selesa untuk selamanya. apa salah mereka yang kau orang ingin telunjukkan?


hukum dunia tidak sama pada hari akhir sana. macam lukisan tanpa kata seniman jalanan yang hanya menangis mencampakkan berus lukisan beliau dengan warna-warna kesedihan pada kertas putih.

sebab gua ragu pada kau orang. apa berat kata perkara yang dunia mahukan itu. kau orang sudah ada pada duduk atasnya tempat itu sejak berapa lama. dunia senandungkan pada hati dan jiwa ingin berpijak pada diri sendiri. apa samap kau orang mahu Bukit Broga terbelah dua? Sungai Nil tidak lagi berjodoh dengan Mesir? atau Bahtera Agung sampai untuk selamatkan dunia?


ini semua politik kucar kacir dunia.

Feb 26, 2011

Macam Bunyi Butter ; Selamat Tinggal Dunia. Jangan Lupa Komplot ; Disko Tanpa Risiko.

Penang, 2011.

Kalau gua masih ada pada waktu itu.

kau orang pasti lupa.
perkara itu. yang kau orang masih, belum atau sudah. bersama buku kuliah.

jalan.
sepi kalau kau orang seorang diri. mencari apa yang kau orang cari. sembunyi bila ada risiko pada diri.


apa gua lihat pada dunia.
gua tinggal dunia sastera. tiada seperti dahulu, yang selalu bersama pemuisi agung Malaya.

sekarang.



dunia yang gua ada hanya buntu dan terus untuk berfikir. manusia aku lihat menjadi semakin gila.
masa, dua tiga saat kau orang pejam mata, satu perkara mesti akan berubah.


ada masa-masa tertentu ia menjadi seperti kampung gua yang semakin pupus penduduk. pupus dengan manusia.
gua teringat akan Bandara Jakarta.
sibuk seperti semua orang tiada masa berbual. yang ada cuma pelancong asing atau orang-orang kaya yang tiada rasa susah.

gua semakin jadi kelam kabut. apa yang gua ingin gaduhkan.

apa provokasi minda gua yang berpengaruh hebat dengan akal?

abstrak yang lurus sering kali goyang. dunia lintang pukang. gua baca apa jadi pada dunia. bila masa manusia Malaya mahu seperti mereka? suara kau orang mungkin sudah cukup lantang untuk berkarya.


gua sedang mencari semula apa yang hilang.


fikiran teringat saudara lima tahun bersama. gua rindu sama kau orang.

sendiri gua benci...

apa yang perlu gua bebaskan. ucap selamat tinggal pada dunia? dunia yang bukan seperti kau orang fikirkan.

gua hilang dunia berkatya, dunia seni gua, dunia luahan rasa pada dunia.


cair merah tumpah. putera adam tumbang. gila apa punya manusia. bila kemanusiaan akan wujud di kota kebenaran?

berdenyut dan terasa.

gua.seperti biasa cuma mengahargai dunia. aku hanya melihat, mendengar, tiada berkata. hanya segelintir yg tahu siapa seniman itu, siapa hijau itu, apa ada pada warna. cuma sahabat gua recarnation alamat entrinya.


bertanya pada diri. gua bukan yang berkata tanpa bukti. seperti tiada kata yang terucap bila sampai di Bali, Indonesia. apa yang gua cari? "travel" sana sini?


masih ada journal-journal gua yang masih tidak gua sampaikan.

gua masih ingin melihat perkara yang buat kau orang menangis. menangis dari mata yang melihat kesuraman dunia.

pasar seni. gua lihat seni agung mereka. gua lihat air muka seniman. jangan berkata untuk angkat diri sendiri. jangan menjadi gila bila kau orang sampai tahap mati.

jangan.

kau orang banyak kata. cuba diam. lihat sahaja, dengar sahaja.

kau orang boleh kata ikut suka, tapi gua kisah apa. gua hanya diri gua. yang gila sendiri. mentafsir dengan mengkaji, bukan berkata seperti tiada gigi, seorang pun tak faham. lantak kau orang sendiri.

hanya disko tanpa risiko. berkomplot dengan hati. jangan jadi manuisa keji. gua tak suka. buat hal kau orang sendiri. jangan ingat gua tiada hati. gua cuma gua yang masih ada harga diri. kau orang bikin gua rasa mahu tembak sampai mati.

ini dunia bukan untuk kau orang. ini dunia untuk dikongsi. jadi, yang atas kau orang turun bagi yang bawah buat suara hati untuk jadi seperti yang kau orang tak pernah fikir.




Feb 23, 2011

Bayang-Bayang Masa Hadapan.

fikir apa di hadapan...

dunia rasa tak senang bila kau duduk buang masa sambil tengok cerita hindi depan televisyen. tapi bila dah kau orang suka, boleh jadi orang gila. sambal belacan pun kau orang boleh ratah macam makan ais krim.

teringat gua masa kecil.

basikal yang abah belikan sebab dapat nombor satu setiap peperiksaan. sampai tahun 6 pun gua dapat satu nombor. kalau macam tu boleh minta setiap kali nombor satu dapat basikal.

basikal masih ada, tapi kalau tuan masih naik basikal yang sama, sampai bila dia nak maju dalam diri. jadi sekarang dia sudah berkereta.


lihat.


semakin dewasa, apa yang kau orang rasa? diri semakin bongkak?

kalau diri semakin bongkak, jangan jadi orang. kau orang pergi terjun dekat laut cina selatan. cakap tak serupa bikin. ini yang kau orang janji, rupanya lain yang kau orang jadi. orang lain yang kau orang tunjuk. tapi satu jari kau tunjuk dekat orang lain empat jari tunjuk dekat kau orang. padan muka.


gua masih seperti yang sama. tiada ubah apa-apa. kau orang kalau rasa diri sudah betul jangan jadi manusia. kau orang rasa megah sebab kau orang tak fikir apa silap yang kau orang buat.


provokasi dengan jiwa. kau orang ikut suka hati mahu cakap apa. cuba sekali kau orang rasa orang lain rasa.

apa nak jadi pada kau orang. mana pandangan dengan arah. tempat sendiri kau orang abaikan.

ini kau orang berdisko tanpa kira risiko. mana mentaliti hidup? mana demokrasi akal?
kau orang baik risau tentang hidup kau orang. jangan risau tentang hiup orang lain sebab kau orang bukan risau tentang mereka, kau orang hanya suka mengampu, menjadi api antara mereka, menjadi parang terbang dalam hidup yang aman.

ulangkaji & muhasabah diri...

apa yang kau orang tiada mereka semua ada. apa yang kau orang mahu susah hati kau orang tiada kau orang jadi dengki?

baik kau orang duduk diam buat kerja sendiri tapi simpan apa yang kau orang mahu jadikan impian.

mungkin tak salah mengigau bayang-bayang masa hadapan.


jangan ada perasaan lain yang, yang kau orang perlu ada cuma rasa yakin. kalau kau orang yakin ini atau itu jalan yang kau orang pilih. kau orang hanya perlu risau apa yang kau orang perlu hadap. sedia untuk semuanya. berdoa kepada-Nya.


hijau hanya perlu ungu untuk jadi aurora dalam lagunya. gua cuma perlu usaha untuk lihat apa yang jadi masa hadapan. gua hanya lihat bayang-bayangnya, mungkin gua dapat lihat terjadinya.

Feb 22, 2011

Provokasi Minda, Mentaliti Jiwa.

Apa minda ingin kata?
gua sendiri menangis pada kekecewaan diri. tapi menghadap rasa kosong yang gua sendiri tak tahu apa yang akan berlaku selpas ini.


minda berprovokasi


rasa dunia sekarang seperti berbuat khianat dekat gua. gua hanya berbekal pada nikotin dan kafein.
tiada yang istimewa. buang masa. kau orang buang masa gua. mentaliti jiwa jadi lemah, kau orang jadi suka.

sendiri gua belajar cari pengalaman hidup sendiri. hanya gua tahu apa yang ada, apa yang perlu dan apa yang tiada.
jiwa jadi gila, kau orang buat suka hati macam kau orang tak rasa.


jadi manusia bukan senang. gua rasa setakat ini memang tenang tapi tak tahu sampai bila lagi. baik gua layan tidur untuk cari tenang.

Feb 21, 2011

Cuma Satu.

gua RINDU sama belajar.

Feb 20, 2011

Seniman Ini Menangis.

malam ini
akulah seniman


setelah kita putuskan tunangan
tiada kawan yang dapat menentang
aku berduka
aku berikan majlis bergembira
aku tertawa, minum dan berdansa
hingga diri yang sedang berduka
tak percaya
aku tersenyum aku tersenyum dan tertawa
aku berdansa aku berdansa bagai nak gila
kalau kau berada di belakang tabir menyaksikan
kau akan melihat seniman ini menangis

tapi adinda bila kawan aku pulang
seniman ini duduk keseorangan
hingga diri aku yang sedang berduka
aku tak percaya
tapi adinda
apabila tabir ditutup
lampu-lampu gelap gelita
aku keseorangan
kalau kau berada di belakang tabir menyaksikan
kau akan melihat seniman ini menangis

Feb 19, 2011

Gua Sama Pantai, Tenang Sama Aman.

Apa guna hidup kalau depan pantai kau orang duduk sama orang tersayang buat perkara terlarang.

terima kasih iPhone 3Gs. gua sayang kau. sebab kau gua boleh menulis sambil gua travel sana sini tak perlu buku catatan lagi. terima kasih pantai berhapan dengan Queensbay Mall, tempat dimana kau orang bertenggek membuang masa sambil buat kerja gila. gua dapat lihat bukan gua orang buta.

Pulau Pinang.

Queensbay Mall Beach...

memang pantai yang menjadi teman hidup gua sekarang. walaupun ada sebahagian kecil yang tahu, gua rasa seperti semua pantai dah kenal sama gua. seperti manusia tidak ada tempat tidur. semua mahu tunjuk diri sini sana. mereka semua sama, sama seperti gua tapi mungkin mereka ada tujuan untuk ke sana, gua cuma mahu lihat pantai, rasa angin laut, dengar bunyi ombak. itu semua beri gua tenang, aman.

apa gua harus lari ke hutan untuk mencari mana letangnya damai? kau orang memang tidak tahu apa rasa dunia sekarang. yang kau orang tahu cuma kata, kata dan kata. bukan kata dan kau orang buat. kalau tak mahu buat kau orang perlu diam. kau orang rosakkan semua perkara. akal dama hati kau orang buang tepi kau orang ikut rasa.

kalau dunia ini bukan sementara gua tak tahu nak kata macam mana rupa kau orang bila semakin lama semakin banyak perkara yang berlaku. jika usia tidak meningkat gua rasa semua benda boleh jadi hancur, kau orang semua rakan baik kepada makhluk-Nya yang paling dibenci. gua rasa kau orang tentu suka.

cuma ada dua perkara dalam dua. dosa atau pahala, syurga atau neraka> mana satu kau orang mahu pilih.

menghargainya, gua tenang bila lihat pantai seolah-olah seperti pantai tahu semua tentang gua. kalau air mata gua jatuh ke pantai makna ada kegembiraan di sebalik kejadian. bukan gua percaya cuma gua jadikan khayalan.semoga ada nur disebaliknya. gua hanya mampu lihat dunia, gua tak boleh memilikinya.

gua sudah meningkat usia.

kerana mereka gua ada dekat mana-mana pelusuk dunia.

untuk ibu yang gua sentiasa bawa dalam hati. bila mereka tanya siapa buah hati gua, gua hanya jawab tanya sama hati. cuma ada dua nama. salah satunya semestinya ibu gua. tiada lain. satu lagi gua masih tidak tahu siapa, satu nama yang gua rasa sudah lama ada tapi gua hanya tunggu bila ia pasti bersama. gua tetap dengan prinsip gua tapi kalau hidup sangat kejam gua juga boleh ubah apa yang gua pegang.

nam cuma ada satu. maafkan gua bila ada salah gua berkata. jika ada yang terasa gua tak tinggi diri untuk minta maaf pada kau orang semua. gua lagi seorang yang suka pada gembira, sedih pada masanya, hanya ada satu kata yang akan buat gua jadi gila, "chill". itu kata ganti diri bagi faiz nur shafiq yang kau orang kenal. tiada apa yang gua rasa kalau kau orang maki hamun herdik hina gua. gua hanya tahu "chill" tiada balasan dendam pada kau orang kerana gua ingin merasai ke-Agungan-Nya.

* untuk ibu, siti zubaidah riman, Selamat Hari Lahir yang ke-44 buatmu. anakanda sangat sayang sama bonda. doakan kesejahteraan anakanda.

Feb 16, 2011

Teka Diri Sendiri.

gua...
Meneka dalam kesamaran - Ibnor Riza. Dari dulu gua suka lagu ini tapi gua tak tahu kenapa. gua memang suka benar lagu-lagu seperti ini. macam The Beatles punya lagu pun ada cakap "take a sad song and make it better". apa betul yang gua buat ini? adakah gua makan diri gua sendiri?

gua bukan seperti itu. gua mencari silap sendiri, gua mencari kealpaan gua sendiri. apa yang gua sudah lakukan pun gua tak tau. gua tiba-tiba teringat akan dulu punya perkara. Melaka tempat yang gua pernah rasa sesuai dengan gua. tapi gua rasa bila gua datang, cuma ada ceria di muka tapi sedih di hati gua. apa benda yang ada dalam otak gua sekarang pun gua tak tahu. atas nama satu rasa sumpah gua masih sama seperti dulu. gua hanya perlu ketenangan bukan air mata tidur yang hari-hari gua hadap sebab teringat akan perkara yang lepas.

hidup jangan jadi seperti bendera. kau orang bangga-bangga sangat bila ada bendera. tapi kau orang sendiri lihat bendera bila kena angin ikut ke mana sahaja. jadilah tiang kepada bendera, sebab tiang itu walaupunkena angin ia tak kemana-mana. gua masih sama. gua masih sama. gua cuma rindu kawan-kawan gua. gua rindu seperjuangan gua.

hidup juga, kalau tak rindu bukan hidup namanya. gua sabar, gua ingin tenang, tenang. gua bukan seorang yang kuat lihat kau orang dengan apa yang kau orang ada sekarang. gua boleh mati bila lihat kau orang hari-hari gembira senyum manis. gua masih rindu saat dulu. gua pergi, bawa buku, ramai-ramai. sekarang kau orang tinggal kau orang sahaja. gua cuma mahu tenang, tenang.

Feb 13, 2011

Atas Nama Satu Rasa.

Fuh! itu angin yang bertiup, atas batu yang hadapannya Selat Melaka. gua seperti biasa hanya tahu tempat itu. tempat yang selalu gua sendiri pergi tiada kelibat orang lain. ilham yang gua cari, tenang yang gua mimpi, kepuasan yang dapat gua nikmati. mungkin hidup gua bererti bila gua bina satu villa besar, mewah dekat tempat itu. itulah yang gua panggil pantai.

kalau tiada nil, mungkin tiada mesir. kalau tiada melaka, mungkin juga bukan selat melaka diberi nama. nil dan mesir adalah jodoh, sama juga dengan melaka dan selatnya. apa kau orang baru kenal apa itu rasa? atau masih terfikir apa itu jiwa. sebab gua sudah lama diam sahaja.

lama gua fikir. dari negeri yang ua berada sampai ke negeri yang pernah gua bertapa, apa mudah untuk ggua huraikan jawapan bila satu cara pun yang gua sudah fikir tiada jawapan. gila akal gua asyik bertanya sama hati, hati hanya kata, bagaimana?

gua, atas nama satu rasa gua sudah semakin takut pada dunia, semakin jauh pada rasa, semakin jauh untuk semuanya. hilang, semuanya hilang. air mata mengalir, hilang, terus hilang tiada tanda di mana ia jatuh. gua bukan minta apa yang gua mahu, gua cuma rindu pada yang dahulu tapi senangnya kau orang kata semuanya sudah berubah. apa yang kau orang ingin kata sebenarnya?

semua dalam kepala sekarang menjadi tanda tanya. gua cuma perlukan angin yang berlalu dari pantai yang dapat tenangkan gua.

atas nama satu rasa, hua masih sama seperti yang kau orang lihat dan kenal. dan gua masih di situ. datanglah untuk mencari bila kau orang mahu, sebak rasa gua mungkin susah nak padam, tapi riak muka gua, mungkin simpan seribu kenangan. selamat tinggal atas nama satu rasa. selamat tinggal bumi bersejarah. banyak cerita, banyak gembiranya.

Feb 6, 2011

Ada Cerita, Disebalik Cerita.

cerita satu.

gua lihat, seorang tua duduk seorang di kerusi sambil hembus asap rokok yang dihisap, lalu dilihat rokok itu. apa mahu jadi hari seterusnya? mungkin dalam fikirannya sedemikian rupa.

gua lihat, seorang tua yang menghisapa rokok itu dari jauh, mengalir air matanya jatuh ke bumi. hati gua, rasa tak senang hati. lihat seorang tua yang seorang diri. apa yang kau orang rasakan? apa masalah yang kau orang selalu fikirkan. dengan gaya kacak yang gua ada, gua pergi tanya sama seorang tua. jawapannya adalah tepat macam mana yang gua rasa. anak-anak hilang akal usir keluar.

cerita dua.

gua bukan tertinggal setahun yang lepas sebab baru mahu letak ke bawah ini entri. gua sudah bosan baca berita harian online setiap pagi. kau orang cakap besar, politikkan semua keadaan dunia. hal orang kau orang jadi gila mulut, macam siput sedut.panjat buluh, air pasang, tenggelam semula.

orang kita, buat baik pada dunia, bawak orang kita juga balik malaysia, kau orang tuduh sudah lama patut mereka buat. tapi tangan sendiri kau orang letak bawah punggung buat arang bagi panas. ini kerja gila. bukan main sama kata, tapi ini main sama akal, jiwa dan nyawa.

itu dunia yang kau orang sendiri nampak.

orang gila tak tahu apa itu kasih sayang, jiwa melayang, tak perlu hidup lama. naik tingkat lapan terjun bawah balut sama kain kapan. kau orang apa tahu. mereka cuba bantu.

"better late than never"

cerita tiga.

apa yang naik, apa yang turun? mereka tanya sesama mereka. buka surat khabar kau orang baca sendiri. bila diri sendiri tahu senang tak perlu tanya orang. ini sampai harga cengkodok seketul pun kau orang boleh buat perang lanun. memang gila!

apa guna dunia di hujung jari? kau orang simpan buat kari. apa guna kumpul harta dunia, baik kumpul pahala akhirat sana.bila gua diterbangkan dari bumi si tuah pahlawan melaka, gua boleh lihat satu dunia apa yang akan jadi bila kau orang rasa mitos adalah cerita lagenda. rasa mahu tutup mata jadi orang buta. ini kau orang panggil orang kita. baling batu kasi pecah muka baru gua suka. suka kau orang faham, tapi derita kau orang diam.

kau orang fikir ini bumi Malaya kau orang yang punya mahu buat suka hati kau orang? ingat jangan kau orang rasa ia sudah cukup bermakna. ini masih belum selesai.

Feb 5, 2011

Senyap Seketika, Kelibat Tiada, Itu Dunia.

muka penat, hati letih, badan lesu. gua bukan gua macam hari-hari yang lalu. gua selau bayangkan waktu-waktu dunia itu indah. jika ada pun perang dunia ketiga, mungkin ada satu tempat yang masih lagii aman dan tenang. tapi gua tidak setenang tempat itu.

dunia, tempat orang di mana mereka sibuk dengan hal masing-masing. tapi dalam waktu itu juga ada dia antara kau orang yang hanya tahu memporak-perandakan hidup orang lain. apa dosa dunia ini memang untuk orang yang sebegitu rupa? kau orang belum tahu dan mungkin sudah tahu. jalan-jalan keliling dunia macam-macam orang kau orang akan jumpa. jangan kata dunia dalam Malaysia apa kurangmya.

gua kecewa dengan apa yang gua rasa. itu rasa percaya. rasa yang gua pegang. tapi sekejapa sahaja hilang. gua tiada lagi rasa percaya. hilang hancur musnah. kau orang buat mereka jadi seperti dunia kau orang yang punya. habis satu beras rosak kau bakar semuanya. mana hilang harga diri kau orang. jangan bangga pada harta. tak kira siapa kau orang atas dunia kita semua sama akhirat sana.

gua gila punya runtuh hati, kecewa. apa yang gua rasa macam tiada apa.

gua senyap seketika, satu kelibat lalu pun tiada, itu dunia yang gua cari. dunia gua sendiri. kau orang mahu cakap gua gila pun kau orang senang hati.

tapi ingat apa yang kau orang ucap, memang ia hanya satu kata, tapi bila salah atau percaya, ia jadi besar tak terhingga. jadilah diri kau rang. biar dihina, atau dimaki, tapi mungkin kau orang yang akan muhasabah diri menghargai ciptaan Ilahi.

Feb 3, 2011

Itu Aku, Ini Juga Aku. Aku.

lihat pada gambar, apa ada pada benda itu. tapi lihat dengan tenang mungkin ada sedikit rasa rindu. mungkin teringat zaman waktu seklah bila mana kau orang yang kecik gua buli sampai mahu menangis, mungkin juga bila waktu gua kecik kau orang buli kurung gua dalam almari sampai gua lapar gila. itu semua cerita aku dulu.

sekarang?
dunia kalau bukan semakin maju bukan lagi dunia namanya.

dulu kau orang jalan tunduk mungkin sekarang bukan lagi, mungkin pandang depan tapi tiada pandang pada orang sekeliling. besar benar konon diri kau orang sampai si miskin tepi jalan yang hanya mahu duit lebihan kau orang makan pun kau rang sayang, tapi sampai rumah duit itu kau orang buang-buang.

mereka bukan seperti apa yang kau orang sangkakan. mereka adalah seniman. walau buruk rupa, perangai gila tapi bila mereka berhujah mungkin ada sedikit yang kau orang lupa.

gua jalan satu malam dekat padang kota lama. gua lihat ada satu mamat yang kau orang kata dia tidak punya jiwa. tapi gua duduk satu tempat. bila dia lihat pasangan berdua pantun cinta beliau buka. gua terkejut lagu gua menulis di dada. mungki kau orang lupa beliau adalah sebahagian dari hidup dunia. siapa kata hanya pak imam masjid yang boleh buat pasangan berdua lari sambil dalam hati punya rasa malu. bila ayat pantun terakhir seperti perlian bila masa kau orang mahu kahwin pasangan berdua hanya diam dan terus berjalan.

malu kau orang jangan cerita. beliau bukan tiada jiwa cuma sedikit kurang seperti kita.

gua duduk, lihat sekeliling gua. gua hargai ciptaan-Nya. gua perhati ramai yang masih mencari rezeki. walaupun dalam diam itu mereka adalah warga tua yang punya keluarga atau anak-anak yang berjaya.

mereka...

gua fikir, apa ini balasan untuk mereka. mungkin?

ke mana gua jejak di situ gua lihat. gua sama. tiada apa yang berubah. mungkin cara kerana gua dulu periang tapi sekarang seedikit kurang. kerana gua rasa sayang bila gua buang cerita perkara yang gua rasa tak patut gua bilang.

kau orang jangan pandang gua seperti makhluk asing yang pertama kali jejak kaki ke bumi, atau seperti bayi yang baru sahaja lahir tapi terus pandai bercakap. itu kuasa DIA.

depan orang kau orang bangga diri. apa guna kalau kau orang bangga diri tapi belakang kau orang buat perkara yang kau orang maki. hidup bukan sekali jumpa mereka. mungkin ada kali yang kedua atau seterusnya. jadilah diri kau orang seperti mana itu aku dan ini juga aku. bukan siapa, hanya diri kita. bukan untuk mereka, tapi untuk kita.

Feb 1, 2011

Rasa Satu Malam.

ketika seniman ituu menulis, ada sekelumit rasa, ya, rasa yang mungkin kau orang tidak pernah rasa. apabila sedih itu bercampur dengan kenangan bersama, ataupun bercampur dengan peristiwa silam, apa yang menjadi hasil adalah titisan air mata. ketika seniman itu menyanyi, mungkin ada sedikit berita, kalau pun berita itu gembira, kau orang mungkin akan hanya seronok bila mendengarnya.

Rasa satu malam tak kira apa, gua hanya tahu menulis. teringat akan cerita lama. masih ada lagi hijau dan masih ada lagi ungu, warna senyuman gua. apa yang kau orang fikir? warna itu bukan hanya indah, tapi ada erti buat mereka. apa yang ada sekarang, bukan kegembiraan yang sengaja, tapi kenyataan yang ada. gua tidak mahu warna itu bertukar, tapi mungkin dengan cara gua. biarpun ia sedikit pudar, tapi ia masih kekal. jangan dibuang, jangan dibenci. biar apa kata kau orang atau kata mereka, gua hanya masih mentah dalam apa yang gua ada.

di belakang tabir, seniman bukan mencari sesuatu, tapi dia memikirkan sesuatu. apa yang gua boleh lakukan? hanya melihat apa yang mereka dan kau orang rasakan.

seniman ini buat gua cerita tentang warna...

gua cerita satu persatu bagaimana hijau itu gua kata indah. cerita hijau bukan lagi mentah tapi lama ia sudah tidak kenal erti warna ceritanya. hijau hanya terus hijau yang tidak pernah mahu warna lain yang bercampur dengannya. hijau yang indah hanya tahu menghargai ciptaan-Nya. rasa hijau itu senang. duduk tak lama tapi warna masih sama, tidur bukan sentiasa tapi akal masih suka bekerja. apabila hijau menulis saki baki hidupnya, hanya hijau sahaja yang tahu apa makna dirinya buat semua. kau orang jangan guna akal untuk susahkan diri fikir apa hijau itu dalam diri, hanya lihat ia pada pandangan pertama, sungguh, kau orang mesti mahu tahu apa hijau sebenarnya. biar hijau itu selalu dimaki tapi tiada sifat benci pada warna lainnya.

tiba satu malam, bila hidup pula pelangi selepas hujan, ada warna yang gua lihat tenang bila dipandang. hijau gua tinggalkan untuk sementara kerana gua ingin tahu apa erti ungu. ungu yang gua lihat menenangkan. orang kata habis madu sepah dibuang, bukan, hijau itu masih lagi hijau merimbun segar. gua hanya mencari ketenangan. bila ungu gua lihat, gua senyum seperti tiada cerita lain dalam dunia gua. pelangi petang itu lembut, merah yang bercampur biru menjadikan satu warna indah yang tenang untuk gua lihat,ungu. ungu yang masih lagi gua sentiasa lijhat di atas sebuat bot, di tepi pantai dan mungkin di tepi sungai buat gua tenang sentiasa.

apa pula cerita seterusnya. kau orang mesti sudah gila kepala bila membaca lalu kau orang tekan butang lain.

kenapa ada ungu pada warna...tenang...

gua campur, gua lihat, gua senyum. terkenang semasa hijau itu bercampur, warna yang tiada bicara manjadi hasil. gua pandang lama. gua lihat sahaja, tiada kata.

pejam mata seketika, rasa satu malam yang gua tak pernah bayang. penuh dengan dua warna. gua hanya tahu senyum. kau orang gua pasti ada satu kata yang kau orang rasa. gua gila!

mungkin dengan warna gua tahu apa itu rasa yang gua kata. gua hanya mahu hijau dan ungu untuk hidup gua. gua lihat dua warna yang boleh buat gua gila macam kau orang kata sudah cukup untuk semua. tapi gua rasa mungkin tiada bahasa lagi untuk waktu ini untuk gua bagi nama dua warna dalam satu kata.

mungkin pada rasa satu malam sekali lagi? atau mungkin pada pelangi itu menjadi pelangi yang sempurna warna hijau dan ungunya? kuasa-Nya, tiada siapa yang dapat tahu apa cerita disebaliknya. kau orang cuba, cari warna yang kau orang boleh rasa itu adalah hidup dan matinya.





Jan 31, 2011

Hilang.

hilang. hilang bila gua pejam. satu saat mata hitam tiada tanda dunia jadi kelam. otak seribu kali janji untuk cari apa rahsia tersembunyi. hati akal buat kerja sanan sini hanya angin yang berlari. gua hilang apa yang gua mimpi. apa yang gua cari tiada lagi. bukan mati, bukan tiada lagi, hanya masa yang akan gua ketahui.

mungkin gua hilang dunia yang gua ada dulu, tapi gua dapat dunia yang ada sekarang. walau tidak seindah yang dahulu tapi ia cukup untuk gua ubat segala perkara.

hati berhartal memaki diri sendiri yang gua hadap dgn rasa sabar tiada rasa benci. hari-hari indah gua cuba baiki diri mungkin lihat dunia luar tak sama dengan apa yang gua lihat pada zaman dulu. kalau dulu tiada hasrat dengki tapi sekarang seperti sesuatu yang mesti untuk setiap yang ada cerita sendiri.

itu yang mereka hilang. hilang harga diri.

kau orang, sudah fikir?

apa tiada yang hilang atau masih mencari?

suatu masa bila kau orang sedar di mana hilangnya tapak kaki yang kau orang pijak atas tanah sendiri baru kau orang tahu apa erti hilang yang kau orang mesti cari. bukan senang kerja di ladang, bukan senang juga kerja di dalam bangunan tinggi. mungkin apa yang di dada buat kau orang senang suatu hari nanti.

buku yang dipegang jangan kau orang buat lapik makan nasi, sebab satu hari bila kau orang masih lagi beli nasi lemak tepi jalan kedai mak cik, sambil makan kau orang baca perkara yang kau orang tak pernah ambil peduli. bila kau orang lihat, gua hanya tahu satu kata yang akan kau orang bagi... "OH!"

hilang mesti kau orang cari, hilang jangan berhenti ambil peduli, sebab hilang bukan hilang yang kau orang tak akan fikir lagi.

ia hilang tapi esok masih ada lagi... (Pantai Malindo, 2011)

Jan 30, 2011

Kalau Tiada Mulut Orang Makan Mulut Sendiri, Apa Guna Gigit Jari, Mana Nak Lari?

Kau orang cakap senang kalau tinggal sekeping dua hati kau orang buang dalam tempat sampah lalu kau orang pergi. tapi gua rasa ada sikit dalam hati kau orang langkah kaki kembali mencari. gila, tak siuman punya cerita. kau orang fikir diri sendiri. cari, masih ada saki baki hidup kau orang patut simpan, cari apa itu tenang, lihat apa itu bumi, pandang atas syukur pada Ilahi.

mana kau mahu lari lagi. tanah caci maki kalau kau orang macam ini, bangsa bukan setakat benci, lagi mahu kau orang pergi. tunjuk sana sini apa makna buat diri?

sambil layan lagu Kak Fynn Jamal - 150 juta, gua teringat bila ada dekat Gravy Baby, Seri Kembangan. Kak Fynn punya cafe.

akal kau orang gua sudah tahu ke mana. google cari mana letaknya cafe yang gua cakap.

cari kereta, cari jalan, cari sendiri mana tempatnya...

Tuhan tak cipta makhluk-Nya untuk sia-sia. ada bakat yang belum kau orang jumpa. gua punya senang sahaja, gua duduk satu tempat, janji dapat tidur dapat mandi dan dapat lihat apa yang terjadi. gua hanya tahu mengahargai ciptaan-Nya. gua lihat apa yang kau orang buat, gua dengar apa yang atas sana pusing mereka punya cerita, gua rasa apa yang tangan mereka sedia.

gua lihat mereka macam tiada arah untuk bina apa yang mereka tanya. mereka suka bila lihat kau orang naik bangunan terjun dari tingkat lima. apa punya manusia buat kerja gila. jangan suka-suka guna mulut bila kata-kata kau orang buat satu pusingan patah balik kena batang hidung sendiri. bukan hati yang kau orang patut guna, bukan jiwa yang kau orang patut rasa, tapi akal yang kau orang perlu sedia. gua hanya duduk, tenang dan buat hal gua. lihat apa kau orang nak buat. bila perlu gua akan cakap. tapi dari luar gua memang habis gila punya gembira tapi dalam ada sesuatu yang gua fikir.

apa nak takut berkawan dengan gua?

cuma bukan jadi pelakon tambahan yang tidak tahu berlakon dan hanya tahu berkata ikut skrip yang sudah sedia ada. kau orang jadi kau orang gua rasa sudah bangga. cerita sama orang kau orang bangga-bangga sama diri tapi kau orang sendiri yang tak tahu apa erti. biar jadi kau orang yang tahu diri bercakap seperti ahli pengkaji.

lihat, hati kau orang sudah terasa, jiwa kau orang sudah mahu memaki. apa sidfat itu yang disayangi Ilahi?

biar hanya kosong, tapi penuh dengan suasana...

cuku, tutup, simpan, tinggal buat kenangan apa mahu kau orang ucap.

duduk, senyap, fikir, lontar apa yang sudah difikir.

kalalu itu mulut yang akal sudah fikirkan. ia akan jadi seperti ahli seni yang menangis tentang dunia seni beliau.

Jan 23, 2011

Diam Dalam Bising.

Kelantan River, 2011.

pergi mana pusat beli belah sekarang semua benda yang sama kau orang akan dengar. tak kira dari perlis sampai johor kau orang mesti dengar lagu yang serupa dan sewaktu dengannya.

tahun baru cina nak dekat takkan kau orang dengar lagu deepavali pula?

waktu-waktu macam ini gua perlu imiginasi yang tinggi. banyak kerja yang gua tk siap lagi. album kahwin, wish list gua satu pun tak sangkut lagi dalam jaring. bila lagi gua nak merasa?

kali ini gua buat habis baik. hidup tak senang kalau asyik duduk minum kopi dekat kedai waktu petang sampai tengah malam pun perut tak kenyang. malam pun dah tak macam malam2 yang ga pernah rasa dulu. siang jangan bilang kalau kau orang bukan macam gua yang selalu menghargai waktu-waktu itu.

pijak kaki ke tanah gua boleh rasa lagi tapi bila selam ke dalam air tercungap-cungap gua nak ke permukaan laut. dasar bukan tempat gua tapi sekali sekala kalau ada daya gua teruskan. tapi hidup sekarang bukan macam dulu. gua gembira bila malam semalam dapat luang masa bermesra. lama gua tak sedemikian rupa. jangan kuningkan kepala kau orang. bukan mesra lain yang gua cakap tapi mesra gembira.

terima kasih gua berbicara, salam rindu gua lontar buatnya. apa yang gua ada. bukan ilmu pada masa sekarang mungkin pengalaman pada waktu ini. mungkin suatu hari nanti bila ada senang gua sampai bumi orang. gua tenang ikut senang. gua ingat apa yag gua buat. gua hanya tahu diam dalam bising.

Jan 16, 2011

Teruskan, Apa Yang Perlu Diteruskan.

bila renung, patah balik, cuba tengok lihat belakang, tiada apa yang boleh gua capai. hanya lihat hingga air mata mahu mengalir. apa yang kau orang rasa? hidup umpama tiada guna. apa yang gua perlu buat? senyum hari-hari macam orang gila fikir.

gua boleh hidup, hidup tanpa rasa apa-apa. lain dari yang lain. bukan macam dulu, sekarang lain buat gua. gua tingggal semua itu. kau orang pergi tanpa apa-apa yang kau orang ingat. kau orang buang satu-satu, tapi gua simpan sampai mati. satu hari sampai masa gua sudah ada sikap membenci, tapi satu hari juga hati dan akal kembali, gua buang semula sifat itu. gua rindu masa dulu, ya gua rindu semua itu.


mana kau orang pergi?

gua tanya soalan itu macam gua ketinggalan zaman pula. gua rasa rindu pada itu semua. kuliah, buku, makmal, gua boleh gila hari-hari dekat semua tempat. sekarang? gua cuma boleh lihat kau orang dari lensa komputer riba. kawan gua hanya lensa kamera. hidup gua penuh dengan bahagia dengan cerita di mata lensa.

mungkin suatu hari nanti, gua kembali. gua hanya teruskan apa yang perlu diteruskan.

Jan 8, 2011

Roti Sama Air Kotak, Bukan Gua Mintak - Hidup Mati Tak Mahu.

90 km/j gua pandua kereta Proton waja gua. hujan macam mahu tak mahu nak hujan, cuaca menmang dah gelap, tapi bukan sebab mendung, sbb dah malam. Tpai gua layankan sebab dapat dengar lagu dari The Ramlees - Itulah Sayang.

sikit jauh dari traffic light gua nampak dua orang budak lebih kurang 12 tahun umur siap pakai songkok bawak beg - kertas di tangan. gua buat tenang lagi. tapi gua pelik mana budak-budak ini nak pergi.

seberang jalan restoran, mungkin mereka nak pergi makan tapi apa pasal kau orang bawak beg segala?

bila kereta gua stop betul dekat traffic light, sebelah kiri restoran yang budak-budak itu pergi, sebelah kanan gua nampak kereta proton warna merah.

gua cabut seat-belt bagi salam gua bilang, "ustaz, kenapa tak pergi sendiri? malu ke? time-time ni masa untuk budak-budak ulang kaji, bukan minta derma!"

lampu hijau - gua lihat mamat kacak yang gua panggil ustaz tadi terus tutup tingkap. ini yang gua nak maki kau orang. pakai kopiah bukan satu masalah, tapi apa yang kau orang malu? gua nak kasi label satu dekat kau orang. "just shy - and antisosial"

gua rasa sebelum ini gua pernah cakap, bila budak-budak ini dah besar, apa yang ada dalam fikiran mereka adalah mentaliti org yang tak tau nak buka minda.bila dah pakai kopiah, satu arah mereka setuju tapi tak tahu apa yang membawa makna. bukan gua tak suka orang berkopiah sebab gua pun pakai kopiah pergi solat. kau orang atas sana sibuk dengan acara kau orang sampai tak terlayan orang yang dekat bawah. yang kau orang tahu nanti satu masa mereka jadi puak kau orang. gila punya pusingan dunia.

air kotak - roti sebungkus, memang itu yang aku bagi kalau jumpa budak-budak minta derma. bukan kedekut ataupun menghina, cuma gua tak mahu mentaliti mereka jadi asing untuk mereka sendiri hanya satu nama duit.

gua dah cakap sama diri gua, tak mahu lagi cerita pasal politik dalam ini blog tapi ini sebab cerita malam tadi yang gua sendiri tengok sendiri tegur. senyum sini gua dekat mamat kacak yang gua perli. bukan niat tapi geram sebenarnya. kenapa kau orang bagi kerja dan bukan sepatutnya hanya buku bersama mereka buat masa ini? kau orang gila.

jangan hidup kalau bukan mahu menolong, kau orang sudah susahkan orang lain. gua tak suka.

Jan 6, 2011

Apa Makna Cerita Baru?

cerita baru, 2011

apa guna kalau tahun baru asyik buka cerita baru. cerita aku?

mana ada cerita baru.
hati masih sama, tinggi mungkin sikit ada beza, muka memang kau orang sudah rasa nak sms aku bagai nak gila.

cukuplah.

cerita baru hanya untuk bersahaja bersama kamera.
itu sahaja?
ya, itu sahaja.

Jan 3, 2011

Kalau Kau Tak Turun, Aku Naik.

"satu dua tiga! baik kau turun sebelum empat lima enam aku sambung."

"memang aku nak turun tapi belum pukul 0001 lagi."

selamat tahun baru. gua sudah 22 tahun. hidup segar mati belum tentu. tapi tahun baru gua mula dengan apa yang gua ada. mungkin tidak sampai separuh pun yang baru. apa kau orang fikir tahun baru semua mahu baru?

yang lama, yang kau orang belum dapat, mana kau orang buang atau simpan?

gila. gua tiada azam baru. masih pada azam yang berkurun lama sebab yang lama gua pun tak tercapai lagi.

mereka tanya apa yang baru?



Nikon D200

Nikkor 50mm f1.8

Tamron 70 - 200mm f2.8

mereka baru untuk gua. penghibur gua bila gua sunyi. ini 2nd body untuk gua. apa lagi yang baru? apa yang kau orang mahu lagi.

banyak sangat cerita baru yang gua tahu. macam mana gua nak cerita satu. gembira, sedih, pilu? macam biasa hidup gua sentiasa gembira juga bahagia. senyum sampai telinga. ungu sentiasa berada dalam hijaunya. bunga sentiasa di kuntumnya. lagu?

kali ini gua dengar lagu dari Joy Division. tetap sama bukan? apa yang gua nak ubah sedangkan lagu itu lunak didengar. hanya yang perlu ubah, taat setia kau orang pada yang kau orang sayang. ibu bapa, adik-adik, keluarga. mereka yang utama. apa yang kau orang ada tahun baru? setakat lihat bunga api dekat langit baik kau orang beli sendiri dekat kedai. tahun baru Islam kau orang letak mana? celah gigi? mereka suka sangat bila orang Islam yang sambut, sebab apa? sebab mereka sudah berjaya lalaikan kau orang semua.

gua macam biasa. bila orang benci atau tak suka, prinsip gua tetap sama, gua tak kira gua tegur juga. gua tak membenci tapi gua akan lebih menyayangi. apa pun gua ucap selamat. terima kasih dua kosong satu kosong. selamat datang dua kosong satu satu.

Happy New Year 2011!