gua...
Meneka dalam kesamaran - Ibnor Riza. Dari dulu gua suka lagu ini tapi gua tak tahu kenapa. gua memang suka benar lagu-lagu seperti ini. macam The Beatles punya lagu pun ada cakap "take a sad song and make it better". apa betul yang gua buat ini? adakah gua makan diri gua sendiri?gua bukan seperti itu. gua mencari silap sendiri, gua mencari kealpaan gua sendiri. apa yang gua sudah lakukan pun gua tak tau. gua tiba-tiba teringat akan dulu punya perkara. Melaka tempat yang gua pernah rasa sesuai dengan gua. tapi gua rasa bila gua datang, cuma ada ceria di muka tapi sedih di hati gua. apa benda yang ada dalam otak gua sekarang pun gua tak tahu. atas nama satu rasa sumpah gua masih sama seperti dulu. gua hanya perlu ketenangan bukan air mata tidur yang hari-hari gua hadap sebab teringat akan perkara yang lepas.
hidup jangan jadi seperti bendera. kau orang bangga-bangga sangat bila ada bendera. tapi kau orang sendiri lihat bendera bila kena angin ikut ke mana sahaja. jadilah tiang kepada bendera, sebab tiang itu walaupunkena angin ia tak kemana-mana. gua masih sama. gua masih sama. gua cuma rindu kawan-kawan gua. gua rindu seperjuangan gua.
hidup juga, kalau tak rindu bukan hidup namanya. gua sabar, gua ingin tenang, tenang. gua bukan seorang yang kuat lihat kau orang dengan apa yang kau orang ada sekarang. gua boleh mati bila lihat kau orang hari-hari gembira senyum manis. gua masih rindu saat dulu. gua pergi, bawa buku, ramai-ramai. sekarang kau orang tinggal kau orang sahaja. gua cuma mahu tenang, tenang.
aku suke bca post ko...(^.^")
ReplyDeletektorg pun rindu ko...