Aug 1, 2011

Kita Liha Sahaja Nanti,

"kerana aku selalu begitu..."

Kalau Ramadhan itu datang dengan indah tanpa sebarang kata,
apa mungkin terdetik sejenak di hati bila ia menjelma lagi,
aku mencari kebahagiaanku bertahun,
dan aku sering tidak tahu apakah kemungkinan itu...

kita lihat sahaja nanti.

menghadapi kemerdekaan tanpa cinta,
kau tak akan mengerti segala luka aku,
kerana cinta telah sembunyikan pisaunya,
apa yang akan datang pada Ramadhan kali ini,

kita lihat sahaja nanti.

sepian adalah ketakutan dahn kelumpuhan,
aku sering bersama malam yang penuh dengan bintang,
yang aku tidak tahu namanya,
yang aku tidak tahu bentuknya,
cuma yang aku pasti ia datang dari-Nya,
seperti Nil dan Mesir yang bertemu jodohnya,
kau telah menjadi racun bagi darahku,
apabila aku dalam gelap dan sepi,
siapa dirimu aku tidak ketahui,

kita lihat sahaja nanti.

yang telah bererti diriku adalah tungku tanpa api,
apa mungkin bertahun lama baru aku ketahui?

siapa dirimu?

apa namamu?

ada bunga yang masih ada warna,
yang aku belum pernah ketahui,
Ramadhan ini menjadi seperti air mata yang aku penuhi di laut pada malam-malam yang sepi,
apakah akhirnya ini?

kita lihat sahaja nanti.

diri yang seperti sampah tiada apa untuk diberi,
aku cuma aku yang masih memperbaiki diri,
apa aku perlu lari sehingga tiada lagi tempat untuk menyepi?

apa aku perlu tiga dunia baru dua hati bertemu satu cinta?
mungkin dunia dan cinta cuma satu,
hatinya sahaja berdua,

kau dimana?
aku ingin bersama,
yang digenangi racun jingga dalam wajahmu,
aku tidak tahu siapa dirimu,
pada malam-malam Ramadhan yang aku pinta ada keajaibannya,
maka terjaga aku dari lena,
dan di situ aku mahu menari dalam rindu yang indah.

kita lihat sahaja nanti.

3 comments: