Jun 4, 2010

Surat.Untuk.Australia.

UTP, May 2010.

...Kehadapan pondan tua yang berada di Australia, apa khabar orang pekan lama? Sihat sejahtera kamu hendaknya. Berapa hari yang lalu, kami titipkan kamu berkeping gambar untuk membakar semangat.

Kamu sana jangan hirau ini dugaan. Ambil masa, tarik nafas panjang, jangan penuh air mata dalam baldi. Kami semua ini rindu sama kamu. Lama sudah "kembara impreza" tidak kedengaran bunyi. Sunyi sepi jalan malam gelap gelita. Tapi rupa wajah si "waja evo", "satria pekicha", "saga gila" sama itu "kancil kelepish" masih menggila di pekan lama.

Esok hari gembira, agung kita lahir sama dengan hari untuk kegembiraan di pantai. Kami tunggu itu hari, bila kamu balik buat projek besar itu kali.

Plan kasi baik, jangan sampai terbalik. Kita mauntain bike sampai tak ada tempat untuk diredah. Nasi lemak along pujaan hati masih dekat sini, zohrabibi ayam goreng untuk santapan petang masih dikeruni, cuma futsal di atas jalan belum kami terokai. Gerbang malam belum ada janji, karaoke sampai perut mahu mati, air terjun batu berangkai tunggu lagi, belum ada temu janji. '

Akhir tahun kamu mari, kita sidai satu persatu. Kamu jangan susah hati, kami tunggu kamu sampai sini.

Salam sahabat yang merindui,
kami yang di pekan lama.

2 comments:

  1. kehadapan acap..bkn namer sebenar..
    lu jgn kecik ati.xder niat pn di ati.sajer nak bakar2 di utp.kamu di sana tetap dirindui.moga balik ke t.i ni.haha..
    zack(mini cooper-lisa)

    ReplyDelete
  2. woots woots!

    nama kau terbaiklah! zack cooper-lisa!

    hahahah :D

    ReplyDelete