Jun 27, 2010

Lengkap Tanpa Kata.

Hilang ditiup angin. Jangan ikut kata syaitan, binasa diri tak guna lagi. Kau orang tahu apa yang gua tahu?

Tak tahu cakap tak tahu.

Air mata jatuh ke bumi, hati rasa gelisah sekali. Cari dunia yang tak ada arah. Gua takut gila. Satu hari gua susah hati tapi senyum gua tak tinggal. Satu hari gua duduk dalam bilik memerah keringat untuk berfikir.


Without words.

Satu hari yang gua rasa sunyi. Tak cakap banyak. Mata gua asyik nak pejam. Fikir. Dunia tak berpusing kalau kita tidak selau berfikir. Apa yang kau orang dapat kalau buat sesuatu tanpa akal?

Akal? Guna akal untuk membantu. Satu hari juga gua tak dapat tolong diri sendiri. Satu hari yang gua rasa macam beban satu lori masuk dalam otak gua. Cakap banyak tak guna. Ini yang gua fikir.

Chemical Engineering Aquarium.

Bukan apa yang kau orang lihat sekarang. Gua berfikir masa depan, jatuh bangun dalam kerjaya gua sampai mana, apa yang gua dapat lihat, buat dari karya agung Yang Maha Satu. Dunia indah tapi akhirat tak bermakna macam hidup tanpa hati, lebih baik sakit tapi ada hati yang cantik.

Gua tak jamah satu benda. Tapi bila malam, hati tenang, dunia gua aman, 3 pinggan gua hancurkan. Terima kasih nenek kerana memahami cucumu yang seharian lapar.

Bukan kerja gila, tapi gua tak tahu kenapa satu hari gua fikir ini benda, macam mana mahu hidup gembira bila bersamanya, bunga.

Bunga layu bila tak disiram tak dijaga.
Myngkin aku sudah tua, bukan tua tapi matang?
Cukup untuk berfikir tentang-tentang. Gua mintak doa padaNya. Biar hati terang, dunia cerah akhirat alhamdulillah dan bunga, ia lengkap tanpa kata.


6 comments: