Jun 21, 2010

Bila Cinta, Mungkin Nanti, Ke Sana.


Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Dalam harapan

Artist : Fili (Filianti Vlee)
Song : Bila Cinta (OST Lagenda Budak Setan)

*First time tadi masa gua on the way balik dari Kuala Lumpur, lagu ini didendangkan di ruang udara. Tak pernah pulak dengar bila hari-hari biasa

Bukan nak cakap rasa dari hati, tapi tersentuh pulak gua dengar. Asyik gila sampai minyak kereta dah nak habis pun gua tak sedar. Tapi ini lagu buat teringat dekat gambar yang gua papar dekat atas. Bila nak photoshoot dekat situ?

Bukan gua nak kritik. Tapi gua rasa tak sesuai kritik lepas gua tengok cerita ini. Rasa macam tak ada ilham untuk gua keluarkan. Gua akan menulis bila gua dengar ini lagu banyak kali. Menulis sambil dengar ini lagu rasa macam-macam perasaan, idea yang muncul. Ini yang gua tunggu-tunngu.

Lirik lagu yang seni cintanya boleh gua rasa. selepas cerita ini keluar dekat pawagam, memang ramai yang suka hero filem ini, Memang gua minat bila hero filem ini suka seni-seni tradisional. Rasa macam jiwa gua masuk dengan ini cerita sebab rasa cinta kepada seni tradisional memang dalam diri gua, menjadi seorang yang mencintai karya Tuhan yang satu, Itu adalah impian gua.

Kau orang mahu cakap, kutuk, hina, gua rasa macam tak ada benda. Memang gua inginkan seperti apa yang dalam ini cerita. Bila gua tengok sendiri ini filem, satu benda terlintas yang gua memang kena pergi adalah tempat dekat mana pokok besar seperti yang dalam gambar dan dekat mana tempat mamat rambut serabut ini buat kerja dia.

Indah, indah bagai karya malam agung yang gua titipkan. Gua memang ingin menghayati seni-seni karya Tuhan. Indah berseri-seri. Setiap kali gua menulis, mesti ada ayat-ayat untuk ke sana atau ke sini. Kenapa?

Sebab itu yang gua cari. Itu yang gua mimpi, itu yang gua mahu, dan itu yang gua rasa. Ingin ke bumi asing tapi masih terasing dari mimpi sendiri. Ingin bersalji tapi masih berhujan, berpanas, bertropika di sini. Suatu hari, mungkin suatu hari. Itu yang gua janji.

Satu kali, bila gua menghayati lirik dia sambil mendongak ke langit pada gelap malam bulan terang, air mata gua jatuh ke bumi. Lagu yang indah untuk menghayati hidup dah bermuhasabah diri. Apa yang gua mampu buat hanya untuk berdoa kepada-Nya.

11 comments:

  1. 8

    How lyrics can capture one's heart... That's how a person can fall in love... :)

    ReplyDelete
  2. leh! :)
    the exquisite instigator...ini mungkin bukan lagi masanya utk saya fikirkannya...

    mungkin suatu hari...

    ReplyDelete
  3. not that im saying ure falling in love. just saying that's how a person can fall in love... :)

    ReplyDelete
  4. masa akak tgk cite Lagenda Budak Setan tu...akak teringat kat syafiq.bukan stakat luaran je tapi dari segi jiwa pun sama kan?hehe...~kak sri~

    ReplyDelete
  5. hahaha kak sri! lama tak dengar cerita! hi!

    ReplyDelete