Jun 10, 2010

Antologi Kelibat Si Pari-pari.

Musim Salji

Lihat luar sana, indah bukan pada waktu-waktu selepas hujan turun?

Kau orang duduk menung seorang diri kenang nasib bila nak hidup berdikari. Aku rasa macam otak sudah berfikir beratus kali untuk melepaskan entri ini. Hidup senang mati tak susah, apa yang sedang dicerewetkan sama kau orang aku tak peduli.

Ini cerita dari mimpi, mimpi indah si pari-pari. Bila teringat kembali, musim panas kota Dublin boleh turun salji, tapi cerita indah bila mula bicara di kota London.

Kalau kau orang ada dalam mimpi, signboard perkataan yang aku sangat tunggu-tunggu bila bersama di kota London, signboard LONDON. Itu adalah mimpi-mimpi yang menjadi suatu inspirasi barangkali. kamu yang berada di aussie, pernah rasa bukan? kamu yang berada di moscow, sudah tentu, tapi aku yang berada di sini, hanya bermimpi si pari-pari untuk ke sana bersama.

Cerita mula buka bicara waktu aku tidur dengan nyenyak sekali.

...hikayat musim salji.

aku masih mencari di mana mulanya. Mungkin waktu kelas tamat pelajarannya, aku lihat itu sebuah bas, bas yang dilitupi salji, bas yang membawa pelajar untuk ke mana-mana. Tapi mencuri perhatian bila aku lihat si pari-pari di dalamnya.

...bunga mimpi.

Aku terus berlari menuju ke tempat di mana beradanya si pari-pari. Tingkap bas di mana tempat si pari-pari duduk, aku diluarnya. Aku lap salji yang menutupi, aku lihat indah. Aku tulis diluar tingkap,
"...malaikat, malaikatku yang indah berseri-seri..."

Jantung yang kuat berdenyut. Siapa si pari-pari datang dalam mimpi indah.

Hanya hati yang sanggup berkata, siapa benar siapa salah.

*Gua bangun tidur terus solat subuh. Tadah tangan, apa benar apa yang dimimpikan? Jika benar berilah peluang.

Gua memang nak sangat kejar mimpi gua. Bukan mimpi ini sahaja. Mimpi belajar di negara orang sana. Bila masa lagi gua nak rasa. Habis belajar gua balik pekan lama. Mak abah tentu gembira lihat anak berjaya. Bukan setakat bawa Master pada mereka.

Ini cerita kau orang jangan hina. Gua ada cita-cita. Kau orang kata belakang gua apa kira? Cakap lah apa mahu kau orang cakap. Katalah apa mahu kau orang kata?

Gua ambil kapas kasi sumbat telinga. Bukan kau orang punya cerita. Ini cerita gua. Tapi ini mimpi soal apa?

Berfikir dan terus berfikir. Baik gua tidur.

19 comments:

  1. dan pari-pari tersenyum... diam membisu :)

    ReplyDelete
  2. sangat manis... tp pabila empunya cerita masih x tidur...

    ReplyDelete
  3. empunya cerita masih takut! takut akan cerita=cerita mimpinya sendiri...

    ReplyDelete
  4. kenapa perlu takut sdgkn dia berjumpa pari-pari dan bukannya hantu?

    ReplyDelete
  5. ini bukan soal hantu ataupun pari2. ini soal reaksi :)

    reaksi si akal ke hati. masuk ke mimpi. sy menjadi lagi takut.

    ReplyDelete
  6. adakah tuan punya diri sudah jatuh pada si pari-pari? takut semakin terjatuh?

    ReplyDelete
  7. kalau semakin terjatuh terjerumus namanya. tuan empunya hati tak dapat menjawab....

    *saya lagi takut ni...gi mana?

    ReplyDelete
  8. gi mana? maksud...?
    jadi, tuan punya hati x mau terjerumus?

    ReplyDelete
  9. apakah terjerumus tidak mendatangkan apa2?

    terjerumus yg bagaimana?

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Terpulang pada tuan punya diri untuk berfikir...

    ReplyDelete
  12. sy berfikir dan terus berfikir utk yg terbaik... :)

    ReplyDelete
  13. tiada salahnya bersama iguan-iguan mimpi indah untuk terus mengejar si pari-pari.sedarlah jika hanya bayangan fikir-fikirkan.jika megejar master disana alhamdulilah mudah ketemu dan bawa pulang peluang dan teknologi disana.

    ReplyDelete
  14. terima kasih si anonymous. semoga doa sy termakbul, :)

    ReplyDelete
  15. haha :D

    i'm always great kan?

    ulala :P woots woots!

    ReplyDelete