Jun 11, 2010

Terima Kasih Encik Acer.

Acer TravelMate 4050, May 2002.

Terima kasih Encik Acer. Gua respect sama kamu sebab kamu tak mati-mati macam kawan kamu yang lain.

Tengok siapa yang jagalah!

Ini Encik Acer. Gua kasi nama Encik Acer MacOS masa mula-mula dapat. Gua punya satu, abah punya satu. Sekarang abah pun sudah pakai Acer lagi up!. Tapi masa itu masih ada rasa cinta antara Encik Acer dgn gua.

Ini cerita, cerita la, cerita sedih bla mana Encik Acer hampir mati. Hard disk sudah calar, otak gua fikir macam-macam. Macam mana kalau Encik Acer dah tak ada?

Itu time, gua serang sama Lowyat, Kuala Lumpur. Bandar pening kepala. Tak macam pekan lama.

Jantung Encik Acer sudah tenat, segera gua buat surgery, Beberapa jam selepas itu Encik Acer bernyawa semula. Beep beep!

Peluh dekat badan dah macam peluh main basketball petang-petang.

Ini surat kepada Encik Acer.

...kehadapan Encik Acer...
Gua dah ada sahabat baru warna biru, berkilat tambahan baru. Dulu masa kita layan old town sama-sama, mamak macam biasa, McDon bila-bila, Starbuck macam nak gila, kau jangan lupa. Itu kenangan kita.

Ini entri khas untuk kau. Gua taip pun guna diri kau. Entri tadi gua guna Encik Dellbiru. Berkenalan sama beliau. Nama beliau Encik Dellbiru.

Aku tak tinggal apa-apa. Cuma dalam sana ada kerja-kerja photography gua, kalau kau rindu, kau tengok-tengoklah semula. Kau jangan nakal-nakal. Jangan juga risau sebab Encik Dellbiru tak besar macam kau sangka. Comel gila. Nasib baik gua tak angkut Hp Pavillion khas untuk internet sama kerja. Berkilat lagi cantik. Last minute gua tukar plan.

Lepas ini, kau nak rehat, rehat gila-gila. Gua tinggal kau dekat rumah. Tua buat cara tua.

Selamat berkenalan sama budak cilik comel Encik Dellbiru.

Tuan punya badan,
Tiger Lane Boy.

4 comments:

  1. n bagus2. u bukan kacang lupakan kulit!

    ReplyDelete
  2. hahaha :D

    byk kerja photography encik acer tukang susah payah.

    so tak boleh lupa jasa encik acer. :)

    ReplyDelete