Jun 22, 2010

Jangan Sedih, Hidup Apa Adanya.

Gua teringat satu buku yang pernah gua baca.

Seorang pelaut terumbang-ambing di lautan teduh selama 21 hari, tatkala selamat dia ditanya oleh orang ramai tentang pelajaran terbesar yang dia dapat dari peristiwa itu. Maka, jawablah si hero malaya : "Pengajaran terbesar yang dapat aku ambil dari pengalaman ini adalah ; 'Jika kau orang masih memiliki air yang bersih dan makanan yang cukup, tidak perlu sedih.'"

Gua boleh konklusikan kehidupan hanya bagai sesuap nasi dan seteguk air. Kalau ada extra, itu adalah kelebihan yang tidak terlalu kau orang perlukan.


University of Tokyo, Falls.

Gua ingat lagi buku yang gua baca bila rasa sayu dalam hati. Jonathan Swift berbicara soal sedih. Dia ada cakap doktor yang paling baik di dunia adalah doktor diet, doktor ketenanangan dan doktor riang. Gua fikir dan terus berfikir. Timbul satu ayat, kalau kau orang kurangkan makanan dengan ketenangan dan kegembiraan, mereka adalah ubat yang paling mujarab. Jadi tak perlu ditanya lagi.

Lalu, gua cipta beberapa kosa kata indah untuk kau oang yang bersedih,

"...Kegembiraan mendekatkan orang, pada kamu yang menuju bahagia, sesungguhnya kesdihan itu adalah perasaan yang tidak kamu suka. Selamat datang wahai ketenangan dan kegembiraan yang cukup, di setiap hari indah, dan amat bermakna..."

Gua rasa belum cukup bagus lagi dalam dunia seni. Tapi gua rasa selagi mana mampu, yang terbaik untuk kamu.

Amsterdam, Spring.

Dan gua rasa, kedatangannya mengandungi kelembutan dari Tuhan yang satu, sperti itu petanda akan datangnya jalan keluar dari hati yang lama tidak terbuka. Tapi, ini masih bukan masanya untuk itu. ada lagi yang perlu dicari walau ia telah menghidupkan jiwa, mebahagia hati, tapi akal masih dalam keadaan lapar untuk ilmu yang gua cari. Seperti sesungguhnya angin ketika bertiup dengan kencangnya yang dihentam hanyalah bahagian pucuk pohon sahaja.

Bila gua sudah kukuh, itulah masa yang utuh. Terima kasih dunia, terima kasih cinta, terima kasih manusia, untuk karya-karya gua.


12 comments: