Jun 18, 2010

Karya Malam Agung

Kadang-kadang kalau kita selalu suka, ada suatu masa kita berduka.
Kadang-kadang juga kalau kita gembira, ada suatu masa kita sedih.
Untuk puteri malam ungu, gembira untuk selamanya.

Indah malam.

Indah. Namun bulan tidak pandai bicara.

Tapi.

Bulan cantik dalam kesepian malam. Kalau sunyi sepi, tiada satu bunyi, tapi kita dengar pungguk mendayu, malam jadi gembira.

Biar sedih, tapi hati tidak pedih. Bukan hanya malam yang sepi, hati juga sepi. Bunga berbisik di telinga, bila mahu kembang di hati. Air mata menitis hanya untuk mencari, mencari mimpi-mimpi indah buat selamanya.

Jangan hilang dari igauan, sampai syurga buat teman. Hati berkata pada diri, bila diri mahu bermimpi, bulan menjadikan malam terang, seperti matahari menjadikan siang hidup riang.

Kenapa, apa, bagaimana kata hati?

Aku masih lagi mahu mencari, mencari mimpi untuk berhijrah dari kota ini. Untuk mencari ilmu yang kunanti.

Salji, berbisik pada bulan. Bunga, bersahut-sahutan. Warna, warna ungu yang ditunggu.

Jangan, jangan biarkan sedih mempengaruhi, biar suka mengubah situasi. Aku, masih lagi di situ. Tidak membiar bunga bersedih sendiri, agar kembang mekar setiap hari. Jadi teman penyeri hati.

*Gua tulis bila lihat malam bulan mengambang penuh. Untuk kau orang yang sedih dan berfikir tentang diri. Jangan sedih, bukan tidak boleh, tapi lihat hadapan kau orang, salji jatuh unuk masa depan yang kukuh. Cari ilmu, biar utuh. Negeri orang kita contoh, bangun untuk maju, di bumi sendiri.


4 comments:

  1. yeah, ur words are beautiful.. n thnx. if its about me, thnx tw faiz! i feel better now ! :)ohh hope our dreams tercapai utk ke oversea !

    ReplyDelete