Tulip. Spring.
Senandungkan cerita ini. Atas mimpi di malam hari. Berlutut di lantai bumi. Bermimpi dan bermimpi. Buat kedua kali. Mengaharap jadi realiti. Bukan pasal soal hati. Tapi ini masa depan yang dinanti. Bermimpi sekali lagi. Di kota yang penuh dengan realiti. Tapi mimpi bukan tentang salji. Musim bunga pula dicari.Menara gading. Bukan di bumi sendiri.
Berbisik peluh di dalam mimpi. Segalanya aku mimpi. Jangan terbalik pada hari yang dinanti.
Berbagi peluh menuju cita. membasuh keringat luka. Melihat merpati di atas dahan. Menyusun sarangnya. Mengapa musim bunga masih lagi tercari-cari. Bersamanya menggapai mimpi. Indah si pari-pari.
Hapuskan lagu terangi cinta. Meniti lagu menyemat cita-cita.
Siang hari, diri termenung jauh. Cari jawapan.
*Senandung mimpi semalam, ini bukan main-main punya cerita. Tapi kali ini musim bunga. Gua mimpi kota London sana. Mengejar apa yang gua cita. Maybe, ini penangan bubur lazat bonda tercinta. Sampai gua mimpi musim bunga dekat kota London sana.
Bonda, doakan anakmu bahagia, dapat mengejar apa yang dikejar, menggapai apa yang dimimpi. Bernafas bersama-sama yang dinanti.
Untuk kamu, ini yang aku titipkan. Teringat dalam satu naskah indah untuk kegembiraan.
Pagi yang akan menyinarkan cahaya, kegembiraan dan kesenangan. Wahai kamu yang rasa kesedihan,melangkahlah dengan perlahan, di ufuk sana telah sedia jalan keluar yang akan memberi keringanan Tenanglah, kerana kamu berhak mendapat perlindungan dariNya. Tenanglah, kerana akhir dari dari perjalanan itu adalah kebaikan, hasilnya kesenangan dan kegembiraan.
Gua baca satu cerita, penyair bermula bicara.
"...Malam pasti berlalu
dan bebelengu pasti akan patah.
Barangsiapa yang takut mendaki gunung
nescaya selamanya akan hidup
di antara galian-galian..."
Ini mimpi gua. Kau orang jangan marah. Tak pernah gua mimpi macam ini. Mimpi gua tentang diri. Gua punya impian yang amat tinggi.
Pernah gua fikir, pernah gua dengar. Kalau kita mimpi, mimpi diterbalikkan. Gua harap tidaklah. Kau orang sana. Doa sama-sama, gua juga. Semoga gua dapat pergi ke sana, bersamanya. Amin...
:) Sy semakin faham sesuatu. Faham apa? Itu kefahaman sy. Awk x perlu tau :)
ReplyDeletesemoga berjaya!
ReplyDeletethe exquisite instigator : apa yg kamu faham? mungkin sy juga tahu. tapi sy juga tak tahu apa yang saya tahu :)
ReplyDeletenaj : terima kasih :)
jd, x perlu cube utk tau ape yg sy rasa. :)
ReplyDeletehahaha :D *jadi pening sudah! T.T
ReplyDelete