Jun 17, 2010

Lompat.Lompat.Untuk.Gembira.

"Jump, and you will find out how to unfold your wings as you fall.."

Lompat dari kiri ke kanan, lompat dari depan ke belakang, lompat dari bahaya ke selamat. Politik politik. Lompat ke sana untuk ke mari.

Kau orang ternganga buat apa? Ambil surat khabar tengok berita. Jangan asyik ingat bola, tanah air kelam kabut apa cerita. Layan bola lagi gua suka. Sudah tak tahu nak buat apa, tengok berita semua benda nak benda sama. Baru kau orang tau mana yang yang kau orang suka.

Lompat lagi.

Kalau banyak kali kau orang lompat memang kau orang penat. Cukup masa kau orang ambil kain putih buat bendera. Orang lain sorak gembira. Ini kisah, kisah kecewa. kena pilih tapi sokongan pergi mana? Kalau gua, rasa macam pisau tusuk dekat dada. Sakit tanggung sendiri.

Lompat cara gua.

Lompat untuk gembira. Warna hidup ke warna ria. Pesta bola untuk jiwa, fikiran kosong hanya sementara. Orang sana gua tak lupa, pergi pagi balik malam kerja. Tapi hidup gua rasa tak sempurna, belum cukup rasa-rasa indah bila sama.

Lompat jangan sampai lupa. lompat gembira ada hadnya, jangan salah had kalau kau orang tiada tempat. Macam gua, rasa macam lompat untuk suka, bila lompat kali kedua rasa lompat untuk jiwa. Masih membilang hari untuk lompat kali ketiga, lompat untuk bersama, berborak gembira, bercerita tentang kita, tapi rezeki masih tiada. Mungkin suatu hari ada peluang gua lompat sama-sama.

Kau orang termenung fikir apa? Bukan gua yang suruh fikir, kau orang kena fikir sendiri, diri kau orang, kau orang yang kaji, kalau gua dah lama ambil masa untuk fikir pasal diri.

Kalau kau orang ikut cara gua yang dengar lagu sambil termenung memang rasa macam minum air sampai kembung. Tapi gua punya cara mungkin tak sama tapi ada faedahnya. Jadi, kau orang lompat ikut diri, jangan lompat jatuh patah kaki. Lompat tinggi untuk capai impian dalam hati.

Gua rasa macam gua pakar motivasi. Baik gua jadi pelawak melodi. Jumpa lagi. Esok gua kena dental surgery. Sumpah gila ngeri.

6 comments: