Jun 29, 2010

Senang Tak Senang. Cerita Lagenda Orang Pekan Lama.

Mont Royal, Spring 2009.

Gua tengah fikir apa yang sedang gua fikir sebab gua tak tak tahu apa yang dalam kepala otak. Bukan senang nak tafsir sampai gua terbangun tepat 5.45 pagi waktu tempatan. Tapi gua senyum, tenang bila lihat salah satu yang gua selalu sebut karya agung Tuhan, bunga. Bukan jiwang tapi memang bunga buat gua senang.

Senyum lihat bunga, bukan orang gila tapi senyum melihat keindahannya.

Banyak benda yang gua fikir agaknya. Rasa susah gila nak tafsir sampai gua terbangun dari tidur. Gila. Ayam belum lagi jaga, bunga belum kembang, matahari belum sedia, hero malaya dah bangun awal gila.

Bukan senang nak ingat semua, tapi gua cuba. Lari dari mimpi suatu yang gila dari akal. Mimpi mungkin jadi realiti.

Mana tahu mimpi jadi kaya, buat rumah macam istana, hidup bahagia satu keluarga. Mana tahu mimpi jadi ahli politik, buat bangga satu Malaya. Manu tahu mimpi dapat kereta mini cooper klasik, bawak bersama si bunga ronda-ronda. Mana tahu dapat sambung belajar luar negara, balik Malaysia gaji besar bagai nak gila. Mana kau orang tahu itu semua hanya mimpi?

Itu mimpi realiti gua. Tapi ini bukan lagi mimpi. Ini benda buat gua takut. Bila gua tafsir mungkin boleh datangkan demam buat gua. Gua memang takut, sebab itu gua luah dekat entri ini. Jadi, takut gua hilang sikit.

Bukit Broga, June 2010.

Lihat.
Cantik bukan pemandangan. Rasa macam ada dewa turun dari kayangan. Tapi itu karya agung Tuhan. Kau orang jangan jadi manusia yang hanya suka-suka nak mainkan apa yang telah diberi, anugerah yang kau orang dapat. Kau orang mahu tak mahu, nanti kena tarik balik kau orang tak boleh nak lari.

Gua hanya nak lari dari fikiran yang ada dalam kepala. Hilang sebentar mungkin cukup. Tapi kalau kau orang baca sekali memang kau orang susah gila nak tafsir ini cerita. Ayat-ayat gua yang sengaja gua putar belitkan untuk kau orang kupas menjadi satu cerita, tak kira pendek atau panjang. Bukan gua tak mahu nak terus terang tapi gua suka mendongengkan cerita untuk jadi cerita yang lagenda.

Kau orang orang yang baik, senang hati, budi bahasa. Jadi kau orang baca, jangan ada hina. memang gua tak boleh nak buat apa, tapi Dia tahu apa yang kau orang rasa. Bunga untuk semua, dan bila bersamanya.


8 comments: