Jun 11, 2010

Hidup ; Warna-warni.


Ini Pensil Warna.

Kau orang pilih satu warna untuk warnahidup kau orang. Cepat, jangan fikir lama sangat. Cukup! Masa dah tamat.

Gua sudah pilih warna hidup. Ini gua puna. Sempurna atau tidak kau orang peduli apa. Gua ingin hidup ceria. Suka atau sedih ini gua pilih.


Yogyakarta, Indonesia.

Ini yang gua sedang hayati. Dunia indah seperti si pari-pari. Ini yang gua pilih. hijau, hijau merimbun segar. Masih teringat bila masa aku di sekolah lama, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, tingkat satu sampai lima...

"...dari padang menghijau segar, singgah di padang ini sebentar, kami bersemangat waja agar trofi kami punya..."- salah satu lagu dari 42 lagu cheer.

Itu bukan cerita sebenar. Ceritanya memang gua suka sama ini warna. Buat rasa bahagia selalu. Tak percaya kau orang lihat.


Laut China Selatan.

Lihat, lihat dan teruskan melihat.

Gua memang suka tempat-tempat macam ini. Waktu bulan madu memang macam ini yang diidamkan.

Kau orang nak kutuk gua tak kisah. Gua cuma menghayati kehidupan, syukur atas kurniaan, lihat suasana alam. Hidup dengan warna bukan sama, cuma kau orang yang warnakan sendiri hidup kau orang macam mana. Kalau hitam, hitamlah hidup kau orang.

Kalau bulan tiada nama, bila masa laut nak bergelora, kalau laut tiada seni warnanya, bila pula manusia suka padanya. Indah bukan bila hidup kita penuh warna. Sedih bukan hitam, suka bukan hijau, marah bukan jingga, cinta bukan merah. Kau orang warna sama-sama. Adil suka sama suka.

Kalau biru kau orang hijaukan, kalau hijau kau orang ungukan, kalau ungu kau orang merahkan. Hidup, warna-warni, ceria, indah berseri-seri.

Mata sudah layu, bantal sudah lama tunggu, gua sleep dulu.

1 comment:

  1. bro, boleh tlg bagi semua nama2 cheer star tak?

    ReplyDelete