Jun 23, 2010

Menung Sendiri Berfikir.

Malang sungguh jika usia yang singkat ini kau orang isi dengan hal-hal yang tidak membahagiakan. Apakah kau orang yakin akan berbahagia di akhirat kelak, maka kerana itu kita bermain-main dengan sifat-sifat buruk yang mencarik kebahagiaan tatkala kita hidup di dunia

Kegembiraan.

Gua cuba satu kali,

"...Seandainya kebahagian itu dijual, maka aku akan membelinya, Hidup tanpa bahagia mungkin seperti menelan penderitaan..."

Kau orang jangan kutuk. At least gua cuba. Gua tak tahu apa benda yang merimaskan tapi gua rasa macam dapat dadah bila dengar dua lagu yang selalu gua dengar, Bila Cinta dari Fili dan Hanya dari Melly. Gua rasa mungkin cuma irama dan alunan muzik khayalan jiwa itu buat gua jadi sayu macam ini.

Hampir tiap-tiap malam gua keluar cari ilham tapi ilham kali ini gua cuba dengan alunan lagu sedih. Gua hayati karya agung Tuhan. Gua baca satu rangkap seorang ulama pernah berkata.

"...Jika kecintaan seorang yang jatuh hati kepada Laila dan Salma, mampu merampas hati dan akalnya, maka apakah seorang yang amat mendalam rasa rindunya kepada Zat Yang Maha Mengetahui lagi Maha Tinggi?..."

Keindahan

Gua selalu letak gambar bunga, gambar pemandangan indah, sebab rasa gembira bila gua tengok karyaNya. Semua keindahan tidak akan dimanfaatkan sikit pun bagi orang yang tak pernah melihat karyaNya dengan satu rasa. Jika suatu saat, kau orang akan sedar. Inilah karyaNya.

Gua tak fikir apa-apa. Cuma satu. Bunga,

6 comments:

  1. Penat pulak. So...

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    7...

    Sekalikan terus. haha

    Penat sbb kne ltak word identification tu

    ReplyDelete
  2. :) Di akhir post, bunga...? Bunga... Adakah bunga ini yang dimaksudkan...

    http://malayneumx.blogspot.com/2010/05/b-untuk-bunga-bunga-untuk-dia.html

    ReplyDelete
  3. hahaha :D bunga. sy memang suka lihat bunga. :)

    ReplyDelete
  4. :) tp cm ade bunga specific yg awk sdg tgk :)

    ReplyDelete
  5. yg kat post atas tu la :) yg sy bg link tu

    ReplyDelete