Jun 6, 2010

Komponen.Air.Masin.Teluk.Batik.

Teluk Batik, June 2010

Delicious ayam.



24 jam lepas.

Gua rasa, yang bangun paling awal siapa lagi kalau bukan jejaka malaya, hero lagenda faiz nur shafiq. Janji manis meeting macam orang gila cakap sama kawan bertolak pukul 8 pagi. Sumpah gua tak percaya kau orang boleh bangun. Nasib baik ada ini hero.

Gua rasa nak claim top up sama kau orang yang gua kejut. Lenguh tangan mencari nombor talian telefon mudah alih kau orang.

Tapi memandangkan cuaca cantik sekali, cadangan ditutup.

Sambil menyanyi lagu Joe Flizzow, bergerak! "...kuala lumpur kita bergerak! jakarta kita bergerak, johor bahru kita bergerak...!"

7 kereta, kita bergerak! ramai gila!

Teluk Batik 24 jam lepas.

Cuaca agak baik, angin kencang, ombak kuat. Situasi seperti di shopping mall. Semua orang bagai tak ada tempat lain nak dituju. Kenapa Teluk Batik juga kau orang nak berhenti. Gua rasa down sekali bila dslr tak ada. Sabar. Duit dalam perjalan untuk dslr yang kedua.

Memang seronok bila tengok ramai orang datang tapi pantai penuh macam mana nak mandi? Tak apa, hero datang selamatkan anda. Bawah pokok redup, bentang tikar kasi besar, siap-siap tempat bakar, beli nasi untuk santapan, air minuman untuk selepas makan. Gua memang tak tahan cuaca panas. Satu, dua, tiga! Gua terjun sama itu orang bukit. Kau orang yang lain bakar ayam sama ikan rajin-rajin.

Time makan kau orang tak ingat dunia. Sekali jalan kau orang tibai, macam tak ada makanan lain kau orang nak sidai.

Bot pisang, kayak tongkang semua kau orang naik. Nasib baik harga tak macam dekat destinasi percutian yang lain. Kalau tak memang aku tak join. Kau orang mandi sampai tak ingat kulit kau orang sudah macam belakang kuali yang putih melepak. Sampai petang kau orang berendam.

Memang puas. Destinasi ini kali murah, dekat sama sekali tak membazir. Terima kasih kepada penaja.

24 jam lepas juga hari lahir cousin gua. "...Happy Born Day!..."

Tapi, masih ada yang belum selesai. Lumba halal di litar go-kart. Itu hari baru kau orang tahu siapa champion jalanan!

*Nyanyi lagu Joe Flizzow.

"...pekan lama kita bergerak..."

Jumpa kau orang dalam litar!
Teluk Batik, June 2010

3 comments:

  1. lu orang jadi bontot kuali

    presiden pekicha jadi bontot aper?

    ReplyDelete
  2. asyraf si pondan tua : itu presiden pekicha bukan setakat kuali.
    sudah jadi arang.
    maye kena satu calit arang nampak lagi. si presiden tak nampak apa2. hahaha :D

    alex : mari pulang kemari!

    ReplyDelete