Masa, Emas.
Kau orang lihat semula ke belakang, masih ada yang kau orang tinggal?
Lihat betul-betul, jelas?
Apa yang kau orang tinggal?
Merintis zaman.
Kau orang cuba fikir, apa yang kau orang rasa? Kau orang ada bayangkan zaman muda kau orang?
Imbas kembali.
Dulu, waktu gua kecil cili padi, kampung tempat inspirasi. Pernah dengar orang tua-tua ckp parit ban? Tempat itu gua selam, gua sental jala atuk, main sama kawan-kawan kampung, kubang sini sana. Memang syurga gua dari kecil sampai besar, kampung tempat paling sesuai untuk gua. Rasa macam nak buat villa bila sudah besar sudah kaya.
Lepas jadi ketua taiko sekolah rendah sampai dapat masuk sekolah semua lelaki. Gua rasa memang hairan. Nasib baik ada kakak kantin, televisyen, anak perempuan cikgu-cikgu jadi penyeri. Itu memang gua tak kisah langsung. Yang gua tahu, kawan-kawan yang macam adik-beradik.
Buat apa?
Masa itu, masa harimau keluar belang. Dinding tempat menulis, sick bay jadi hotel, atas bangunan jadi menara, kaki lima jadi kereta api manusia, pejabat jadi neraka, dorm jadi syurga, store jadi tempat pembakaran, atas syiling jadi khutbah jumaat, kira semua tempat jadi tunggang terbalik.
Nakal?
Memang bila masa muda kalau kau orang ingat semua benda tak jadi masalah. Cuma satu, rotan subuh yang selalu buat kacau.
Merintis zaman apa?
Ini zaman gua. Bila sudah lepas semua masa, ada satu yang rasa gua tinggal. Ini hati punya cerita. Bila fikir, rasa macam banyak benda gua nak ukir. Rasa mahu jadi muda semua. Bukan tua tapi dah semakin berusia.
Berapa tahun gua rasa sedih, bila rasa pedih, gua dengar lagu hanya, lama-lama gua boleh jadi gila. Mahu tak mahu kena terima. Bila kira hari makin lama makin tua, rasa macam gua suka bila ada rasa suka.
Tapi.
Apa nak buat kalau dah tak boleh buat. Pusing ke sana untuk ke sini, mundar mandir cari rezeki, hilang akal hati cari, minum air tertelan hati. Rasa bila dah besar bila kaya bila ada kereta bila ada semuanya, cukup untuk buat tambang ke kota yang ada dala mimpi gua pergi.
Rasa tak cukup ilmu yang gua cari. Mimpi indah si pari-pari, gua pergi untuk penuhkan hati.
Sekarang.
Boleh cakap bila gua ada mulut untuk jelas masa yang gua tuntut. Jelas bila ada mimpi, bawa gua ke sana ke mari. Kota yang ada salji, kota yang ada hati, kota yang tidak ada sedih lagi. Ini akal punya cerita, bukan mimpi di siang hari
Buka banyak mulut memang gua tak suka, tapi ini gua punya rasa, rasa suka yang gua cari, rasa untuk hari-hari yang gua nanti.