Jan 9, 2009

harapan dan cabaran '09

RASANYA belum terlambat untuk kita mengucapkan tahniah kepada semua lulusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008 yang memperoleh keputusan cemerlang, khususnya yang mendapat A bagi semua mata pelajaran.

Sehari selepas keputusan diumumkan, sama ada UPSR atau PMR, semua media elektronik dan cetak turut merakamkan detik manis pelajar meraikan kejayaan masing-masing. Memang mereka berhak meraikan kejayaan itu dan media juga wajar menghebahkan kejayaan cemerlang pelajar berkenaan agar ia menjadi perangsang kepada pelajar lain untuk mencontohi kecemerlangan mereka.

Bagaimanapun kita tidak harus mengabaikan terus dua golongan pelajar yang turut menerima keputusan mereka pada hari berkenaan. Mereka ialah pelajar yang sederhana keputusannya tetapi berpotensi untuk cemerlang dan yang satu lagi pelajar yang dikategorikan sebagai lemah atau gagal.

Golongan inilah yang harus diberikan lebih banyak perhatian termasuk ibu bapa dan guru kerana jika dibiarkan tanpa pemantauan serta bimbingan berkesan, mereka akan hanyut dan tiada jaminan masa depan, seterusnya akan menjadi beban kepada keluarga, masyarakat dan negara terutama pelajar gagal.

Kita harap pelajar yang sederhana dan berpotensi harus bersikap positif dengan menganggap keputusan yang kurang cemerlang kali ini sebagai cabaran agar mereka berusaha lebih gigih untuk bangkit dan mencipta kejayaan lebih gemilang tahun ini. Kini masanya untuk menumpukan kembali kepada pelajaran dan apa yang dicapai semalam sudah menjadi satu sejarah untuk melonjakkan pencapaian pada masa depan.

kepada satu-satunya adik perempuanku, tahniah kerana mendapat 5A dan kepada angah,walaupun dapat 7A dalam PMR,abang tetap berbangga kerana ia bukan keputusan yg buruk.cume rezeki tidak menyebelahi.

1 comment:

  1. wow..abg yg baeK la..bg sOkoNagn kaT aDek3 dier..
    hahahah..
    ko adew adek eK??
    lpew laK akU..=D
    lalalalalallala

    ReplyDelete