Selepas 52 tahun mencapai kemerdekaan, rakyat negara berjaya tawan puncak Everest, Kutub Utara dan Selatan serta penjelajahan ke angkasa lepas
Ogos ini, semua peringkat rakyat akan menyambut 31 Ogos, Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52.
Mengimbau kembali sepanjang 52 tahun lalu, pelbagai pencapaian yang telah dicapai oleh negara membuat kita berbangga menjadi anak Malaysia - menawan puncak Everest, merentasi Kutub Utara dan Selatan serta penjelajahan ke angkasa lepas.
Semua kejayaan itu membuktikan rakyat Malaysia mampu menyahut cabaran Malaysia Boleh sekali gus membuktikan kita boleh mencapai apa juga impian jika berusaha dengan tekun dan tidak mengenal jemu.
Bagaimanapun, adakah memadai dengan pencapaian itu semata-mata? Apakah erti kemerdekaan dalam konteks sebenar, terutama selepas 50 tahun merdeka? Jika pada 31 Ogos 1957, kemerdekaan membawa erti kebebasan dari penjajah British, tetapi kini apakah erti kebebasan di kalangan rakyat terutama golongan remaja?
Aku cukup bersyukur bila dibesarkan sebagai seorang rakyat Malaysia. Dengan pendidikan yang teratur dan pertumbuhan minda yang intelek untuk menjadi remaja yang berfikiran matang setelah menuntut di Alma-mater yang gah,Sekolah Tuanku Abdul Rahman,Ipoh(STAR).Meneruskan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi swasta, Unisel menjadikan aku lebih kepada seseorang yang berpengaruh dah meminati politik.harapan dan doa aku panjatkan semoga diri aku ini menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
huhu sedikit patriotik =)
ReplyDelete