Jan 21, 2009

Peranan Masyarakat Dunia Tentang Kemelut di Ghaza

Palestin kini masih bermandikan darah rakyatnya sendiri tatkala Israel Laknatullah turut meneruskan serangan yang semakin rancak tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda akan berlakunya hentian serangan terhadap Wilayah Ghaza. Serangan yang makin menghampiri 1 bulan ini terus dilakukan dengan mengakibatkan bilangan rakyat Palestin yang tidak berdosa terkorban melebihi 1000 orang dan yang cedera sudah mencecah 5000 orang. Mengapa ini terus berlaku?. Adakah ada penyelesaian didalam peperangan ini?.
Masyarakat didunia kini semakin bangkit dalam menentang kekejaman dan penghapusan rakyat Palestin dari negaranya sendiri. Setiap hari, akhbar-akhbar memaparkan berita mengenai isu kekejaman Israel terhadap Palestin, namun negara-negara besar masih tidak dapat melakukan apa-apa tindakan. Masyarakat dunia kini turut tertanya-tanya mengenai peranan beberapa pertubuhan yang dikatakan berkuasa dalam membuat sesuatu keputusan terhadap negara anggotanya, namun sehinggan hari ini PBB tidak melakukan sebarang mesyuarat pun untuk mendesak serangan terhadap Ghaza oleh pihak Israel dihentikan.Apakah peranan mereka? Apa fungsi yang dimainkan dalam membantu negara-negara anggota?. Oleh itu, peranan daripada seluruh masyarakat di dunia adalah salah satu senjata penting untuk menepis dan menghentikan kemelut di Ghaza.
Salah satu peranan yang perlu diambil adalah dari golongan para du’at ataupun para pendakwah yang berada di seluruh dunia. Para du’at berperanan untuk memberi kesedaran kepada umat supaya menentang penjajah dengan menjelaskan bahawa ianya dituntut oleh Islam dengan memberi contoh-contoh daripada sirah Nabi dan para sahabat juga daripada sejarah umat Islam seluruhnya. Mereka harus menerangkan pandangan Islam tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan penjajahan dan apakah persediaan dan peranan kita di dalam menangani masalah tersebut. Mereka perlu menerangkan kepentingan bantuan kewangan dan motivasi. Hal ini boleh dihuraikan lagi dengan cara menjelaskan ganjaran dan kedudukan infaq dan kepentingan mengerahkan segala tenaga, usaha, dan harta untuk membantu ahli keluarga kita di Ghaza sebagai usaha mendekatkan diri kepada Allah. Mereka harus menganggap bahawa semua itu adalah sebahagian daripada jihad dengan harta. Kita hendaklah menyeru dan memberi galakan kepada saudara-saudara kita yang lain supaya mereka sama-sama menyumbang di jalan Allah. Para du’at hendaklah menerangkan kepada umat tentang kepentingan sokongan dalaman bagi saudara-saudara kita di Palestin dengan membuktikan bahawa mereka bukanlah bersendiri di dalam memusuhi Yahudi, tetapi sebenarnya kita bersama dengan mereka. Ini semua dapat dilakukan dengan membantu mereka dengan menggunakan segala wasilah yang dimiliki berdasarkan kemampuan kita.



Tambahan lagi, Diketika ini juga kita mesti menggariskan untuk saudara-saudara kita umat Islam di seluruh dunia peranan amali bagi membantu saudara-saudara kita di Gaza seperti memboikot barangan, hasil, buatan Israel serta Amerika Syarikat.
Pemboikotan barang-barang yahudi dan Amerika. Ia merupakan satu contoh yang penting bagi jihad dengan harta yang wajib diambil berat dan tidak meringankannya. Kesannya melampaui walaupun mengambil masa yang lama semata-mata kemudaratan kepada ekonomi yahudi yang dikuatkan oleh yayasan-yayasan tersebut, malah ia juga menghidupkan kepercayaan diri di dalam umat Islam untuk membebaskan diri dari adat-adat barat di dalam pemakanan, minuman dan pakaian. Ia juga mendorong hasil-hasil negara dan umat Islam serta memberikan kepuasan.
Imam Hasan Al-Banna berkata di dalam kewajipan yang ke 21 daripada kewajipan al-akh : “Anda hendaklah menggunakan kekayaan umat Islam dengan cara menggalakkan sektor perusahaan dan prasarana ekonomi Islam. Anda hendaklah memastikan tiada satu senpun wang anda yang jatuh ke tangan bukan Islam dalam apa keadaan sekalipun. Anda hendaklah hanya memakai dan memakan hasil buatan negara Islam.”. Sudah maklum bahawa pemboikotan tersebut merupakan kewajipan syar’ie sepertimana yang telah difatwakan oleh ulama’.
Ulama Islam tersohor, Sheikh Yousef Al-Qardawi menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab umat Islam dari Maghribi hinggalah ke Indonesia untuk mempertahankan semenanjung Ghaza dan melindungi tanah-tanah Islam dari pihak musuh.
Peranan masyarakat dunia yang seterusnya adalah daripada golongan terdahulu seperti ibubapa, tenaga pendidik dan sebagainya. Mereka hendaklah menyampaikan kepada generasi anak-anak perkara sebenar tentang isu Palestin. Ia merupakan isu penaklukan dan penjajahan yahudi terhadap negara umat Islam. Ia merupakan pencabulan mereka yang zalim terhadap negara dan harta benda. Pembebasan tanah yang diberkati ini merupakan amanah yang berada pada tengkuk setiap umat Islam. Suatu kewajipan syar’ie yang akan dipersoalkan kepada setiap umat Islam.Sampaikan isu ini sehingga terbentuk sebuah generasi baru yang memahami dimensi dan hakikat sebenar isu Palestin. Berikanlah dorongan kepada para pelajar untuk membuat poster-poster dan majalah-majalah yang menerangkan tentang isu ini dan menerangkannya dari prospektif agama dan sejarah.




Sebagai pelajar yang semakin matang dan berfikiran logistik, terutamanya kepada para pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam mahupun Swasta, tidak kira Umat Islam ataupun bukan Islam, kita perlu menggariskan bahawa keganasan terhadap orang awam terutamanya wanita dan kanak-kanak adalah tindakan yang amat keji. Oleh itu, masyarakat mahasiswa di dunia juga mempunyai peranannya tersendiri.
Peranan utama mereka adalah dari segi persiapan kualiti yang berkualiti untuk cabaran masa depan. Tidak dinafikan bahawa kualiti menentukan kesempurnaan sesuatu perkara. Tidak ada gunanya dalam zaman serba moden ini kita hanya menjadi tempelan. Kita harus membuang stigma yang menyatakan bahawa umat Islam melayu tidak profesional, tidak berkualiti, kerja sambil lewa, tiada penyelidikan, kualiti subsidi, tiada kemahiran dan tidak mampu berdaya saing.
Seterusnya, mahasiswa mahupun mahasiswi di dunia hendakla mengambil langkah dalam mengasah kepimpinan, kemahiran dan kesusahawan dalam diri mereka. Dalam sejarah, pelajar-pelajar Mesir adalah merupakan pelopor kebangkitan Islam di Malaysia dan juga menyedarkan umat ketika itu menentang penjajahan. Semangat ingin membebaskan jiwa hamba kepada jiwa merdeka.
Akhir sekali, masyarakat mahasiwa dunia perlu lebih melihat keutamaan mengukuhkan umat. Kita harus meletakkan keutamaan dalam melihat perkara-perkara yang berlaku dalam umat melayu Islam di negara kita. Kita mesti mengutamakan persamaan yang boleh menyatukan kita. Mencari perbezaan memang mudah, dan mudah lagi mencari keburukan dan kesalahan. Namun mencari titik-titik persamaan yang menjadikan kita umat yang kuat adalah lebih mulia. Satu kajian yang dilakukan oeh Rand Corporation yang beroperasi Amerika Syarikat telah membahagikan umat Islam ini dengan berbagai kelompok. Pertama kelompok sekularis, fundamentalis, traditionalis dan modernis. Mereka akan menggunakan seluruh kuasa dan kewangan yang ada kan memastikan golongan modernis ini lebih diberikan perhatian dengan menyediakan peluang dan ruang atau dalam Bahasa Inggeris disebut “Platform” untuk mereka menyuarakan dan menyebarkan pandangan mereka di dalam dunia Islam. Bagi sekularis, mereka akan membantu mengikut keperluan yang bersesuaian. Mereka perlu disediakan institusi dan programs. Membantu tradisionalis dengan menyokong usaha-usaha dalaman yang boleh mengibangi fundamentalis. Inilah usaha-usaha yang dibuat oleh pihak barat, yang sedang dan akan berlaku. Sekiranya kita tidak memikirkan nasib untung umat, dan kita tidak beruapaya menahan perpecahan yang berlaku, jangan kita tangisi sekiranya kita nanti dumpamakan oleh hadis Rasulullah s.a,w seperti buih di lautan, banyak tetapi tiada makna.
Kita hidup di Malaysia dalam satu masyarakat yang majmuk. Keupayaan dan kebijakan kita menerima berbagai kaum dalam negara kita adalah satu kemahiran dan persefahaman yang bukan suatu yang mudah. Kita mesti mampu mengimbangi kelemahan kita dengan melakukan pembaikan yang berterusan. Kita mempunyai komitmen dan sentiasa membuat persediaan untuk mengisi kepimpinan yang akan datang dan membawa umat ke arah yang lebih cemerlang.

1 comment:

  1. hai..blog awak telah menolong sya myelamatkan sya..kerna tajuk ujian lisan sya bersesuian.thanx sgt2

    ReplyDelete