May 30, 2010

Inspirasi Si Pekan Lama.

roti canai untuk mula bicara.

Diam semua. Mata masih belum pejam lagi untuk ingat lupa sementara cerita indah dunia pekan lama. Kau orang tunggu apa ada sana? Pulang ke mari ke pekan lama. Banyak masa masih belum guna.

Apa cerita?

Dua kereta. Waja sama Kelisa. Gerak ke pekan lama untuk sama-sama menggila. Dulu kalau ada guna Unser. Macam pilihanraya kecil bunyi bising si kandang kambing. Menggila suara mula berkata. Senyum kambing, berjoget lambak semua nak mula upacara. Rasa macam nak raya kata si pondan tua.

Bukan apa. Si pekan lama hidup bila macha-macha antera jejak semula tempat bertapa, lepas geram dalam periksa, hidup riang bila bersama. Kau orang jangan risau, ini gila bukan gila hina, ini gila hanya gurau-gurau indah untuk gelak ketawa.

"mamak, teh ais 3, bandung manis 1, air kosong1, roti kosong susu..."

Ini mahu keluar masuk bilik kecil sampai berbaris dua kali. Mula si pondan tua buka cerita kisah hidup rawat pesakit. Gelak tawa sampai ke hujung dunia. Tak kisah apa kau orang nak kata, ini gelak bila dapat jumpa. Bakal jurutera komputer tak habis-habis mengambil tax. Roti canai ini cerita dua kali habis. Memang gila punya perut. Kenyang perut pulang untuk hadap hari esok untuk melihat hari indah kakak Si dagu.

Tak habis-habis cerita jiwang, letak lagu macam putus cinta putus harapan. Ini cerita mukabuku yang rambut lepas kena seterika. Bukan gua! Itu adalah Si pondan sakit.

Tapi suatu hari nanti, bila gua rasa, kau orang kita semua bila jumpa masing-masing ada yang punya. Mesti ada sampai yang bawa anak. Kelakar bila gua bayangkan.

Gua punya cerita indah macam mana?
*senyum...
Kau orang tunggu, lihat, dan tanya sama hati. Gua tak boleh cakap sebab hati yang boleh bilang. Ini cerita pekan lama, belum habis masih panjang.

Mata sudah layu, gua tidur dulu!


2 comments:

  1. mesti seronok sgt bila masing2 dh ada pasangan nanti! siap bwk anak2 bagai kan. hehe.

    ReplyDelete
  2. hahaha pojan bawak anak...jap2 aku imagine how it will going? naik vespa la viva...

    woots woots! hahaha :D

    ReplyDelete