May 29, 2010

Hati.Ke.Akal.Kembali.Ke.Hati.

Bulb Exposure.

10 tahun yang lepas,

Kau orang kalau pasal tengok budak perempuan masuk kelas tuition nombor satu. Datang awal, pakai smart, baju masuk dalam, minyak rambut setengah botol kau orang guna, sikat rambut kasi nampak kilat. Lepas tu kau orang bersandar dekat pintu sambil tunggu cinta monyet kau orang. Cinta masuk kelas buat tak tahu. Sedih punya cerita. Aku gelak sakan tengok kau orang.

Mula tulis surat, kau orang cakap kau orang sedih.
Ini orang sudah gila. Baru darjah berapa?

Sekarang, umur 21.

Aku masih tak jumpa kau orang semua. Lama. Tapi bila tengok dekat mukabuku kau orang, macam-macam dah jadi. Kau orang ada yang sudah kahwin walau still belajar, kau orang sudah mahu bertunang, tinggal berapa orang yang bujang?

Aku seronok bila tengok semua kawan-kawan aku. Lama tak jumpa wahai si kawan lama. Kau orang masing-masing ada yang istimewa.

Jangan tanya aku.

*tarik nafas panjang-panjang...

Aku sedang menghayati hidup, menghayati manusia. Sekarang, mimpi si "malaikat" masih ke udara.

Tapi jangan lupa, hidup bukan senang. Apa yang dikejar belum terkejar. Tenang. Aku mahu apa yang aku mahu. Itu bukan senang. Ini yang aku mahu. Hidup belajar di negara orang bersama "malaikat". Itu kalau aku mampu.

Hari ini, aku senyum, walau gigi sakit bagai nak gila. Senyum aku sentiasa ada. Orang tanya, kau sudah ada?
Aku jawab dengan senang. Sentiasa dalam hati.
Siapa?
Tanya sama hati.

Jangan kutuk orang dalam hati ada taman. Usman Awang pernah juga bercinta. Lagi jiwang dari yang kau orang ingatkan.

" Kekasih, hitunglah mimpi yang membunuh realiti dengan syurga ilusi..." - Usman Awang.

Sekali sekala bukan selalu. Berapa lama aku diam, lihat kau orang pegang tangan aku senyum, tapi bila lihat kau orang keluar air mata aku rasa macam dunia masih lagi belum aku jumpa. Bukan senang kalau bukan tenang. Apa kau orang rasa?

Belum berani main sama hati. Duduk, menung, senyum, sedar terus hilang. Tapi sedih bila baca surat khabar, tengok berita kau orang ada yang terseksa. Bila kau orang mahu sedar? Waktu muda kau orang salahkan. Itu kau orang bangga-banggakan?

Buat macam aku kau orang rasa senang. Mungkin tak tenang tapi syukur kau orang rasakan.
Macam mana?
Aku diam. Biar letak "malaikat" cantik berseri dalam hati. Lihat sana untuk ke sini. Jangan ada yang lain untuk yang lain. nanti kau orang yang makan diri. Kau orang sujud doa pada Ilahi.
Kalau tidak dibalas?
Apa kau orang iri hati. Biar letak di dalam hati. Sampai bila kau orang nak macam ini. Hidup macam kanak-kanak main lari-lari. Tak dapat tangkap kau orang menangis bawa diri. Jangan. Bukan kau orang boleh tengok hari esok. Kau orang doa biar elok.

Ini bukan cerita soal hati. Aku cuma menghayati kehidupan. Untuk jadi yang lebih baik buat masa hadapan.


6 comments:

  1. HAHAHA thanks. i love kosa kata indah. ingin menjadi penulis dan juga politician mungkin suatu hari nnt.

    ReplyDelete
  2. dalam hati sudah ada taman
    tapi masih ada bola baliknya sukar bila berteman.
    tadah tangan untuk yang hakiki dan kekal abadi.

    ReplyDelete
  3. anonymous, siapakah wahai gerangan? tepat wahai teman. sekadar tadah tangan usaha di kerah untuk masa hadapan, moga indah dunia dan harapan. jangan tersilap utk selamanya.

    ReplyDelete
  4. I just lovee ur writing! keep it up, dude :)

    ReplyDelete