Mar 9, 2009

satu.malam.ke.satu.cerita.lama.

satu malam yang indah.tiada gangguan dari langit.bulan yg terang lagi bulat.

"shag, jom lepak kat kedai botak, bley shisha". saudara mujahid memperlawa saya.

apa lagi yg saya tunggu? "jom".
dengan kaki yg lebih kurang boleh dan tidak boleh berjalan. saya tetap berjalan dengan kaki yg sgt sakit akibat jatuh di gelanggang bola keranjang serta bilik air.

nasi goreng amerika saya pesan.hahaha.menu untuk mujahid, nasi goreng ayam.
melantak bagaikan sang singa tidak pernah berjumpa dengan rusa.

selesai makan, datanglah seorang gigolo yg kacak selepas berdating bersama teman beliau. kemudian, tukang urut umah setinggan pula yg datang utk makan setelah bermimpi dilamun sakit kepala.

shisha menjadi teman bicara di mlm hari.

gigolo-gigolo yg kacak tersebut berbicara tentang zaman-zaman muda. zaman-zaman dimana kami mengkaji apakah itu maksud asap yg disedut, ceritera cik hussein, benda-benda yg membuatkan manusia khayal dimamah asap.

sedang rancak seperti rancaknya lagu pop yeh yeh, seorang gigolo kecil menyerah diri. hahaha. "kacik la tu". perkataan utk mlm ini.
kepala mujahid fi sabilillah sudah penuh dirasuk rasa grape bercampur mint. apa yg saya maksudkan shisha. pembelajarannya terhadap pembentukan huruf "O" tergendala.

sambung cerita, 3 gigolo mahal ini terus berbicara tentang zaman-zaman persekolahan mereka. enak-enak dibuai rasa rindu pada zaman sekolah, kami bualkan tentang kepayahan hidup manusia yg ingin dirinya diterbangkan ke negeri org untuk menuntut ilmu. kami titipkan perbincangan kami dengan isu-isu semasa. meriah sungguh waktu itu.

jam 1238 tgh mlm.
masing-masing sudah berkhayal tentang dunia khayalan masa mereka.










berganjak dari situ.wang ringgit bewarna hijau dianggap warna biru.
mengapa?










akibat shisha yg memerah otak gigolo-gigolo kacak tersebut.










sebenarnya.









mereka kacik.padan muka~




-shaggy-

No comments:

Post a Comment