Mar 9, 2009

PPSMI.relevan.tak.relevan?

Kerajaan mestilah belajar dari pengalaman. Dalam tahun 60-an Kerajaan telah “mengusir” keluar tulisan jawi daripada bilik darjah. Akibatnya 40 tahun kemudian akhbar tulisan jawi menjadi tidak lagi berdaya maju, menjadi sisipan saja kepada akhbar tulisan rumi. Sekarang kerajaan sekali lagi “mengusir” keluar bahasa Melayu daripada bilik darjah “sains dan teknologi”. Kemungkinan besar 40 tahun lagi akhbar berbahasa Melayu tidak akan berdaya maju dan akan menjadi sisipan saja kepada akhbar Inggeris dan Mandarin. Pada waktu itu bahasa Melayu bukan lagi bahasa ilmu dan budaya tinggi. Sejarah akan mendera kita lagi.

kenapa terjadi?

beberapa pendapat termasuklah diri saya boleh mengatakan kita belum cukup bersedia untuk proses ini.

mengapa?

cuba kita lihat negara-negara maju yg lain seperti jepun, perancis dan etc.
mengapa mereka tidak mengagungkan Bahasa Inggeris. kalau mahu dibandingkan, teknologi mereka lebih maju.

apa yg saya lihat. pembelajaran dalam bahasa inggeris tidak memberi masalah kepada sesetengah pihak.
tindakan mengkaji proses pembelajaran, masalah yg dihadapi oleh pelajar luar bandar dan bandar perlu diambil.
apa yg saya maksudkan, sesetengah pelajar luar bandar kemungkinan besar mengalami kesukaran dari segi bahasa inggeris manakala sesetengah pelajar luar bandar mungkin tidak mengalami kesukaran tersebut malahan mereka berkemungkinan mengambil mudah tentang hal ini.

cuba anda bayangkan.

mengambil contoh pelajar tahun 6. tahun sebelumnya pembelajaran sains dan matematik diajar dalam bahasa melayu. jadi, apabila memasuki tahun peperiksaaan, kejutan yg besar buat mereka.

apa yg mereka akan lakukan?

mungkin mereka putus asa. mungkin tiada seorang pun calon-calon utk mendapat keputusan yg cemerlang meraih kejayaan.

fikirkan.

kebaikan terletak disitu. jika kita inginkan PPSMI ini berjaya. kita mula dari peringkat bawah. jangan terus ambil tindakan drastik. semua pihak terkejut. mungkin kita boleh mula dari peringkat pertama. contohnya, PPSMI dilaksanakan di peringkat pra-sekolah. kemudian, tahun berikutnya pelajar tahun satu. kemudian tahun berikutnya. jadi, perkara ini mungkin lebih membantu. itu pandangan saya.

kita jadikan contoh yg ada pada masa dahulu utk kebaikan generasi yg ada sekarang. jangan hanya mahu maju ke hadapan tanpa menghirau keadaan sekeliling. kehidupan maju tetapi masyarakat mundur bukanlah suatu yg membanggakan.

renungkan.

jangan biar walaupun seorang ketinggalan dalam suatu perlumbaan walaupun akhirnya kita kalah. apa yang kita perlukan, hanya kemenanagan bersama utk maju selamanya.









-shaggy-

2 comments:

  1. pe yg saye ingin ckp kat sini is sy stuju dengan awk...
    x relevan..

    ReplyDelete
  2. saya kate releven..

    ReplyDelete