Aug 21, 2010

Bila Mereka Bersuara, Terus Memijak Kepala.

pejuang terus berjuang.

Kau orang gua boleh bilang macam orang gila cari bala sama dunia. Kau orang gua boleh kata hidup kau orang tak lama. Kau orang gua boleh bilang hantu dunia minta malapetaka.

Apa dia kau orang mahu?

Kau orang hina agama macam bakar sampah tepi jalan. Tak ingat ini dunia bukan kau orang punya. Gua tak pernah bagi peluang satu kali untuk bangsa kau orang pijak muka, tapi yang gua bagi hanya belas kasihan untuk kau orang duduk atas tanah pusaka. Ini bukan anak melayu yang suka terburu-buru, tapi kau orang sudah main-main sama agama. Gua hormat satu-persatu tapi kau orang ludah atas tanah melayu.

Khutbah Jumaat kau orang hina-hinakan. Asma' Allah kau orang mainkan. Kau orang jangan fikir kau orang dapat tempias dari apa yang kau orang minta. Kau orang sudah pijak kepala.

ini hero malaya.

Gua bukan superhero yang boleh terbang, angkat barang, melekat di dinding bangunan. Biar tipu belaka semua yang terkhalusinasi, jangan disangka ada yang tidak membenci. Gua mungkin hanya menyepi tapi hati membara bagai api. Kau orang tunggu suatu hari nanti, kau orang jilat semula apa yang kau orang caci. Ini bukan anak melayu yang untuk dimaki, ini anak melayu beragama Islam yang kau orang akan melutut suatu hari nanti.

Aug 20, 2010

Cari Dan Terus Mencari

Mencari apa yang dicari tiada halangan untuk mereka yang mencari apa yang dicari. Bayangan yang terbayang diruang fikiran tidak pernah ditinggalkan. Gua rasa mereka mahukan kepuasan untuk apa yang mereka tahan.

Bazar Ramdhan Alor Gajah, 2010.

Inilah kepuasan mereka setelah selesai semua perkara. Menanti masa yang dinanti. Tidak peduli apa yang orang lain cari. Dan dunia yang besar menjadi sekecil seperti sebutir pasir pantai. Mereka bertemu sesama sendiri. Bertegur mungkin untuk yang terakhir kali, mungkin juga untuk yang pertama kali dan mungkin untuk merapatkan silaturrahim yang mungkin tidak mereka ketahui. Bulan yang penuh dengan rahmat, mencari hakiki yang yang tidak terperi.
Sungguh cantik warna-warna yang menarik.

donut Alor Gajah

Memang indah Ramadhan yang penuh rahmat. Gua mencari kebahagiaan yang hakiki. Tapi ada satu air mata yang jatuh ke bumi. Menarik perhatian tapi tidak dikongsi. Tidak pernah mati dalam sejarah dari gua lahir ke muka bumi. Apa yang dirancang mungkin hanya dikurangkan tetapi tidak berhenti-henti. Kadar kemiskinan yang masih ada lagi.

tersembunyi air mata hati

Mencari apa yang kau orang cari. Si kecil yang gua rasa masih ada hati, si kecil yang hati jiwanya besar, mungkin ini si kecil yang patut kau orang contohi. Air mata hati yang berkumpul di kelopak mata gua tadahi dengan doa. Supaya mereka tidak terus begini. Kebahagiaan yang terus dicari mungkin tidak secukup apa yang kau orang nikmati. Biar sedikit tetapi mungkin cukup sempurna walaupun tidak sebesar mana. Doa kau orang yang mengiringi mungkin diterima suatu hari. Apa yang kau orang lihat, kau orang hanya lihat dan terus melihat. Ini bukan yang kau orang mampu buat, mungkin kau orang mampu berkhidmat. Lalu gua capai nota biru bercetak biru, gua hulur untuk membantu. Biar sedikit tapi itu yang gua mampu. Anak melayu ini tidak lagi sanggup utk apa yang dilihat, tidak lagi sanggup untuk apa yang tersirat. Ada perkara yang masih belum selesai.

Aug 15, 2010

Bulan Bukan Untuk Dijamah

bila kamu datang
dalam malam berbayang-bayang
aku khuatir mana satu yang terang
bila kamu datang
dalam malam tanpa bintang
aku khuatir cinta aku sekadar di lidah tanpa tulang
bila kamu datang
dalam malam mimpi-mimpi seram
aku khuatir benarkah aku hanya untuk kamu seorang
bila kamu datang
dalam malam yang penuh mimpi-mimpi indah
aku lebih suka jika aku hanya mahu berjaga kerana ingin terus kekal menatap kamu sahaja
bila kamu datang
dalam malam yang penuh bintang-bintang
aku lebih suka jika aku jujur menolak mereka kerana kamu ada bersama
bila kamu datang
dalam malam gelita tanpa cahaya
aku lebih suka kerana kita bersama-sama meredah dunia mencari cahaya


bila kamu sudah mahu hatang, panggil sahaja namaku..pasti aku senang

dan bunga, bila kamu datang, kamulah yang aku tunggu-tunggu, kamulah yang sering aku bawa
kemana-mana, kamulah yang aku ceritakan
aku cuma insan yang berbisik pada bayang-bayang aku sendiri
memperbaiki diri dari hari ke hari...

Aug 13, 2010

Pagi Jumaat Ceria.

Lampu meja tutup, meja belajar kosong dari kertas yang selalu penuh di atasnya, bekas alat tulis ditutup rapi. Hari ini gua pulang ke syurga. Muka ceria hati gembira rasa bahagia. Sahur tak seberapa, mee goreng telur mata tapi cukup untuk menahan lapar puasa syukur atas rezeki yang gua terima.

Ini mereka punya kerja.

Tidur bukan untuk dunia tapi untuk rehat sekejap sahaja. Tapi hari gua bangun lambat dari biasa, masih sempat bersahur.

Jumaat.

Penghulu segala hari yang kau orang memang suka bila hari ini tamat untuk segala kerja. Kau orang boleh mimpi si laila misteri dalam tidur yang enak sekali. Tapi Ramadhan yang gua nanti bukan sekadar untuk tidur semata. Hanya keikhlasan dari hati. Mencari pahala dari Ilahi. Hari semakin dewasa, hati semakin mencari keagungan Ilahi.

Gua ingin berdialog senja dengan rasa, tapi hati berkias dengan bahasa. Lihat langit, malaikat berpusus-pusu menuju ke arah manusia, bertemu mereka yang mencari pahala daripada-Nya.

Teringat karya-karya rasa dari nama juang muntahdarah. Pejuang bersama yang gua rasa beliau masih ada darah pengkarya dunia.

Ketika sedang berkarya.

damai sahaja suasana senja
pintu neraka tertutup serapat-rapat sifatnya
menjelang tiba bulan paling bermakna
lihat sahaja langit
surga luas terbuka melepaskan awan-awan firdausinya
malaikat-malaikat turun seperti titisan-titisan hujan
terbias zat-zat cahaya mereka menjadi pelangi indah semesta
meraikan menjelangnya rahmat agung teristimewa
seperti tidak terhitung bintang-bintang di angkasa
terangi ghelap raya jiwa-jiwa setiap satu manusia
rezekinya pasti dirasai bagi mereka yang sabar berusaha
lihat langit yang damai sahaja
setan-setan mengikat diri dengan sifat-sifat kedengkian mereka sekadar melihat sahaja kedamaian dan kerahmatan istimewa
nafsu sahaja kekal setia bersama mereka
dan itulah peperangan sebenar manusia
itulah yang harus diwaspada
jangan sesekali gentar kerana malaikat-malaikat surga sudah ada bersama-sama

Bukan sekadar berbicara, tapi tersentak hati gua, seperti Chairil Anwar, meninggalkan karya-karya agungnya untuk dijadikan bahan berbahasa anak-anak Malaya. Gua salah satu darinya. Cuma gua masih belajar untuk berbahasa seperti apa yang dirasa.

Jumaat hari ceria. Karya gua masih belum cukup untuk dirasa semua. Mungkin masih banyak yang perlu gua betulkan. Yang penting untuk hari ini, gua dapat bersantap mesra dengan keluarga tersayang. Buat bunga, mungkin ada esok yang menanti kita untuk santapan Ramadhan bersama. Jangan risau wahai bunga, tidak pernah dilupa walau sedetik tidak bersama. Hanya masa yang dicari tidak muncul lagi. Bersamanya, aku bahagia.

Aug 10, 2010

Tahan Semua Benda.


Ramadhan. Gua masih ingat bila mana gua masa kecik muntah-muntah semata-mata nak tahan puasa punya pasal. Lalu. mengalir air mata gua sebab puasa nak datang lagi. BUkan menitis kesedihan tapi menangis kegembiraa, kesyukuram. Gua harap puasa kali penuh makna bersamanya. Amiin...

Aug 7, 2010

Duduk Diam Tunggu

Diam. Duduk. Tunggu. Cerita masa hari lahir gua belum gua post.

Aug 5, 2010

Satu Hari Punya Gembira

Bunyi alarm bagai nak gila. Gua tengok macam kelas gua dah nak mula. Lepas subuh gua tidur balik, dapat penangan bangun tidur lambat. Macam orang gila cari makanan dalam tong sampah punya kelam kabut.

Masa depan gua kena kejar. Kalau gua biar macam mana anak melayu yang sebaya yang umur bawah gua nak ikut. Apa kau orang nak kata gua tak peduli. Ini satu hari gua punya story. Sampai kelas, gua tengok satu kasut pun tak ada. Gua telefon sana telefon sini, dia orang kata kelas batal. Mahu tak mahu gua balik jalan kaki. Kau orang tengok apa nak jadi. Dulu kalau gua punya classmate orang cina satu sen haram pun dia orang tak kedekut nak bagitahu kelas ada atau tak ada. Bukan gua nak bangga kaum lain lagi sempurna cuma gua nak kasi kau orang anak melayu luar sana.

Gua balik siapkan design banner untuk seminar. Transport tak ada tapi gua ikhtiar. Dapat kereta gua siapkan semua kerja. Selesai satu cerita.

Sampai hostel gua masuk kerja. Gua kerja dekat kafe asrama, part-time. Buat waffle sama jagung stim. Kau orang makan mesti nak banyak kali lagi. Masa gua tak buang dengan kerja sia-sia. Gua tak kisah kau orang nak cakap apa. Kau orang kutuk gua mamat waffle pun gua tak kisah janji gua tak pakai kaca mata hitam pergi kelas. Orang gila. Gua cari pendapatan untuk disimpan.

Malam. Gua masuk mesyuarat tahunan. Kelab Media & Fotografi. Tak tahu apa gua dapat pegang Naib Presiden. seronok sebab gua boleh dapat hostel lagi tambah nanti aktiviti bawak junior pergi street photography tambah macam-macam lagi. Itu memang minat gua. Tapi satu benda gua respect, budak perempuan calon nama sendiri. Gua bangun gua tepuk. Budak lain tengok-tengok, kutuk-kutuk. Dia berani, kau orang lelaki, apa dah jadi? Bukan publisiti. Dia pandai ambil kesempatan.

Budak lain pakat kutuk setempat. Kau orang dengki cakap dengki. Ini anak melayu memang lupa diri. Bangsa kau orang mana nak cari kalau kau orang kutuk maki. Gua punya cerita gembira sebenarnya ada banyak tapi gembira jadi sakit hati tengok kau orang punya interaksi.

Aug 4, 2010

Saya Tersenyum


Malam. Bulan terang, memamng menarik bila keluar cari ilham karya gua. "GUA"? bukan bahasa yang sahaja gua guna untuk bercakap cara biasa bila berada di khalayak, cuma penyampaian yang dalam karya tulisan.

Gua ter menung satu malam. Lihat bulan bintang terang. Gua suka suasana malam yang gua rasa dah dekat untuk kau orang rasa sama macam gua. Bulan, tahun baru nak datang.

Sambil gua goreng gitar, tulis karya satera yang memang gua minat. Satu perkataan yang gua tiba-tiba katakan. "indahnya". maka perkataan itu yang buat gua tersenyum. Perkataan yang gua tujukan untuk semua perkara indah pada hari itu.

Hari indah, kamu indah.

Kamu, indah berseri-seri. Hari, sunyi sepi bulan terang nyaman tenang. Gua suka suasana ini. Menitis air mata jatuh ke bumi, Ramadhan bakal menjelma lagi. Tadah tangan gua panjatkan, semoga Ramadhan ini membawa berkat untuk ilmu yang gua sentiasa cari.

Hasil karya malam agung aku titipkan di sini.

Malam
Bulan terang dan bintang di sisi
Mencari hari yang datang
Membawa haluan yang tersiri
Berbunyi wahai sang malam
Bersiul untuk masa yang dicari
Lalu...
Aku lihat warna ungu yang indah
Yang menenangkan hati
Menjadikan malam lebih cerah dan berbicara lagi
Embun yang jatuh ke lantai bumi
membawa seribu satu makna untuk akar yang menanti
Aku rindu...
Pada Ramadhan yang akan datang lagi
Aku juga rindu...
Pada bunga ungu yang selama ini aku cari...

Maka malam masih menyepi
Terus bersiul unggas hutan berbunyi
Tapi malam bukan hanya sekali
Aku tersenyum untuk malam yang aku cari
Seribu satu malam yang aku nanti...

Aug 1, 2010

Sesi Meja Study.



Ini sesi meja study. Itu buku-buku tambah assignment yang gua dah dapat. Tapi gua tak kisah semua benda. Gua sudah sedia. Mari study sampai lentok. Ini semester gua kasi dekan tunduk!

Sudah bulan Ogos!

Gua kena tanam satu azam dalam bulan keramat ini.

Gua tengah fikir. Kau orang tunggu.

Gua tengok gambar yang jadi gambar dinding laptop sama iPhone gua ini agak menarik. Sudah sudah! buat kerja masing-masing. Study study.