May 31, 2010

Pekara.Masih.Belum.Selesai.

Few of my collection.

Suatu hari.

Seperti mereka.

Untuk yang tercinta.

Berpijak di bumi nyata.

Impian.

p/s : I was attracted to this sentence. "I need to rethink about chinese businesses practices and their effect on the malays..." - Che Det


Tari.Gendang.Pejuang.Melayu.Ke.Hadapan.

Bunga Raya.

Jika 53 tahun yang lalu, Pemimpin pertama melaung agungkan kemerdekaan. Rakyat sambut dengan tangisan kegembiraan, meraikan sama kebebasan.

Aku masih mencari naskah lama untuk dirujuk. Satu rencana sesuai untuk dipujuk.

" Bumi dan langit Malaysia menjanjikan tapak kukuh dan langit cerah untuk setiapwarga dapat hidup bersatu dengan penuh muafakat..." - Tun Abdullah, 2007.

Janji dahulu yang kau orang anggap slogan, tapi hari ini aku anggap mungkin sebagai perjuangan dan tanggungjawab. Adakah untuk keadilan dan kesaksamaan? Adakah prinsip bijak demokrasi dan bijak menguruskan negara masih lagi kau orang perlukan?

Mungkin ya dan mungkin tidak.

Perjuangan orang lama tidak membataskan apa-apa. Kau orang lihat sama Tunku Abdul Rahman, memandang untuk berjuang berpuluh tahun ke depan. Aku tak penat untuk bersama kau orang yang masih sayangkan diri kau orang, masih sayangkan bangsa kau orang sendiri.

Sejarah adalah saksi kepimpinan kau orang teraju perjuangan.

Setiap kali aku menulis, Aku titipkan kata indah untuk kau orang renungkan. Masih sayangkah kau orang pada bangsa?

Jangan sesekali penat. Ingat.

1 Little Of Tears.

It shows me how I feel now. Full of sadness.

May 30, 2010

Inspirasi Si Pekan Lama.

roti canai untuk mula bicara.

Diam semua. Mata masih belum pejam lagi untuk ingat lupa sementara cerita indah dunia pekan lama. Kau orang tunggu apa ada sana? Pulang ke mari ke pekan lama. Banyak masa masih belum guna.

Apa cerita?

Dua kereta. Waja sama Kelisa. Gerak ke pekan lama untuk sama-sama menggila. Dulu kalau ada guna Unser. Macam pilihanraya kecil bunyi bising si kandang kambing. Menggila suara mula berkata. Senyum kambing, berjoget lambak semua nak mula upacara. Rasa macam nak raya kata si pondan tua.

Bukan apa. Si pekan lama hidup bila macha-macha antera jejak semula tempat bertapa, lepas geram dalam periksa, hidup riang bila bersama. Kau orang jangan risau, ini gila bukan gila hina, ini gila hanya gurau-gurau indah untuk gelak ketawa.

"mamak, teh ais 3, bandung manis 1, air kosong1, roti kosong susu..."

Ini mahu keluar masuk bilik kecil sampai berbaris dua kali. Mula si pondan tua buka cerita kisah hidup rawat pesakit. Gelak tawa sampai ke hujung dunia. Tak kisah apa kau orang nak kata, ini gelak bila dapat jumpa. Bakal jurutera komputer tak habis-habis mengambil tax. Roti canai ini cerita dua kali habis. Memang gila punya perut. Kenyang perut pulang untuk hadap hari esok untuk melihat hari indah kakak Si dagu.

Tak habis-habis cerita jiwang, letak lagu macam putus cinta putus harapan. Ini cerita mukabuku yang rambut lepas kena seterika. Bukan gua! Itu adalah Si pondan sakit.

Tapi suatu hari nanti, bila gua rasa, kau orang kita semua bila jumpa masing-masing ada yang punya. Mesti ada sampai yang bawa anak. Kelakar bila gua bayangkan.

Gua punya cerita indah macam mana?
*senyum...
Kau orang tunggu, lihat, dan tanya sama hati. Gua tak boleh cakap sebab hati yang boleh bilang. Ini cerita pekan lama, belum habis masih panjang.

Mata sudah layu, gua tidur dulu!


May 29, 2010

Hati.Ke.Akal.Kembali.Ke.Hati.

Bulb Exposure.

10 tahun yang lepas,

Kau orang kalau pasal tengok budak perempuan masuk kelas tuition nombor satu. Datang awal, pakai smart, baju masuk dalam, minyak rambut setengah botol kau orang guna, sikat rambut kasi nampak kilat. Lepas tu kau orang bersandar dekat pintu sambil tunggu cinta monyet kau orang. Cinta masuk kelas buat tak tahu. Sedih punya cerita. Aku gelak sakan tengok kau orang.

Mula tulis surat, kau orang cakap kau orang sedih.
Ini orang sudah gila. Baru darjah berapa?

Sekarang, umur 21.

Aku masih tak jumpa kau orang semua. Lama. Tapi bila tengok dekat mukabuku kau orang, macam-macam dah jadi. Kau orang ada yang sudah kahwin walau still belajar, kau orang sudah mahu bertunang, tinggal berapa orang yang bujang?

Aku seronok bila tengok semua kawan-kawan aku. Lama tak jumpa wahai si kawan lama. Kau orang masing-masing ada yang istimewa.

Jangan tanya aku.

*tarik nafas panjang-panjang...

Aku sedang menghayati hidup, menghayati manusia. Sekarang, mimpi si "malaikat" masih ke udara.

Tapi jangan lupa, hidup bukan senang. Apa yang dikejar belum terkejar. Tenang. Aku mahu apa yang aku mahu. Itu bukan senang. Ini yang aku mahu. Hidup belajar di negara orang bersama "malaikat". Itu kalau aku mampu.

Hari ini, aku senyum, walau gigi sakit bagai nak gila. Senyum aku sentiasa ada. Orang tanya, kau sudah ada?
Aku jawab dengan senang. Sentiasa dalam hati.
Siapa?
Tanya sama hati.

Jangan kutuk orang dalam hati ada taman. Usman Awang pernah juga bercinta. Lagi jiwang dari yang kau orang ingatkan.

" Kekasih, hitunglah mimpi yang membunuh realiti dengan syurga ilusi..." - Usman Awang.

Sekali sekala bukan selalu. Berapa lama aku diam, lihat kau orang pegang tangan aku senyum, tapi bila lihat kau orang keluar air mata aku rasa macam dunia masih lagi belum aku jumpa. Bukan senang kalau bukan tenang. Apa kau orang rasa?

Belum berani main sama hati. Duduk, menung, senyum, sedar terus hilang. Tapi sedih bila baca surat khabar, tengok berita kau orang ada yang terseksa. Bila kau orang mahu sedar? Waktu muda kau orang salahkan. Itu kau orang bangga-banggakan?

Buat macam aku kau orang rasa senang. Mungkin tak tenang tapi syukur kau orang rasakan.
Macam mana?
Aku diam. Biar letak "malaikat" cantik berseri dalam hati. Lihat sana untuk ke sini. Jangan ada yang lain untuk yang lain. nanti kau orang yang makan diri. Kau orang sujud doa pada Ilahi.
Kalau tidak dibalas?
Apa kau orang iri hati. Biar letak di dalam hati. Sampai bila kau orang nak macam ini. Hidup macam kanak-kanak main lari-lari. Tak dapat tangkap kau orang menangis bawa diri. Jangan. Bukan kau orang boleh tengok hari esok. Kau orang doa biar elok.

Ini bukan cerita soal hati. Aku cuma menghayati kehidupan. Untuk jadi yang lebih baik buat masa hadapan.


May 28, 2010

Si Kanan.lawan.Si Kiri.lawan Si Hati.

Purple Rose.

Kanan : Kau suka?
Kiri : Kau tak tahu lagi kan?
Kanan : Tahu apa?
Kiri : Kau sibuklah! Dia suka?
Kanan : Kau rasa?
Kiri : Kenapa pulak? Dia tak suka ke?
Kanan : Entah. Hati tahu kut!
Kiri : Entah entah tak suka! hati ya atau tidak?

Hati : Mungkin ya, mungkin tidak! yang penting senyum selalu!

Kanan & Kiri : ???


May 27, 2010

"...Malaikat..."

malaikat.


Saya ingin mimpi. mimpi malaikat.
Buat saya senyum. Kerana itu malaikat mimpi saya yang cantik.

May 25, 2010

Ini Melayu Punya Cerita.

Keris Melayu Jawa

Satu petang, sambil menghirup teh yang ibunda tercinta bancuh, melihat surat khabar lama yang terbiar. Tertarik satu rencana ; Lupa pengorbanan Melayu jejas hubungan kaum.

Apa kata hati?
Ini Melayu punya cerita. Satu tarikh yang kalau kau orang ingat lagi dalam buku tingkatan 5 bab 8 kalau tak silap, Pembangunan & Perpaduan, 13 Mei 1969. Jangan lupa kisah silam dan hitam. Kaum huru-hara, negara jadi gila, darurat mereka buat terus PM pertama letak jawatan.

Ini kisah terus ada hikmah bila Dasar Ekonomi Baru (DEB) jadi hero untuk masalah ini. Dua peluru cukup untuk selamatkan masa depan. Biar betul?

Peluru 1 : basmi orang miskin tak kira kaum.
Peluru 2 : masyarakat kena struktur semula.

Satu nama hero malaya kau orang jgn lupa, Tengku Razaleigh Hamzah. Bukan untuk perkauman tapi untuk agihan sama rata.

DEB punya cerita, kita selalu kena. kau orang kuasa ekonomi kau orang suka maki. Orang sudah kasi kau orang tahu maki. Kau orang cakap ini melayu fikir kau punya orang sendiri. Kau orang ingat tanah ini tanah siapa? Ini tanah nama tanah melayu. Kau orang tak mahu kaji, selidik tapi kau orang herdik. Ini DEB mahu kasi sama rata, bukan untuk kau orang hina.

Bila satu frasa kata "rakyat kelas kedua", kau orang lagi dengki. Ini orang memnag tak guna. Kau orang patah balik pada yang lama.

Kata orang ini tapat sekali, politik isu kaum, keadaan huru hara.

Aku ingat lagi bila ada yang kata, kau orang suka atau tidak, ini melayu memang bangsa pribumi. Kami selalu beralah. Kami bagi hak kau orang pegang.

Aku?
Kau orang pegang bukan lama. Sekejap dah lesap.

Masih sedih kenapa?
Bangsa sendiri tak ingat diri. Mula bertahun jadi bertahun-tahun. Umur muda tapi tak guna, kau orang caci maki bangsa sendiri. Kau orang hina ibu bapa, kau orang buang anak, anak tak dosa, kau orang rompak rumah bangsa sendiri. Kau orang tak ingat susah bila masa orang lama jadi mangsa.

Sampai bila?
Nasib baik ada yang membela, kau orang lama jangan berduka. Ini manusia tak kira usia. Aku memang semangat gila, bila besar kita jumpa!

May 24, 2010

Jahat : Ini Bintang Tiga Punya Kerja!

Besi Buruk, Kereta Lama.

Kerja kutuk, maki orang, tak pasal-pasal orang lain kena. Ini bintang tiga punya line. Bila masa kita nak maju kalau kau orang asyik macam pondan tua layan pelanggan tak tengok orang. Kau orang macam besi buruk. Orang buang, orang tinggal, kau orang ingat ada yang nak kutip?

Komunis punya cerita. Kau orang mana kisah hati orang, perasaan orang. Dia sayang, tapi kau orang kutuk. Mana hati tak jadi gila.

Ini melayu tak guna. Maki orang tak tentu hala. Macam cerita cinta si monyet tua. Sudah tua matang tak ada. Bila orang mahu dia kau orang macam orang gagah protect bagai nak gila. Ini melayu jangan kasi makan, bila besar menyusahkan. Hidung besar macam babun liar.

Sayang bila jadi orang, jangan lupa hidup tak lama. Mati hanya sekali.

Hari ini, dan yang lepas post aku agak kurang siuman. Bukan marah orang tapi perasaan kesian pada si dia.

Mana adat melayu yang kau orang belajar masa darjah satu dulu?
Masuk kelas kau orang kasi salam sama cikgu, kau orang terima kasih, kau orang salam. Bila besar kau orang jadi haram. Bila kau orang nak fikir? Bila mahu maju? Kau orang tak sedar bangsa apa yang kau orang hina?

Itu bangsa kau orang juga.

Kau orang, orang besarkah?
Aku orang besar.
Cuma aku orang besar pada akal. Besar pada hati. Sebab aku sayang orang yang aku sayang. Doa aku untuk kegembiraan dia. Sabar, sabar dan sabar.
Kau orang?
Sayang kau orang? Bukan sayang itu fikiran kurang.

Pedas bagai masak asam pedas kau orang kena. Jangan ingat ini orang tak ada perasaan. Lain kali bagi salam, jangan terus kau orang hentam. Ini pengaruh keturunan. Kesian kau orang.

May 23, 2010

Senandung Anak Laut.

Kampung Nelayan, Pulau Redang.

"Burung camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak Laut China Selatan

Dalam mimpi berkata sang duyung
Wahai nelayan kau anak laut
Disini tempatmu disini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan ada balasannya

Mega mendung laut pun bergoncang
Nelayan tersentap bingung sesat haluan
Sang mentari terlindung pantai tak kelihatan
Tawakal jalan akhirnya

Dalam pondok kecil meratap rintihan
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil dia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan

Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini kau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang jangan kau lupakan..."

Terima Kasih Encik!

Pantai Cherating, Sunrise.

Kosa kata terbongkar, menggigil satu perasaan, maka bertanya pada diri, siapa dia, apa yang dimahukannya, kenapa?

Sakit di dalam, dibiar di luar.
Gua hanya diam terus menyumbat telinga bersama mp3 merah bercop Sony. Lagu turutan nombor 103, Let it be dari gitar rancak yang bukan asing lagi, The Beatles. Kemudian gua alih kepada lagu semangat, Hey jude juga dari kumpulan yg sama.

Apa yg gua rasa?

Gua hanya ada rasa sabar. Tapi tak tahu sampai bila.
Satu perkataan, DOA! Hanya pada-Nya.

Dugaan? Sabar sabar sabar. Ini dugaan. Seronok di kedai kopi melihat bola kena sepak ke sana sini. Gol dirai dengan rasa gembira. Tahniah Encik Mourinho! Berlagak hanya psycho. Piala kau yang punya.

Kau orang pelik apa? Ini orang tiada usul bicara. Serbu orang sana sini macam bola kena sepak. Sudah besar panjang hanya tahu serbu orang, sudah besar fikir panjang, lebih senang bukan?
Nasib baik gua sabar punya orang. Kau orang jadi makin bengang, gua gila pusing, guling macam gol kena jaring.


May 22, 2010

Buka Mata Luas, Tanya Sama Hati.

Langkawi, 2010

"Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang..."


Aku ingin mencuba untuk senyum lama.
Aku juga ingin try untuk berfikir lama.
Aku juga ingin cuba untuk menangis lama dan seterusnya kosa kata aku ingin cuba semua sekali.

Apa kata hati?
Hati kata sayang...Sayang sama siapa? Tanyalah hati.

Fikir kau orang fikir macam aku fikir.
Apa yang kau orang fikir?
Aku tengah fikir apa yang patut difikir.

Kau orang menangis siapa yang pujuk?
Aku tiada siapa yang pujuk. Kau orang ada dia. Aku belum ada.
Kenapa kau orang tanya?

Jangan suka tuduh macam semua orang.
Jangan suka benci tapi sayang pada orang.

Muka sama hitam tapi hati siapa tahu?
Air mata orang kau orang tidak tahu.
Kau orang tahu caci, maki, hina, cerca sama mereka.

Cuba kau orang rasa sayang. Mungkin kau orang dapat sayang. Jangan ada rasa benci. Nanti kau orang kena caci. Buka mata tanya hati.


May 18, 2010

Jalan-Jalan-Jalan

Lumut Sunset, 2010

Tak tahu apa nak buat, pusing sana untuk ke sini.
Gua jalan sana, jalan sini. Isi semua benda yang tak perlu di isi.
Ini cerita sgt boring.
Bila mereka mahu kembali?

May 17, 2010

Resah Awan Si Pekan Lama

Teluk Intan Si Pekan Lama, 2010.


Cerita mereka kembali semula. Masa depan dinanti lama.
Mari kembali wahai macha-macha. Hiburkan hati di Pekan Lama.

Usang.Menyala ; Selamat Hari Guru.

Selamat Hari Guru 2010


Ini suis. Nampak buruk, usang, kusut, serabut.
Tapi,
Walau usang mana, kalau dipetik. Lampu hidup terang menyala.

Selamat Hari Guru.

Misai Tebal, Kereta Putih.

Hero Malaya, Bukit Merah, 2009

Malam tadi sepintas lalu di kaki lima sebuah taman perumahan, ceritanya, kawan si tanduk dua menjalankan aktiviti mereka yang dianggap mengira untuk masa hadapan. sehelai 20 sen malaysia. Apa cerita? Nombor kira-kira punya result sudah keluar, duit lumayan, poket kosong jadi satu telaga.

Kenderaan gua pandu jadi slow, tertarik dengan kisah ibu si hitam dan anaknya yang sedang memegang kertas yang tebalnya bagai nak gila. Si pembeli apek cina, orang mereka, dan si pengira duit masa hadapan bukan Islam gua tak kisah.

Tapi, apa?

Dari jauh, kereta putih, atas ada lampu biru sama merah. Mati-mati gua ingat nak serbu mereka. Gembira bagai nak gila.

Tapi, lagi?

Misai tebal, abang john punya line siapa nak lawan. Kereta berhenti rupanya satu kaki membeli. Gua tak henti-henti mencarut. Kerja kasi orang takut, hari jumaat masjid disujud, hari raya kau orang sambut, apa punya melayu. Tua kutuk tak sedar diri, main nombor syaitan kau orang tak tahu nak mati.

Sambil dengar lagu Malique bersama Tun Mahathir gua fikir. Ini melayu tak guna. Sudah tua anak lima, main nombor sama-sama mereka.

Kau orang sudah gila. Mana tak layu kalau bukan mereka yang macam itu. Kau orang tunggu sampai gua jadi apa yang gua cari. Kau orang gua hantam dulu. Ini makan orang punya orang. Sedih kau orang semua sebab duit tak cukup tampunganak bini? Kau orang makan duit syaitan kasi, buat apa gua nak sedih. Cari rezeki baju segak, kasut kilat, kaca mata hitam lekat. Malam hari kau orang jadi buta tuli.

Kau orang tunggu Hero Malaya dah jadi diri. Tak sempat cakap kau orang sudah bisu diri.

May 16, 2010

A Heart To Heart



"Miles and miles of empty space in between us
The telephone can't take the place of your smile
But you know I won't be travelin' forever
It's cold out but hold out and do I like I do..."

May 15, 2010

Think it, Impress It!

Penang, May 2010

No one waits forever, fella. If you have feels inside that you can’t shake. if you can’t stop thinking about her, and you don’t think you’ll be able to sleep again until she knows the truth, then just tell her. Living with all of that bottled up inside forever is a terrible feeling, and you have to let it out.

If you don’t tell her…chances are, she’ll never know.


I've been forgotten where I read, maybe from the web or from the books. But I still remember the content of the statement. Yes it's true but now, I just want your opinion, what d'you think about it?

May 13, 2010

Propaganda Pesanan Ringkas : Jangan Baca


Ini kacak punya line ada dekat penang. Kau orang nak jumpa cari sana!

Ini cerita dengar samar waktu mahu perang dengan kertas exam. Bila kau orang tengok ada kawan, sahabat, rakan kau orang muka macam nak gigit jari sampai putus tekanan, kau orang cuba pergi dekat dia. Kau orang pesan macam ini ;-

Kawan, aku ada satu nasihat.

Banyak baca, banyak lupa.
Sikit baca, sikit lupa.
Tak baca, tak lupa.

Tapi bila kau orang bayangkan yang berkata adalah orang di atas?
gua cakap, lu fikirlah sendiri!

Kalau provokasi kau orang menjadi, gualah orang yang akan ziarah kau orang dekat hospital berdekatan. Ini cuma rekaan bila tekanan mencapai tahap yang telah diluluskan.

Jangan risau, exam sudah tamat!

B Untuk Bunga ; Bunga Untuk Dia



Cikgu : murid=murid, apa nama gambar di atas?

Murid 1 : B untuk Bunga, cikgu!
Murid 2 : Gambar Bunga, cikgu!
Murid 3 : Ini bunga, bunga ini untuk Dia. Saya suka bunga ini, cikgu!

Maka tranformasi malayneum dan secara logik akal serta extra-romantis tercetuslah satu kuntum bunga yang bernama chymara! Bunga ini untuk dia.
Sebab?
Bunga ini tiada nama? Bukan tiada tapi aku tak tahu.
Siapa tahu?
Kami tak tahu. Bunga chymara.

Bunga, siram hari-hari. Nanti jadi layu. Jangan jadi layu.
Kenapa?

Kalau bunga layu, tidak cantik lagi. Bunga oh bunga, jangan layu. Senyum selalu!

May 10, 2010

Konspirasi Plan Ter"jangok" ; Ini "Jangok" Punya Cerita



Gila punya orang jalan tengah malam!




Matahari baru nak timbul baru muncul! Tapi gua punya cara pemanduan memang kental sekali.



Penang Bridge pun belum bangun lagi ini time.



Ini kapitan punya line! Hero percutian kali ini.




Habis gua punya duit!



Hotel bentuk gitar. Ini hotel sebelah dia punya jiran.



Puas hati, memang cukup puas!



Huh! Kami semua available kecuali gua sebab gua punya gadis "diana danielle" ada dkt belakang. Hahaha acah mak labu!



Ini baru satu lauk. Ada lagi 5. Gua dari mcm Brad Pit jadi Kuman Kumin!



Ini kina. Penganjur besar ini program! Nasib baik jadi Penang. Kalau tak aku dah ketuk kepala kau!

Konspirasi "jangok" 1973. Ini plan gila. Hanya yang berkenaan boleh jadi gila bersama! nice!

Gua ingat dah sampai Pulau Redang tapi cari nahas kalau pergi sana sebab tak dapat makan free, main jetski free.

Lagu dalam kereta memang tepat sekali.

Radio - "Slumber-OAG"

Suara radhi memang layan habis sebab yang duduk seat belakang semua lentok. Mana tak lentok, masing-masing drive dari melaka bagai nak gila. Kau orang kalau nak gila memang dekat jalan raya, bukan dekat kelas. Plan "jangok", walk in check-in. Ini benda gua tak pernah buat. Musim cuti orang ramai tapi nak jadi cerita biar gua syok sendiri, Gua jadi hero sebab dapat hotel terbaik.

Gadis-gadis tepi pantai, abang tanjung punya hal, macha cerita punya lebat semua dapat tgk bila kau orang pergi sana.

Ini next plan gua dengar memang terbaik! Gua nak jelajah Kota Singa dan secara logistiknya dipanggil Singapura! Ini julai gua pergi kau orang duduk sini masak nasi minum kopi!

Gua nak sambung tidur!

May 4, 2010

Global, Berjoget ; Bukan Joget Global?




"selamat datang ke masa depan,
salam sejahtera kami ucapkan,
kembali berpijak di bumi yang nyata,
tiada amaran,
jelma kembali..."


Itu bukan goyang global. Idea tercetus bila lagu joget global dari kumpulan kuku besi Butterfingers yang aku ilham-ilhamkan waktu zaman sekolah dulu.

Tunggu jangan pergi. Apa yang kau orang nak kejar. Tak hilang dunia kau orang kalau kau orang relax membaca buku berdimensi politik, kemelayuan, kedunian dan jangan lupa akhirat.

Mata kau orang buka.

Telinga kau orang pasang.

Bukan aku sorang tapi semua orang.
Calar balar badan boleh hilang tapi calar maruah kau orang nak letak mana. Apa yang aku bahaskan dari dulu kau orang permainkan. Aku peduli apa kau orang nak cakap. Janji aku pasang niat semat dalam diri.

Bak kata adik aku : "whatever!"

Jangan sesat dalam dunia sampai tak ingat masyarakat. Faham tak faham dunia belum kiamat tapi agak dekat. Agak dalam bahasa yang aku guna tapi untuk semuanya aku cetuskan adalah untuk kita.

Biarlah.
Tapi bilahkah?

Sampai ada masa bila cinta kau orang sampahkan, nafsu kau orang pujakan. Sampai bila nak tunggu hari-hari yang kau orang semua macam manusia. Bukan sekarang sudah tapi dulu belum?

Nak tunggu hari bintang jatuhkah?
Kalau nak nak tunggu, sampai bulan jatuh ke riba, bintang sampai ke mana?

Kera di hutan kau orang susukan, anak dalam rumah mati kelaparan.
Cuba kau orang renung-renungkan.