Soalan itu--
Soalan itu yang sentiasa bermain difikiran. Soalan pada sekeping hati yang tiada tahu mana mahu pergi. Apa mahu diri itu beri jawapan.
Apa selalu kamu bermain dengan soalan sebegitu?
Apa yang diri itu tahu cuma rindu.
Apa yang diri itu tahu cuma setitik kasih yang diri itu mahu jadikan kamu di sisi kerana-Nya.
Tapi apa yang bermain dalam fikiran kamu cuma orang kata dunia.
Apa yang kamu mahu apa yang kamu janji?
Berubah masa berubah diri. Mana masa mana janji mana pergi segala kata hati. Jangan kotor yang kamu cari.
Pada diri itu ada abadi dalam gati cuma mimpi?
Kasihan--
Kasihan, kamu tiada peluang melihat mata hati. Diri itu berjuang untuk hati sendiri yang masih menunggu untuk selamanya apa yang diri itu cari.
Kasihan--
Kasihan, diri itu sejenak melihat, hati berdegup jantung tiada tahu mana mahu lari.
Diri itu terdiam disebalik muka senyum tiada makna cuma bersabar menenang suasana tetapi dalam diri bagai nak mati menahan degupan jantung yang makin laju makin buat diri itu mati.
Ya.
Dia sudah mati.
Mati segala. Diri itu sudah tiada mimpi. Apa yang dikejar cuma ada sabar, cuma ada realiti sebenar apa yang dilihat.
Rasa apa yang diri itu rasa?
Rasa sakit diri itu tahan hingga mati pada hari-hari yang dilalui?
Kamu fikir cuma kamu.
Tiada simpati yang diri itu mahu, hina yang diri itu cari kerana diri itu lihat terus kepada mata hati.
Semua kerana satu perkara yang diri itu tiada mahu bicara yang kamu tahu.
Diri itu sudah lama mati.
Diri itu sudah lama mati.
No comments:
Post a Comment