Jul 22, 2013

Disebalik. Kisah Disebalik.


"Ikut apa yang saya ajar..."

Dan dalam sedar kamu tahu dia adalah yang terbaik pada waktu itu. Jika di kampung ketika dahulu tiada orang yang lebih tahu. Dia adalah orang yang terbaik atas gelaran yang diberi.

Namun. Hari itu bukan tetap hari itu.

Ada perubahannya. 
Ditembak sana sini. Bercampur rasuah itu ini. Bahaya sunggung profesi hari ini.

Diri itu kenal akan seorang diri. Yang cukup gigih pada apa yang sedang dilalui. Biar pegangan diri untuk profesi cuma sementara, diri itu lihat cukup gigih dia memberi makna hidup pada manusia yang ilmu dia beri.

Namun ada manusia yang berjalan atas sarang labah-labah ilmu dengan tiada sopan.

Tanya pada seorang diri itu --
Pertanyaannya masih tiada jawapan jitu.

Dan diri itu gigih berkata keadaan yang di mana aku, kita, kau orang dan manusia dapat lihat tentang suasana dunia adalah jawapan yang dicari.

Masih belum pasti --

Ada jawapannya, cuma jangan dilawan dugaan alam, cakerawala itu luas apa lagi hati manusia yang keras tiada siapa yang dapat bidas -- cuma ATAS sana.

Lirikan mata seorang diri itu cantik.
Kata-katanya manis.
Pertuturannya ditapis.

Menjadi malu apabila diri itu terjadi sesuatu yang tiada mahu berlaku.

Tiada patut. 
Tiada sopan.
Tiada sedia.

Diri itu malu.

Dan berjanji akan diri itu menculik untuk sebentar jam sahaja menjamu juadah puasa di tempat yang seorang diri itu mahu berjumpa pada ciptaan Tuhan yang sangat disuka.

Dan pada fikir akal diri itu.
Pada hati yang disangkal tiada terisi.

Apa benar cinta Allah itu datang dari dasar hati.
Masih.
Dan masih.

Apa yang seorang tua itu lakukan dan perkatakan.
Ayahanda duhai ayahanda.

No comments:

Post a Comment