Jul 16, 2013

Ceritera. Putih Dan Hitam.

Si Putih & Hitam...

Begitu lah kisah dunia.
Hanya ada putih dan hitam yang jelas nyata.

Dahulu tiada warna seperti manusia yang hanya berkhayal kisah hidup mereka.
Terpapar depan muka mereka seperti dunia sudah bertukar menjadi satu taman khayal.

Dan pada saat yang mereka rasa sesuai, bertukarlah dunia pada warna-warna ceria yang mereka rasa warna tersebut mengubah dunia serta merta tanpa rasa apa akan berlaku pada yang lama.
Hidup ternyata ceria sepertimana yang dicerita.

Manusia.
"Melayu mudah lupa..." -- kata seorang tua yang membawa Malaya ke mata dunia.

Apa kita sedar di mana letaknya kita?

Lupa -- Alpa -- Leka -- Tak hirau semua kata -- Orang muda.

Aku, sama seperti kau orang juga.
Tak jauh bezanya cuma umur kita tidak sama.
Selalu mempersoal urusan dunia yang tanpa kita sedar perkara yang utama kita tinggal.

Sedarkah kau orang?

Jadi.
Putih dan Hitam yang patut kita cari. Tempat asal -- perkara utama -- tajuk hidup kita.
Apa masih mahu teruskan dengan dusta dunia zaman purba yang kau orang dengar kita berasal dari keturunan bintang atas pokok sana?

Zalim untuk diri kau orang untuk percaya kata mereka.

Tentang kita.
Kita sahaja yang tahu mana asalnya kita.

Tak perlu cerita apa yang lama. 
Jadi bualan orang di mana-mana. Kaca yang kau orang pecahkan biar sahaja kau orang yang pijak. Jangan sampai orang lain yang kena. Tiada makna hidup kalau kau orang sentiasa mahu hebat dalam dunia.

Cuba duduk seorang di kedai mamak sambil fikir apa yang kau orang mahu buat satu jam selepas itu. Apa kau orang mampu melka diri untuk perkara yang kau orang rasa buang masa? Lebih baik kau orang cari gadis semasa yang kau orang rasa boleh bawa diri kau orang ke syurga dunia. Kau orang HINA.

Masih buntu apa yang kau orang mahu. Tepuk dada kau orang mahu apa?

Kembali.

Pada hitam dan Putih yang kau orang cari.
Mereka semua sedang berkata tapi yang asal dalam hati kau orang buat leka. Diamkan mereka. Biar akhir nanti mereka tahu kau orang siapa. Hina awalnya tak apa jangan pengakhiran dunia yang jadikan kau orang hina.

Carilah hitam putih kau orang.
Bunga tiada nama kau orang letak dalam hati. Tak perlu kau orang papar satu dunia. Siapa tahu?

Diri sendiri.

No comments:

Post a Comment