Noktah. Terbiar ia selamanya atau kau orang mahu hilangkan?
Biar di situ?
Biar terperuk?
Biar hilang kena habuk?
Aku masih ada arah. Masih ada yang aku mahu tinggalkan tapak. Masih belum puas untuk berjalan. Dunia belum habis untuk aku teroka.
Kisah hati?
Jangan pandang aku. Pandang hati, tanya sama dia. Tanya sama hati. Masih sama jawapan untuk soalan kau orang.
Pada jalan itu aku lihat manusia berpusu mengejar apa yang belum dicapai. Bukan pada kejayaan, malah pada keduniaan. Untuk hari itu aku lihat tiada warna lagi, hanya dusta semata yang hadir bersama dusta. Otak sama hati kau orang masih belum dapat bersama?
Tanya sama diri. Jawapan bukan ada pada orang lain.
Jangan tinggal titik noktah kalau kau orang masih belum puas. Titik noktah bukam tanda aras. Kau orang lupa pada satu kata yang kau orang sanjung sepanjang masa.
"Nak, jangan lupa solat"
"Nak, jaga diri"
"Nak, belajar rajin-rajin"
"Nak, jaga maruah keluarga kita"
Bila sesal malu kau orang tunduk rasa semua itu jelas terngiang. Apa kau orang pernah fikir soalnya mereka?
Mencari sesuap nasi untuk kau orang hidup hingga berjaya. Masih belum puas? Masih mahu tunjuk belang yang kau orang calit di hidung?
HINA.
Itu yang kau orang buat. Hinakan semua orang yang sebenarnya kau orang hinakan diri sendiri.
Masih ingat waktu kecil dahulu?
Soalnya ibu, soalnya bapa, bertarung dalam hujan dan ribut untuk membeli sebiji bola. Kau orang anggap sahaja itu metafora atau hiperbola yang kau orang rasa semudah ketawa. Kekalkan, apa yang kau orang lakukan, kekalkan. Jangan tinggal titik noktah.
Hati menjadi status indah di laman sesawang.
Caci maki menjadi ikutan masa ke masa.
Tiada rasa dalam hati untuk cari sebutir mimpi indah untuk tinggalkan titik noktah. Titik noktah yang aku dan juga kau orang cari masih lagi sama tapi jalan mungkin berbeza. Aku manusia bukan ada harta mewah.
Manusia biasa.
Yang mahu menghargai dunia.
Berjalan terus ikut waktu yang mungkin berbeza dengan Malaya.
Mungkin suatu hari nanti.
Mungkin esok.
Ya, bonda juga ayahanda akan bangga.
Aku tinggalkan titik noktah. Pada jalan terakhir yang indah.