Pelangi Jalan Usang, 2012.
Manusia, sentiasa ada silap biar apa yang diungkap. Jiwa mencari, hati menyepi dan akal menyangkal. Sekali tersadung terluka begitu lama. Aku tiada tahu saat itu. Masa, rasa, satu dunia tahu tentang dia. Suatu saat cukup untuk hati berhenti bersahaja berlagu menyanyi lagu, aku masih tiada tahu. Lalu Allah S.W.T. tunjuk pada aku tentang rasa, jiwa, dan hati. Berkata wahai mereka, "ini yang engkau nanti", PELANGI.
Lalu aku sedar dalam dunia imiginasi berbeza. Tunduk aku bersujud. Dalam sunyi, air mata jatuh. Aku kesal, sesal dan menyesal tiada tahu apa yang aku telah rempuh. Hidup tiada makna kalau biar mereka merana. Lalu setiap lagu yg aku dengar pada telinga aku adalah lagu semuanya untuk kamu, PELANGI. jalan sukar, semua jadi bingar, aku seperti di pasar, tiada dengar suara kamu walau kamu sedekat itu. Maaf, diri aku telah gila untuk mereka pada masa itu. Racun, perosak jiwa yang mereka tabur buat aku tiada hala, tiada cara. Maaf, PELANGI.
Separuh si kecil, separa si besar dan segala punya kuasa penyelamat, 2012.
Kamu istimewa, PELANGI. Kamu bukan lagi bunga, tetapi PELANGI. Segala warna syurga yang ada. Aku punya malu pada kamu yang sentiasa ada pada hari-hari aku. Terima kasih. Jadilah sebahgian yang menolak aku ke hadapan. Aku sentiasa di sebelah kamu. PELANGI ini, anugerah terindah. Magisnya lebih daripada segala magisan di bumi. PELANGI ini, tiada apa, cuma hati yang bersih, jiwa yang kuat. Berdiri pada satu kaki yang berbeban pada seribu batu dugaan. PELANGI ini tidak pernah hilang kuasa putus asanya. Terima kasih, PELANGI. Tiada pada mata, tapi pada hati rasa tidak tenang. Aku lihat, aku baca pada semua huruf yang kamu tulis. Dengan pada keadaan kamu yang pada kelewatan ini tiada sihat, lagi buat aku tiada apa untuk tidur. Aku hanya disebelah, picit sahaja pada jejari butang yang berhuruf, aku muncul pada saat yang tiada lewat. Senyum buat kamu, PELANGI.
- Guru Besar, Faiz Nur Shafiq, 2012 -
No comments:
Post a Comment