Apr 29, 2012

Terletak Pada Suatu Rasa ; Bernyawa Pada Suatu Hati.

Jatuh ke bumi...

          Hati. Semuanya terletak paa hati. Berlalu pada satu arah yang kita tiada tahu. Mencari satu mimpi yang kita tiada pasti. Bukan hak diri untuk mengetahui. Manusia, apa air mata itu semua masalah dunia, akhirnya bagaimana?

Berhenti untuk berlari?

Atau, berlari sambil bermimpi?

Tiada kita tahu. Tiada kita mahu. Tapi di sana sudah pasti. Aku maih lagi di sini, dan masih akan terus di sini. Apa yang sudah berlaku, aku tiada tahu. Aku buntu. Kamu perlukan waktu.

Wetland Putrajaya, 2011.

Di situ, salah satu tempat yang buat diri rasa sepi, tenang sekali. Di situ, aku menyepi dir, tiada henti untuk menyendiri. Tiada siapa tahu aku di mana, mengapa, bagaima. Aku cuma mahu lihat kuasa dunia tapi tiada, cuma aku lihat kuasa Yang Maha Esa.

Air mata dengan pantai sudah sebati bagi aku. Mereka sama-sama kenal, tapi aku tidak sama berlagu.

Apa sebabnya, tiada aku tahu, tiada aku tahu.

Semuanya terletak pada hati.
Kemuadian akal dicari.
Dan akhirnya, jawapan atau soalan yang kamu cari terjawab pada sudut kecil sebuah hati.
Pada tangan yang menadah doa.
Pada kata-kata yang tiada henti menyanyi.
Berakhir semuanya pada takdir-Nya.

Aku tiada apa, aku tiada siapa pada sesiapa. Aku hanya boneka, permainan dunia dan hanya hamba pada satu kuasa. 

Malam yang sepi, air mata jatuh ke bumi. Aku tiada tahu dan tiada tahu.

Apa sebenarnya berlaku?
Maaf dari aku. 
Maaf.


1 comment: