Jul 10, 2010

Kata Syurga, Tenang Dunia.

Tenang
bosan dengan penat
riang dengan gelak tawa
perempuan datang atas nama cinta
lalu sekali ini aku melihat karya syurga
dari mata seorang hawa
puisi telah melalui perjalanan tersembunyi
bukan sebarang bahasa tetapi sebuah frasa malaya
sengaja dinafikan kewujudan
apa lagi diangkat menjadi tuan

Tenang, itu yang gua cari. Bingit tengok sekeliling, buat gua rasa pening, buat gua rasa macam ada yang berpusing. Hati rasa macam ada yang tak kena, jiwa rasa macam ada yang menangis, akal bertanya, apa yang sedang berlaku?

Terus sambil gua fikir, gua tulis satu puisi kecil. Untuk cari balik tenang yang gua cari. Mata rasa mengantuk, anjing gonggong, manusia terpekik terlolong, malam-malam gua terasa kosong. Kebahagiaan dan ketenangan.

"...jangan kau salahkan orang yang merindu dengan segala kerinduannya, sehingga kau mampu menyelami jiwanya.."

Gua rindu sama rasa tenang yang gua cari. Lalu gua baca puisi-puisi yang gua rasa sangat dingin. Puisi-puisi yang tidak hidup, tidak punyai roh kerana mereka membantu gua untuk menghidupkan rasa tenang yang gua cari. Gua lihat karya agung Tuhan. Indah berseri-seri. Bantu dalam teruskan cari ketenangan yg gua rasa dalam hidup gua, ia masih belum pergi.


4 comments:

  1. skali skala baca tulisan ko,ok gak.lari dr kebiasaan.

    ReplyDelete
  2. Ketenangan... Impian setiap insan :)

    ReplyDelete
  3. lina : sekali-sekala kalau baca ayat jadi gila mantap segala! hahaha :D

    ily : yeah! impian!

    ReplyDelete