Apr 7, 2009

kempen.hangat.pengundi.liat.




Beberapa kekecohan juga dilaporkan berlaku semalam hingga menghangatkan suasana, tetapi polis memberi jaminan keselamatan di tiga kawasan pilihan raya kecil itu terjamin tanpa sebarang insiden serius yang boleh menjejaskan proses demokrasi.-berita harian online-

Dalam pada itu, Barisan Nasional (BN) mula memasang pemidang dan banting baru yang membawa slogan `Kepimpinan berwibawa, rakyat terbela' serta `Pembaharuan untuk kebaikan' - tambahan terhadap slogan sedia ada, iaitu `Mohon Restu Rakyat' serta 'Satu Impian, Satu Malaysia, Pilih BN'.-berita harian online-

Pas pula menambah bendera dan pemidang lambang parti itu di beberapa tempat strategik dengan menggunakan slogan `Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat.'-berita harian online-

hahaha. berkempenlah selagi mana boleh. sampai masa nnt jgn malu pulak bila bil-bil poster, banner & so on tak terbayar. kempen bagai nak sambut hari kebesaran padahal time hari-hari kebesaran tak pula mcm ini.
ingat org melayu, jgn mudah lupa. apa yg anda lihat hanya mainan dunia. sampaikan dalan ceramah pun selitkan ayat-ayat Al-Quran. tapi kalau hanya setakat utk berkempen apa yg anda dapat? pahala? yg diwajibkan tak terbuat. pangkat yg digila-gilakan.

apalah sgt pangkat di dunia.
semua manusia sama sahaja. pangkat yg diberi ade sebagai khalifah Allah di muka bumi. betul apa comment yg diberikan oleh mufti Perak.

kalau asyik dgn politik, sampai bila rakyat nak maju?

rakyat hanya tahu menyokong. apa yg anda dapat sekalian rakyat? anda mahukan kesenangan bukan? berusahalah. bukan salah kita berpolitik. tetapi cara kita berpolitik. malu dibuatnya.

fikirlah. jangan salahkan sesiapa. salahkan diri anda masing-masing. kalau setakat hangat masa berkempen tetapi masa mengundi. bgn pun tidak. masa berkempen si anak muda ligat memasang bendera, poster & sebagainya sehingga lewat mlm dan mungkin ada yg tidak balik rumah. kerana apa? D.U.I.T. tetapi masa mengundi? T.I.D.U.R. umur sudah mencapai 21 tahun, tanggungjawab? hampeh!

mungkin suatu hari nnt saya sendiri atau anda menjadi ahli politik.

tetapi bukan dgn cara ini.

cara kita sendiri.

bercakap bukan senang, tetapi kita buktikan.

jadi, buat masa sekarang. kita tak perlu masuk campur. bagi umur seperti sy. kita lihat dan tafsir apa kebaikan dan keburukan. setahun lg umur kita 21, kita jalankan tanggungjawab. laungkan apa yg anda mahukan.
apa kita harus tumpukan?




cinta? 50%...




BELAJAR...
belajar dari semua aspek. kebaikan & keburukan.




jadi, mari belajar!









-shaggy-

4 comments: