May 13, 2010

Propaganda Pesanan Ringkas : Jangan Baca


Ini kacak punya line ada dekat penang. Kau orang nak jumpa cari sana!

Ini cerita dengar samar waktu mahu perang dengan kertas exam. Bila kau orang tengok ada kawan, sahabat, rakan kau orang muka macam nak gigit jari sampai putus tekanan, kau orang cuba pergi dekat dia. Kau orang pesan macam ini ;-

Kawan, aku ada satu nasihat.

Banyak baca, banyak lupa.
Sikit baca, sikit lupa.
Tak baca, tak lupa.

Tapi bila kau orang bayangkan yang berkata adalah orang di atas?
gua cakap, lu fikirlah sendiri!

Kalau provokasi kau orang menjadi, gualah orang yang akan ziarah kau orang dekat hospital berdekatan. Ini cuma rekaan bila tekanan mencapai tahap yang telah diluluskan.

Jangan risau, exam sudah tamat!

B Untuk Bunga ; Bunga Untuk Dia



Cikgu : murid=murid, apa nama gambar di atas?

Murid 1 : B untuk Bunga, cikgu!
Murid 2 : Gambar Bunga, cikgu!
Murid 3 : Ini bunga, bunga ini untuk Dia. Saya suka bunga ini, cikgu!

Maka tranformasi malayneum dan secara logik akal serta extra-romantis tercetuslah satu kuntum bunga yang bernama chymara! Bunga ini untuk dia.
Sebab?
Bunga ini tiada nama? Bukan tiada tapi aku tak tahu.
Siapa tahu?
Kami tak tahu. Bunga chymara.

Bunga, siram hari-hari. Nanti jadi layu. Jangan jadi layu.
Kenapa?

Kalau bunga layu, tidak cantik lagi. Bunga oh bunga, jangan layu. Senyum selalu!

May 10, 2010

Konspirasi Plan Ter"jangok" ; Ini "Jangok" Punya Cerita



Gila punya orang jalan tengah malam!




Matahari baru nak timbul baru muncul! Tapi gua punya cara pemanduan memang kental sekali.



Penang Bridge pun belum bangun lagi ini time.



Ini kapitan punya line! Hero percutian kali ini.




Habis gua punya duit!



Hotel bentuk gitar. Ini hotel sebelah dia punya jiran.



Puas hati, memang cukup puas!



Huh! Kami semua available kecuali gua sebab gua punya gadis "diana danielle" ada dkt belakang. Hahaha acah mak labu!



Ini baru satu lauk. Ada lagi 5. Gua dari mcm Brad Pit jadi Kuman Kumin!



Ini kina. Penganjur besar ini program! Nasib baik jadi Penang. Kalau tak aku dah ketuk kepala kau!

Konspirasi "jangok" 1973. Ini plan gila. Hanya yang berkenaan boleh jadi gila bersama! nice!

Gua ingat dah sampai Pulau Redang tapi cari nahas kalau pergi sana sebab tak dapat makan free, main jetski free.

Lagu dalam kereta memang tepat sekali.

Radio - "Slumber-OAG"

Suara radhi memang layan habis sebab yang duduk seat belakang semua lentok. Mana tak lentok, masing-masing drive dari melaka bagai nak gila. Kau orang kalau nak gila memang dekat jalan raya, bukan dekat kelas. Plan "jangok", walk in check-in. Ini benda gua tak pernah buat. Musim cuti orang ramai tapi nak jadi cerita biar gua syok sendiri, Gua jadi hero sebab dapat hotel terbaik.

Gadis-gadis tepi pantai, abang tanjung punya hal, macha cerita punya lebat semua dapat tgk bila kau orang pergi sana.

Ini next plan gua dengar memang terbaik! Gua nak jelajah Kota Singa dan secara logistiknya dipanggil Singapura! Ini julai gua pergi kau orang duduk sini masak nasi minum kopi!

Gua nak sambung tidur!

May 4, 2010

Global, Berjoget ; Bukan Joget Global?




"selamat datang ke masa depan,
salam sejahtera kami ucapkan,
kembali berpijak di bumi yang nyata,
tiada amaran,
jelma kembali..."


Itu bukan goyang global. Idea tercetus bila lagu joget global dari kumpulan kuku besi Butterfingers yang aku ilham-ilhamkan waktu zaman sekolah dulu.

Tunggu jangan pergi. Apa yang kau orang nak kejar. Tak hilang dunia kau orang kalau kau orang relax membaca buku berdimensi politik, kemelayuan, kedunian dan jangan lupa akhirat.

Mata kau orang buka.

Telinga kau orang pasang.

Bukan aku sorang tapi semua orang.
Calar balar badan boleh hilang tapi calar maruah kau orang nak letak mana. Apa yang aku bahaskan dari dulu kau orang permainkan. Aku peduli apa kau orang nak cakap. Janji aku pasang niat semat dalam diri.

Bak kata adik aku : "whatever!"

Jangan sesat dalam dunia sampai tak ingat masyarakat. Faham tak faham dunia belum kiamat tapi agak dekat. Agak dalam bahasa yang aku guna tapi untuk semuanya aku cetuskan adalah untuk kita.

Biarlah.
Tapi bilahkah?

Sampai ada masa bila cinta kau orang sampahkan, nafsu kau orang pujakan. Sampai bila nak tunggu hari-hari yang kau orang semua macam manusia. Bukan sekarang sudah tapi dulu belum?

Nak tunggu hari bintang jatuhkah?
Kalau nak nak tunggu, sampai bulan jatuh ke riba, bintang sampai ke mana?

Kera di hutan kau orang susukan, anak dalam rumah mati kelaparan.
Cuba kau orang renung-renungkan.

Apr 29, 2010

Konspirasi Melayu : Layu?




"Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri..."



Secara tak sengaja, apabila menenangkan minda setelah memerah otak untuk bersedia ke final exam, youtube sementara peluang masih ada.

Pagi yang menggila. Pukul berapa masih memerah otak sambil mendengar lagu Malique feat. Tun Mahathir, terkenang di mana bangsa kita.

Mana pergi peribahasa kita, takkan melayu hilang di dunia?
Bukan hampir hilang atau sudah hilang? Teringat kisah pagi-pagi bila bertapa di kota Melaka.

Lihat. Mereka orang melayu tapi adakah mereka masih melayu yang kau orang kata
bertutur bahasa melayu, beradat resam melayu?

Tapi.

Bila tengok dari luaran memang mereka adalah melayu yang bukan lagi mahu hidup di kampungan seperti yang dahulu. Melihat, hanya boleh melihat. Bukan ketinggalan zaman tapi mahukan kebangkitan. Kau orang bising sana, bising sini pasal politik.Tapi yang tidak menghiraukan adalah orang kita juga.

Bukan sedih, tapi tergamam. Kalau sedih sudah lama tapi masih.
Betul, sekarang, hanya boleh melihat dan menghayati tapi nanti, tidak lagi melihat, berjuang!

Apr 23, 2010

Bila Mereka Semua Berkumpul







Kalau semua benda jadi memang seronok. Kau orang nampak mcm biasa tapi gua rasa lain macam. Semua orang makin besar, makin handsome, makin menyerlah, makin bergaya, kalau semua makin gua kasi dekat diorang apa yang dapat.

Betul cakap cikgu masa gua dekat Star dulu. Nak kumpul semua bukan senang.

Sekarang, nak kumpul setengah pun tak dapat. Tapi nasib baik mereka semua baik. Seronok bila dapat sama-sama.

Kau orang ingat bila kita nyanyi lagu negaraku, lagu sekolah, lagu wawasan 2020. Ganster punya line duduk diam makan chewing gum dekat belakang. Gangster haram punya.

Gua?

Ada dekat depan assembly, kena denda tak bangun subuh.
Berdiri dengan muka kacak gila.
Tapi gua dapat juga berdiri dekat depan pasal mengharumkan nama sekolah yang gangster dalam basketball.

Kau orang ada apa?

Bila ingat, gua ingat kau orang semua. Bila lupa, gua lupa semua benda kecuali kau orang.
Tak lama lagi, kita balik rumah!






Welcome Home Boys 2010 (1986-1990).
Star Old Boys Weekend!
16 - 18 July 2010.

Apr 17, 2010

Till Sky Falls Down



All my live i have been searching
For someone honest just like you
You left me here without a reason
Every tear belongs to you