kalau pun malam itu hitam, mesti ada sekilas cahaya yang dapat dilihat.
kalau pun siang itu terang, mesti ada makhluknya yang sedang lena walau siang untuk bekerja.
kenapa harus takut pada diri sendiri?
kenapa mesti gentar pada hati?
apa yang gua nak kata kau orang cuba belajar cara sabar pada sesuatu perkara. fikir beribu kali jangan biarkan pada hati.
apa sedang kau orang fikir?
fikiran runsing hati sedih kepala pening.
banyak orang tanya pada gua kenapa gua pilih jalan yg menyedihkan hati? masih banyak lagi bunga luar sana.
kau orang memang betul. tapi sebab gua rasa kalau gua cari bunga lain tapi jiwa gua masih ada pada bunga, mereka adalah orang yang gua sudah sakiti hatinya. sebab itu gua rasa baik jadi macam ini. gua fikir banyak kali, gua tepi kata hati, gua pakai akal.
gua ada perkara untuk dikejar. gua ada impian bersama. gua sabar.
banyak orang tanya kenapa gua mendengar lagu-lagu lama? klasik gila? lalu kau rang kutuk gua tanpa fikir mana datangnya muzik sekarang kalau orang lama yang tidak mula. ada kau orang guna akal untuk bertanya. bila gua jawab kau orang cakap macam-macam.
gua? apa boleh buat?gua hanya senyum, dan masih menyayangi kau orang.
tak salah kau orang pertahan ego kau orang. gua yakin itu adalah salah satu perkara yang kau orang akan jawab. gua tak bangkang malah gua setuju.
pernah kau orang minta maaf pada seseorang sedangkan salah bukan dari diri kau orang malah orang lain?kau orang mesti rasa orang itu tiada harga diri.
gua masih ada harga diri tapi gua buang jauh-jauh ego itu sebab gua rasa sedih bila sesama mereka meminggir.
itu yang jadi dekat atas sana. mula-mula suka gembira bersatu bersama satu parti bila mahu jatuh mereka caci, maki malah buka pekung sesama sendiri. itulah orang kita. kau orang satu pihak lagi memang suka gembira tahap gila.tapi kau orang kena waspada kenapa ada yang tarik diri dan ada yang masih kekal lagi.
bila gua fikir hanya ada dua benda yang masuk akal. mungkin mereka keluar memang rasa dah macam tong samapah atau mungkin mereka keluar sebab ada rencana yang mereka atur bersama.gua dah malas tulis benda-benda macam ini.
gua rasa kau orang pandai membaca pandai memahami kau orang fikirlah sendiri. jangan ikutkan hati sebab sabar itu banyak ganjaran yang menanti. letak senyum manis pada insan sekelilingmu.