Sep 28, 2010

For The Rest Of My Life

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Sep 23, 2010

Hati Yang Terinspirasi


tak lelah hati ini menemani
tak lekang dimakan karat
demi sebuah penantian
akan datangnya kembali saat-saat indah itu...

Sep 17, 2010

Adrenaline Pecah, Tayar Berpusing.

Teluk Intan cerah.
tak ada kacau bilau, tapi mungkin si ahmad juara baharom kasi bingit sama bopi.


muka tak makan seminggu.
sembilan jejaka kacak serbu rumah presiden, nasi arab kasi sapu.
lepas makan buat macam hantu.
tidur nyenyak atas bangku, buat meja sangkut dagu.

makan tak ingat dunia, semua kasi pecah perut.


sesi malam.
manjung tak serupa dulu, macam bandar baru tapi pekan lama?
serupa macam biasa.
dengar cerita paintball nak menjelma.


masing-masing berebut pilih kereta.
macam biasa, pondan tua yang kau orang kata sudah kurus, sampai last sekali.
pondan tua yang kecil sekali jadi juara.

tak ada kerja lain.

karaoke, karaoke dan karaoke.
sampai dekat kedai makan pun jadi.

siapa?

mael sama azhari.

penat jangan cakap, bagai nak gila.
balik rumah sambung dengan bunga.
suka, gembira, bahagia.

Sep 16, 2010

Sajak Putih


Bersandar pada tari warna pelangi
Kau depanku bertudung sutera senja
Dihitam matamu kembang mawar dan melati
Harum rambutmu mengalun bergelut senja

Sepi menyanyi, malam dalam mendoa tiba
Meriak muka air kolam jiwa
Dan dalam dadaku memerdu lagu
Menarik menari seluruh aku

Hidup dari hidupku, pintu terbuka
Selamat matamu bagiku menengadah
Selama kau darah mengalir dari luka
Antara kita mati datang tidak membelah

Gua mencari apa huraian untuk sajak putih ini. Namun mungkin gua sendiri tidak lagi memahami dengan sepenuhnya sebab gua tulis bukan atas menyanyi tapi atas realiti yang cuma gua bayang dan mimpi. Mencari dan terus mencari, mungkin suatu hari nanti gua faham sendiri ini sajak.


Sep 9, 2010

Pelangi Lebaran


tiada susok mentari lebaran ini
yang dhatang bertandang hanya si cantik pelangi
dalam pelangi ada tujoh warna
dalam warna ada ungu
dan di dalam ungu ada kamu..

aku memandang ke dalam matamu
harap lebaran seterusnya indah
aku kamu dan mereka
bersama bermain bunga api diterangi pelita-pelita buloh

Gua sudah rasa sedih, sebab bulan puasa dah nak habis. Belum cukup sempurna lagi gua rasa. Tapi hidup perlu diteruskan. Takkan kau orang nak sedih samapai pagi raya. Nak buat apa kalau sedih lama-lama sebab bumi berputar ke hadapan bukan ke belakang. Kalau pun kebelankang apa yang kau orang nak buat?

Esok sudah hari raya. September 10, 2010.

Tiada sedih, tiada air mata tapi dengan hati yang tenang dan cukup gembira, gua ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca blog gua yang setia, rakan- rakan dan guru-guru SK Kota Setia, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, A-level Universiti Industri Selangor, Universiti Kuala Lumpur, STAROBA dan yang mengenali diri ini. Kalau kau orang belah lemang, kau orang cuba ingat dekat ini kacak seorang. Salam Aidilfitri. Jumpa lepas raya.

Belanjawan Untuk Hari Lebaran

Gua tengok blog semua orang tunjuk apa diorang shopping untuk Hari Raya. Jadi di kesempatan ini gua pun nak kasi tengok selama setahun gua tak shopping, gua shopping habis dekat kedai-kedai bundle Ringgit Malaysia 10 dekat KL sana. Kedai bundle banyak dekat simpang empat Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Kasi lihat barang bundle gua beli.




ZARA Camouflage Plimsoll (Gua punya warna putih)

TOPMAN Short Sleeve Utility Shirt (Gua punya warna Ungu)

TOPMAN Long Sleeve Black Open Notch T-shirt

Gambar dgn barang sebenar adalah design yang sama tapi warna yang berlainan. Gua punya kasut warna putih stripe coklat dan kemeja gua warna purple sebab bunga punya warna favourite. Dan ada yang gua tak dapat tunjuk gambar sebab tak dah tak ada dalam internet. Itu pun gua tak puas hati lagi sebab gua tak dapat cari jeans vintage slim dekat kedai bundle TOPMAN. Gua cari dua kedai bundle dalam Pavillion sama 1 Utama. Gua dengan inisiatif terbaru, gua angkut jeans "dark brown" dekat kedai bundle Bandar Baru.

Bukan untuk raya, gua beli untuk pergi kelas apa semua. Gua tak kisah apa orang kata yang penting diri gua nampak kemas sudah. Kau orang kutuk gua bukan gua hairan. Gua bukan menunjuk-nunjuk, cuma ingin yang terbaik untuk diri. Kalau bundle pun gua beli juga asalkan cantik nampak kemas. Dalam loker, berapa hanger baju dengan seluar bundle tapi sekali-sekala mesti mahu yang baru.

Dayang-dayang Istana Pavillion. Ogos 31, 2010.

Paparazi dekat LOT10 Yang Ingat Gua Zizan. Ogos 31,2010.

Hari yang menarik sebab gua rasa KL tak macam KL dah. Gua rasa KL itu hari stands for Kuala Lipis dia punya lengang. Sumpah gua tak tipu tapi bila dekat kawasan abang long straw BB dah macam bazar ramadhan Alor Gajah dia punya sesak. Yang penting gua puas tambah gembira.

So In Love ; Menghayati & Mencintai Ciptaan-Nya


Mimpi empat musim
Sama cerah dengan bintang-bintang pada setiap malam
Orang sedang berbisik-bisik
Aku jatuh cinta pada mu
Cinta empat musim yang aku mimpi
Ditiup masuk ke dalam hati
Tenung dan cakap denganku
Sebab aku, kau tersenyum seperti pelangi

Aku ingat
Kita ialah malaikat pada masa itu
Kita bermimpi sesama lain
Setiap hari penuh dengan senyuman
Seperti salji putih
aku harap masa ini dapat kekal selamanya

Langkah aku berubah sebagai puisi indah...
yang penuh di dalam hati
Cinta abadi dalam kehidupanku
Menemani bungaku
Harap aku dapat miliki selama-lamanya

Kau adalah duniaku
Aku dikelilingi oleh cinta di sana
Nyawa yang bertukar menjadi putih
Seperti salji putih
Kau adalah segalanya milikku

Sep 5, 2010

Air Mata, Bila Jatuh Ke Bumi.


Mencari,
Arah yang tak tahu dituju,
Bersembunyi,
Di balik air mata yang ditunggu,
Berselindung,
Untuk mencari makna rindu di hati,
Menunggu,
Untuk memiliki apa yang dilalui.

Lalu menitis air mata jatuh ke bumi,
Seorang insan tidak kuat untuk menanggung seorang diri,
Mencari apa yang dinanti,

Malam yang serba sunyi tanpa hadir dari si penyeri,
Menjadi gelita tiada terang,
Fikiran hanya terbuang,
Tiada khabar berita,
Hanya tempat berduka.

Tunduk ke bumi,
Lalu menyepi sendiri.

Sep 4, 2010

Sebab Rindu Saya Untuk Bunga


Jika diukur rindu dan kasih saya kepada bunga,
Tak terukur,
Lebih dalam dari tujuh lautan,
Lebih banyak dari butiran pasir,
Lebih tinggi dari gunung yang tiada kemuncak

Rindu yang ada dalam hati saya pada bunga,
Rindu yang sentiasa merah,
Dapat mencairkan ketulan ais di lautan.

Rindu itu anugerah,
Cinta itu pengorbanan,
Kasih saya kepada bunga memang tiada penghujung,
Jika ada pun air mata saya,
Supaya bunga terus menguntum mekar,
Jika ada pun pahit yang dirasa,
Supaya bunga sentiasa manis tersenyum.

Bunga cuma satu.