Aug 22, 2009

A Month Enticement

Angin dekat luar bertiup mendayu-dayu. Kalau nak diikutkan jendela bilik aku perlu ditutup tapi aku biarkan sahaja untuk menikmati tiupan angin itu. Perlahan bunyian keroncong untuk ana yang aku pasang, "kemana hilangnya keroncong oh! cinta yang kita nyanyikan bersama".

Aku bangun tidur. Sejuk gila. Mana tak sejuk kalau dah hujan renyai-renyai dekat luar sana tambah lagi dengan kelajuan maksima kipas. Oh! hari ini aku mula berpuasa. Milo sebungkus, biskut sebungkus, kurma cik usop tayob! mesti ada, dua gelas air kosong cawan besar harga kedai buah. Orang lain seronok mula puasa dekat rumah. Aku mula puasa dekat kampus.

nak buat macam mana?

pejam celik, pejam celik dah puasa dah. sebulan lagi raya. Kalau tggu setahun lagi agak-agak lama tak? Sebab agenda aku baru sahaja bermula. meniti langkah-langkah agung untuk ke sana. Banyak dugaan akan datang. Lagi-lagi dalam bulan puasa ini. Hati-hati pejuang iman! Tabah hadapi cabaran!

Kau org doakanlah aku juga. Kita sama-sama ke sana. Ke dunia ilmu yang diimpikan. Bulan puasa bulan terbaik untuk kita beribadah. banyakkan pahala jangan kumpul dosa. Mari sama-sama kita pandang atas sana.

Kau nampak apa?
Aku nampak impian!

2 comments:

  1. datang blaja tempat wa la john

    ReplyDelete
  2. waaa...ko dah ada impian ek???mcm ayat luxor je...bila lu masuk luxor bhai??wakakaka..

    ReplyDelete